“Kenapa Kita Fokus Kat Perut Neelofa, Macam Ada Baby” Netizen Ucap Tahniah Doakan Bilal Dapat Adik. Menerusi video yang dimuatnaik oleh selebriti popular Neelofa sewaktu meraikan hari ulang tahun kelahiran yang setahun anaknya Muhammad Bilal di Tik Tok ramai yang teruja apabila melihat Neelofa atau Lofa beberapa kali mengusap perutnya.Dek kerana itu juga pelbagai komen, ucapan tahniah dan doa diberikan jika benar Lofa sedang hamil anak kedua.
“Kenapa Kita Fokus Kat Perut Neelofa, Macam Ada Baby”
Jika benar personaliti dan usahawan berjaya itu sedang hamil tahniah diucapkan. Pasti ramai yang teruja, malah para netizen juga mendoakan agar rumah tangga Lofa dan suami, Haris Ismail bahagia dan berkekalan hingga ke jannah.
8 tahun bercerai, masih tinggal bersama tanpa rujuk. Pasangan diserbu pencegah maksiat JAIM. Apabila jatuhnya talak ke atas isteri, hubungan itu sudah menjadi asing iaitu wanita anjabi kepada bekas suaminya.
Dilarang sama sekali untuk tinggal serumah kerana ia boleh mendatangkan fitnah dan kemudhratan. Lainlah kembali rujuk. Meremehkan soal agama mungkin antara kejahilan manusia kerana islam itu diatur dengan sangat indah.
Tindakan sepasang bekas suami isteri masih tinggal serumah walau sudah bercerai lapan tahun lalu tanpa rujuk mengundang padah apabila diserbu pencegah maksiat di Melaka.
Memetik laporan Harian Metro, sekali pun pasangan ini sudah bercerai sejak lapan tahun lalu, namun masih tinggal sebumbung dengan bekas isteri dan dua anak tanpa rujuk.
Itu tindakan seorang kontraktor berusia 48 tahun yang menerima padah apabila dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi cegah maksiat di Limbongan, di sini, awal pagi tadi.
Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pemeriksaan dilakukan hasil aduan awam daripada Ahli Rakan Setiaku JAIM (RASEIM) mengenai pasangan itu yang tinggal sebumbung walaupun sudah bercerai.
“Semakan mendapati mereka sudah bercerai pada 2015 namun terus tinggal bersama walaupun tidak pernah merujuk semula.
“Justeru lelaki itu dan bekas isterinya yang juga peniaga makanan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman,” katanya dihubungi di sini.
Che Sukri berkata, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
“JAIM berterima kasih kepada orang awam dan ahli RASEIM (Rakan Setiaku JAIM) yang terus membantu menyalurkan maklumat bagi mengekang aktiviti tidak bermoral dan maksiat.
“Kita mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai RASEIM melalui link https://t.me/RASEIM bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Negeri Melaka secara dalam talian,” katanya.
Ibu Syamsul tegaskan tidak maafkan mereka yang meruntuhkan kebahagian sebuah keluarga. Dapat ibu mertua yang menyayangi menantu macam anak sendiri merupakan satu rezeki.
Ibu mana yang mahu melihat rumahtangga anak sendiri berantakan? Tentunya seorang ibu dambakan anak-anak bahagia disamping isteri dan keluarga tercinta.
Seperti yang diketahui umum, konflik rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana berlanjutan hingga kini.
Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Storie, Datin Fatimah Ismail yang juga isteri kepada Datuk Yusof Haslam menegaskan tidak akan memaafkan siapa saja yang meruntuhkan kebahagiaan sesebuah keluarga.
“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka ,” luah Fatimah.
Ibu Syamsul memuat naik kenyataan itu sekali gus membayangkan rasa tidak puas hati membabitkan konflik rumah tangga anak dan menantunya.
Selain itu Fatimah juga seolah-olah meluahkan perasaannya yang tidak merestui jika anaknya itu benar-benar sudah berkahwin dengan anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Seperti yang diketahui, kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah memasuki episod baharu apabila ada pihak mendakwa Syamsul dan Ira sudah berkahwin.
Ira dikatakan menjadi ‘orang ketiga’ dalam konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah lama tidak tinggal sebumbung.
Pada Jun lalu, Puteri Sarah turut memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.
