skrub kentang

Rupanya banyak kelebihan kentang rebus ini pada kulit, bukan hanya mengandungi vit c, potassium dan vit b tetapi juga ada catecholase iaitu enzim yang mempunyai ciri-ciri pemutihan kulit yang membantu menghilangkan parut, masalah pigmentasi, kulit yang kering dan tanda gelap lainnya.

Nak tahu macam mana kentang rebus boleh digodek jadi skrub untuk hilangkan parut di kulit, jom tengok perkongsian daripada Puan Nur Airiz Faudzan ini.

Kajian nutrien dalam kentang rebus:

Merebus kentang tanpa kulit akan menghilangkan 30% nutriennya.

Kalium

Menghidrat dan melembapkan. Menyelesaikan kulit gatal dan kering.

Vitamin B6

Perlu untuk pembentukan sel kulit baru. Memelihara kulit lembab dan sihat.

Calcium

Untuk pertumbuhan sel baru pada lapisan paling atas kulit dan menyembuhkan kulit kering.

Magnesium

Untuk kulit yang muda. Melawan radikal bebas yang menyebabkan garis halus dan keriput.

IKLAN

Vitamin C

Kentang mengandung 70% vitamin C. Vitamin C meningkatkan pengeluaran kolagen. Membantu menegangkan kulit dan mengekalkan keanjalan kulit. Menggalakkan kulit muda berseri. Melindungi daripada sinaran UV. Melegakan kulit yang terbakar akibat sunburn. Meneutralkan radikal bebas yang memusnahkan kolagen dan sel-sel kulit yang sihat.

Cara Nak Buat Scrub Kentang

1. Rebus kentang.

2. Lepas rebus sampai empuk buang kulitnya.

3. Kisar halus.

IKLAN

4. Tambah bahan-bahan lain yang disukai. Kalau nak tambah madu, guna bekas plastik. Suka hati nak tambah apa-apa manjkani ke, kopi ke. Makcik tambah madu, yogurt dan lemon. 3 bahan ni bagus untuk kulit. Ikut banyak mana pun tak kisah.

5. Lepas tu makcik tak puas hati lagi makcik tmbah lagi serbuk kulit rambai dan beras rendam. Beras rendam yang sama makcik guna dalam bedak sejuk herba makcik.

6. Lepas tu jemur la kering, kali ni guna mesin jemur. Sebab nak kena kering kurang dari 24 jam. Tadi kan ada tambah bahan yang mudah basi/mudah berulat/mudah dihurung serangga iaitu yogurt.

Jadi tak boleh lengah-lengah kan proses pengeringan. Kena kering cepat-cepat. Ta boleh jemur sesenang. Pakai mesin untuk jaga kebersihan nanti tak pasal-pasal kulit gatal.

IKLAN

Macam biasa lapik daun-daun harum macam pandan dan serai wangi, susunan daun-daun yang longgar antara satu sama lain sebagai alas tu menggalakkan aliran udara yang baik supaya elok je kering bahagian bawahnya. Selain tu untuk serap bau wangi.

7. Lepas kering boleh la menuai.. seronok menuai tengok hasil yang cantik setelah berhempas pulas.

8. Dah siap.. ini selepas dikisar halus. Bau wangiiii kentang putar macam nak makan. Dah tak payah dah nk rebus kentang setiap kali nak mandi. Lembut tau kulit lepas sental macam kulit baby. Ni lah yang makcik amalkan untuk badan selepas terkena chicken pox bulan 3 lepas.

Untuk muka makcik guna #bedaksejukherba_bynaf.

Scrub kentang ni ilham dari seorang aunty india yang makcik amik daun semambu belakang rumah dia masa makcik kena chicken pox aritu. Aunty cakap lepas kering parut mandi lumur dengan kentang putar yang dicampur dengan madu, lemon dan yogurt nak hilangkan parut dan cerahkan kulit. Malas aih asik nak kena rebus setiap kali mandi. Since makcik expert bab-bab menjemur ni, makcik tranform la jadi serbuk. Senang skit simpan buat stok.

Cara gunanya:

Ceduk sebanyak yang diperlukan kedalam bekas, tambah air dan bancuh sampai jadi macam texture kentang putar. Pastu lumur dan sental pada kulit badan. Kalau ada lebih-lebih bancuhan tu simpan dalam peti nanti berulat dah terkena air kan. Sebab tu lah awal-awal tadi amik serbuk sebanyak yang diperlukan sahaja.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI