Kengsom Kung Chaom, Ini Barulah Resepi Original Dari Wanita Thailand

Resepi kengsom ini ada banyak versi. Yang biasa kita jumpa di Malaysia, kengsom yang menggunakan bahan masakan ikan siakap, kangkung dan nenas. Haa.. kali ini resepi Kengsom Kung Chaom dimasak menggunakan udang dengan kepingan telur dadar istimewa.

Dan resepi ini MW peroleh original dari air tangan wanita Thailand, Suttarat Wan Hanifah (Kak Ifah) sendiri. Khas untuk pembaca MW yang mahu mencuba kelainan dalam memasak kengsom.

Bahan PENTING Perlu Ada Dalam Masakan Kengsom

√   Kata wanita Thailand ini lagi, dalam apa juga masakan kengsom, perkara penting yang perlu diletak di dalamnya adalah sos ikan, asam jawa dan palm sugar.

√   Masakan kengsom asli tidak perlu ditumis.

√   Selain kangkung dan nenas, mak-mak boleh juga menambah bahan lain dalam masakan kengsom seperti bunga dan rebung.

√   Manakala jenis ikan yang sesuai untuk masakan kengsom adalah ikan siakap. Tapi di sesetengah tempat lain, macam-macam jenis ikan digunakan. Malah ikan sungai juga mereka gunakan untuk masakan kengsom.

√   Ada pelbagai jenis kengsom, malah resepi kengsom pun berbeza mengikut sesetengah tempat di Thailand ini. Malah bahan-bahannya pun berbeza.

√   Rasa kengsom perlulah masam, masin, pedas dan manis di akhir rasa.

IKLAN

 

Kengsom Kung Chaom, Ini Barulah Resepi Original Dari Wanita Thailand

Resepi Kengsom Kung Chaom
(Kengsom Udang Bersama Telur Dan Pucuk Petai)

Resepi ini, menu kegemaran Kak Ifah dan keluarga. Dan resepi yang Kak Ifah share ini merupakan ‘basic’ kengsom. Bila ingatkan menu ini pasti air liur meleleh keluar.

Bahan-bahan Kak Ifah kategorikan kepada 3 jenis
(Semua ini ditumbuk dengan lesung hingga lumat)

A. Bahan untuk ditumbuk

10 tangkai cili kering besar
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar belacan
3 sudu besar cekur yang dipotong
3 sudu besar bawang merah
2 sudu besar isi ikan/udang yang direbus

IKLAN

 

Kengsom Kung Chaom, Ini Barulah Resepi Original Dari Wanita Thailand

B. Bahan untuk buat kuah kengsom

900 ml air rebusan ayam/air masak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar palm sugar
3 sudu besar pati asam jawa
200 gram udang segar saiz sederhana

 

C. Bahan telur dadar

3 biji telur ayam
1 genggam daun pucuk petai
1/2 sudu besar sos ikan

IKLAN

Cara buat:

1. Tumbuk semua bahan A satu persatu sehingga sebati.
2. Pukul semua bahan C dan goreng seperti telur dadar. Potong telur dadar seperti 4 segi dadu.
3. Panas air rebusan ayam / air masak sehingga mendidih dan masukkan Bahan A (rempah kengsom) dalam air mendidih.
4. Bila mendidih lagi sekali masukkan bahan-bahan garam, sos ikan, palm sugar, pati asam jawa. (Boleh tambah rasa jika uolls suka)
5. Akhir sekali masukkan udang dan telur dadar sehingga air kengsom mendidih.
6. Tutup api. Kemudian hidangkan bersama nasi panas-panas

*boleh tambah lagi extra bahan jika suka.

Aduh sambil menaip sambil kecur air liur!

 

Kengsom Kung Chaom, Ini Barulah Resepi Original Dari Wanita Thailand
Pucuk petai yang ada dijual di pasaraya.

 

Info : Pucuk petai ini sejenis daun yang berbau seperti petai. Boleh didapati di pasar, pasaraya atau kampung-kampung.

Sumber/Foto : Suttarat Wan Hanifah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI