Sumber Foto : Instagram Datuk Zainal Abidin 

Kereta & rumah Zainal Abidin ditenggelami air, rupa-rupanya penyanyi terkenal, Datuk Zainal Abidin juga menjadi mangsa kejadian banjir besar yang berlaku di Lembah Klang. Selain Ebby Yus, Shila Amzah, Yatzen, Zainal Abidin yang menetap di Seksyen 25, Shah Alam kediamannya juga ditenggelami air.

Kereta & Rumah Zainal Abidin Ditenggelami Air “Allah Sayang Kita, Allah Uji Kita. Jadi Kita Perlu Tabah Dan Bertawakal”

Kereta & Rumah Zainal Abidin Ditenggelami Air

Menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagramnya, Zainal menerangkan kenderaan miliknya rosak teruk dan separuh kediamannya dinaiki air banjir.

Walaupun ditimpa bencana namun Zainal bersyukur tidak mengalami kerugian dan kerosakkan seperti mana mangsa banjir yang lain.

“Rumah saya tidaklah teruk rosak, sedikit harta benda di bahagian bawah, semua kereta saya ditenggelami air.

“Tapi oleh kerana saya mempunyai sahabat dan kaum keluarga, jiran yan baik dan banyak membantu.

“Ini adalah ujian Allah, Allah sayang kita, Allah uji kita. Jadi kita perlu tabah dan bertawakal kepada Allah.

“InsyaAllah yang terburuk adakalanya akan bertukar menjadi yang terbaik,” luah Zainal.

Enggan Kongsi Jumlah Kerugian

Seperti mana yang dilaporkan menerusi Harian Metro, Zainal enggan berkongsi jumlah kerugian yang dialaminya.

“Saya tak dapat nak berkongsi jumlah kerugian yang ditanggung.

“Biasalah apabila berlaku banjir, banyak kerosakan yang berlaku seperti perabot, barangan elektrik termasuk beberapa kenderaan yang dimiliki.

IKLAN

“Sebenarnya saya tidak mahu orang bersimpati sebab sudah ada yang datang memberi bantuan.

“Lagipun banyak lagi rumah yang lebih teruk terjejas dan perlukan pertolongan dengan segera,” ungkap Zainal.

Baca Disini Juga:

Bergenang Air Mata Tya Arifin Lihat Kediaman Mangsa Banjir “Tanggungjawab Meringankan Beban Golongan Memerlukan”

Idea Bernas Projek RUMAH RAKIT Atas Darat, Waktu Banjir Terapung Elok!

Lelaki Ini Kongsi Selamatkan Peti Ais, Mesin Basuh Ditenggelami Banjir Dari Terus ROSAK

IKLAN

Air Naik Hingga Paras Dada

Zainal yang mendiami rumah tersebut bersama isteri dan dua anaknya akui inilah pengalaman pertama berdepan dengan bencana banjir di mana rumahnya dimasuki air hingga paras dada.

“Saya tidak sempat menyelamatkan beberapa buah kereta dan barangan di dalam rumah yang ditenggelami air.

“Saya tinggal kurang lima minit dari Taman Sri Muda yang terjejas teruk.

“Kawasan di luar rumah saya saja air mencecah hingga paras telinga,” tambahnya.

Mingguan Wanita : Kepada mereka yang ditimpa musibah banjir MW doakan agar diberikan ketabahan buat mereka dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto: Instagram Datuk Zainal Abidin

IKLAN

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI