Luluh Hati Anna Jobling “Boleh Tak Menghormati Keluarga Saya?” begitulah luahan pelakon jelita Anna Jobling apabila ada segelintir netizen yang mempersendakan dan meninggalkan komen buruk terhadap paras rupa ibunya.
Anak mana yang tidak sayangi ibu kandungnya sendiri. Demi seorang ibu sudah tentu anak akan mempertahankan setiap hinaan yang diterima.
Apatah lagi ada yang memberi persamaan ibunya seperti ‘orang gaji’.
Anna berasa sangat kesal apabila ada segelintir netizen di laman sosial yang tidak menghormati hati dan perasaan keluarganya.
Akui dirinya dan ibu tidak pernah menggangu sesiapa Anna berharap orang di luar sana agar berpada-pada apabila memberikan komen. Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Anna turut menyatakan walaupun walaupun ibunya kerap menjadi sasaran buli siber, namun dia bersyukur jantung hatinya itu kuat dan sentiasa berfikiran positif.
“Kenapa perlu hina mak orang sampai begitu sekali. Boleh tak menghormati keluarga saya?
“Kalau ada masalah, beritahu saya, jangan babitkan mereka. Jangan ganggu keluarga saya sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun.
“Apa kalian akan rasa kalau ada seseorang kurang ajar dengan keluarga kalian pula?
Ads
Dia Sangat Kuat
“Dia sangat kuat dan tak kisah apa orang nak cakap. Dia hanya memberi fokus penuh kepada saya. Jadi terpulang kepada orang luar nak buat apa.
“Sedih itu memang sudah semestinya sebab ibu saya tak ganggu orang. Mungkin sebab saya adalah figura awam, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa saja mengenai saya.
“Kenapa tak nak komen mengenai kerjaya saya je? Tapi nak buat macam mana, netizen kan ada mulut. Mereka akan sentiasa bercakap,” katanya.
Hargai Peminat Menjadi Tulang Belakang
Pada masa yang sama Anna turut menghargai peminat setia yang sentiasa menjadi tulang belakang dan memberikan kata-kaya semangat kepada dia dan ibunya.
“Peminat saya baik dan mereka kenal saya macam mana. Saya bersyukur mendapat sokongan daripada mereka,” katanya yang membintangi Teater Maduku Terpaling Kalut.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya anak dah lama berkorban dan pendam rasa kita je tak sedar. Apabila bercakap soal pengorbanan, ramai yang terbayangkan jerih perih mak ayah melahirkan dan membesarkan kita.
Ada juga yang terkenang isteri berkorban mengurus rumah tangga dan membantu ekonomi suami. Si isteri pula teringatkan keringat suami yang mengalir demi mencari rezeki untuk keluarga. Ini antara pengorbanan yang sinonim dengan kehidupan kita.
Anak Berkorban Hati Dan Perasaan
Hakikatnya, saya merasakan pada zaman kini pengorbanan anak lebih besar untuk mak ayah. Kita bekerja mencari rezeki sehingga terpaksa meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh atau nurseri. Kita juga sering pulang lewat demi menyiapkan tugasan.
Pada hujung minggu pula, ada mak ayah yang bekerja dan tidak kurang juga bertugas di luar daerah. Sekembali dari pejabat, kita sudah penat.
Kita mahu berehat. Kita hiburkan hati dengan rancangan kegemaran, mengadap handphone atau melakukan aktiviti bersama teman-teman.
Anak Membesar Di Tangan Orang Lain
Masa terus berlalu, tanpa kita sedari anak membesar di tangan orang lain. Tanpa kita sedari, kita sudah banyak mengabaikan anak dan lalai menjalankan tanggung jawab.
Berapa ramai mak ayah hari ini yang mengajar anaknya mengaji? Berapa ramai antara kita yang benar-benar meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak? Adakah kita setia menemani anak-anak menyiapkan tugasan sekolah atau mendengar cerita mereka?
Di rumah pun kita sibuk dengan kerja yang tidak pernah habis. Mengemas, memasak, membasuh kereta dan sebagainya. Demi menyiapkan kerja rumah dan memastikan rumah bersih, kita lupa kita sudah nafikan hak anak. Masa berkualiti untuk mereka kita abaikan.
Abaikan Anak
Biasanya, kita ambil jalan mudah membiarkan anak menonton rancangan kartun atau bermain game. Supaya mereka tak ganggu kita buat kerja rumah. Sebab itulah, tv dan gajet lebih berpengaruh berbanding teguran ibu dan ayah.
Kerana masa anak-anak selain banyak dihabiskan di sekolah, rumah pengasuh atau nurseri, mereka menjadi penonton setia pelbagai rancangan tv. Di sinilah anak-anak belajar perkataan yang kasar atau tidak baik.
Apabila mendengar anak mengucapkan kata-kata kesat, kita marah, kita pukul mereka. Sedangkan kita lupa kita yang menyuruh mereka menonton tv untuk menyenangkan diri kita.
Mak Ayah Yang Salah
Ya Allah, kita sudah jauh tersasar. Ini bukan cara untuk mendidik anak-anak. Sedarlah semua. Kita kena kembali kepada agama, kembali kepada fitrah.
Anak-anak sudah banyak berkorban masa dan memendam rasa. Mereka dahagakan kasih sayang, belaian dan didikan kita. Jom kita muhasabah diri, perbaiki kelemahan yang ada dan berubah perlahan-lahan.
Beri perhatian yang sewajarnya pada anak-anak. Jangan berkompromi soal didikan anak-anak, berikan yang terbaik. Usah melepaskan tanggung jawab kepada orang lain, jangan biar tv mendidik anak-anak kita.
Mereka zuriat kita, pewaris bangsa kita pewaris keluarga kita. Didik mereka agar menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Semoga Allah bantu kita menjadi mak ayah yang terbaik. Amin.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dah nak raya ni selain hidangan wajib, ketupat, rendang dan kuih muih, kek juga antara yang menjadi pilihan penyeri di meja makan. Kek Milo 3 bahan ni antara kek paling senang yang mak-mak boleh buat, hanya guna tiga bahan je iaitu telur, milo dan susu pekat sebagai bahan utama. Menariknya ‘kek’ ini tak perlu guna tepung pun, tapi rasa nya sedap dan ‘chewy’ macam brownies!
Ada cara mudah rupanya mak-mak boleh buat puding karamel mudahyang sedap tak perlu guna telur dan tak perlu dikukus. Bukan apa, puding karamel yang menggunakan telur jika salah cara buatnya boleh menyebabkan puding tersebut berbau hanyir malah teksturnya pun berlubang-lubang setelah dikukus.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Mimiey Zuhaa ni cukup senang, puding karamel mudah, nampak cantik, permukaannya licin malah tak gunakan telur langsung serta tak perlu dikukus.
Puding Karamel Mudah Tanpa Telur
Berikut antara perkongsian resipi beliau;
“Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.So boleh la cuba resepi ni nanti.Yang tak boleh makan mesti boleh makan , budak-budak pun suka.”
Bahan Gula Karamel:
¼ cawan gula
3 sudu besar air
Bahan-Bahan Puding:
1 paket agar-agar(10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
¾ cawan gula (nak manis lagi letak 1 cawan)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1.Panaskan gula dan air didalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
2.Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.Biarkan ia larut dan tidak berketul.
3.Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
4.Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
5.Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul-betul adunan puding jadi keras.
6.Bila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk-sejuk.
Siap puding karamel mudah, sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...