Terbaru Syamsul juga memaklumkan dia akan menjawab segala persoalan mengenai rumah tangganya dengan Sarah dalam masa terdekat. Malah dirinya menyatakan sudah tiba masa dia bersuara mengenai perkara itu kerana dirinya sudah penat dengan konflik yang melanda rumah tangganya itu.
Dikurniakan anak-anak yang ramai memang satu rezeki dalam rumah tangga. Memang bertuah kahwin awal, dikurniakan rezeki anak-anak yang ramai apatah lagi pada usia yang masih tak sampai 40 tahun. Untung usia masih muda, anak-anak pun dah besar.
Shamsuri, 38, antara insan bertuah kerana dikurniakan 11 cahaya mata iaitu enam lelaki dan lima perempuan dengan anak sulung berusia 17 tahun, manakala anak bongsu berusia setahun selepas berkahwin dengan isteri, Rosnaida Ismail, 36, sejak 2005.
“Ramai juga salah sangka ingat saya ada lebih seorang isteri kerana ada ramai anak, tetapi hakikatnya saya tidak berkahwin lebih daripada satu,” kata pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie.
Menurut Shamsuri, dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai dan menganggapnya sebagai rezeki daripada Allah SWT.
“Saya dan isteri berkahwin kira-kira 18 tahun lalu ketika sedang menuntut di universiti. Nawaitu (niat) kami kahwin kerana Allah, jadi syukur sangat dengan rezeki Allah bagi iaitu ada anak ramai yang jaraknya selang setahun serta dua tahun.
“Saya memang suka anak ramai. Ia kerana adik-beradik saya pun ramai, 13 orang semuanya dan saya anak ke-11.
“Isteri pula okey dan kiranya kami satu kepala suka anak ramai. Lagipun, isteri ada tiga beradik saja,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Bercerita lanjut, Shamsuri berkata, memiliki anak ramai membuatkannya bekerja lebih keras bagi memastikan keperluan dan kebajikan anak terbela.
Sebagai bapa, Shamsuri seboleh mungkin memikul amanah dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
“Bukan senang ada anak ramai kerana 11 orang ada 11 perangai berbeza. Banyak juga perkara perlu difikirkan termasuk yuran persekolahan kerana ada lapan masih bersekolah dan semuanya perlukan kos.
“Anak ramai perlukan tahap kesabaran dan kekuatan tinggi, tetapi alhamdulillah dengan izin Allah, semuanya dipermudahkan untuk dijaga dari kecil sampai sekarang.
“Ia hasil bantuan isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa dan anak yang besar bantu uruskan adik mereka,” katanya.
Shamsuri berkata, waktu paling menyeronokkan adalah ketika membuat persiapan Aidilfitri buat 11 anaknya dan setiap kali keluar bersama mereka.
“Memang meriah apabila nak raya walaupun kos perbelanjaan saya berbeza dengan orang yang ada anak dua atau tiga.
“Sebelum puasa lagi, saya dan isteri sudah buat persiapan beli pakaian untuk anak kerana bimbang tidak sempat jika dilakukan pada saat akhir.
“Setiap tahun, saya belikan mereka pakaian baharu kerana tak sampai hati beri pakai baju yang sama dan bila kami keluar contohnya turun dari kereta untuk ke kedai makan, memang banyak mata memandang.
“Apa-apa pun, bukan itu saja dititikberatkan semata-mata kerana saya cuba didik mereka dengan hantar kesemuanya ke sekolah agama supaya yang penting adalah asas agama,” katanya.
Shamsuri berkata, dia tidak menyangka perkongsian video di TikTok mendapat perhatian ramai warganet.
“Ikutkan, saya tidak aktif di TikTok jadi tak sangka ramai menonton video dimuat naik. Niat saya sebenarnya nak bagi semangat kepada orang lain supaya jangan malu ada anak ramai kerana segelintirnya begitu.
“Bukan niat saya untuk menyinggung, melukakan hati atau menunjuk-nunjuk kepada mereka yang tiada anak kerana zuriat itu milik Allah, bukan kita.
“Kita rancang macam mana sekalipun, kalau Allah nak bagi, Dia bagi dan saya bersama isteri cuma berusaha untuk ramaikan lagi umat Nabi Muhammad,” katanya.
Sementara itu, Rosnaida menganggap pengalaman melahirkan 11 cahaya mata adalah perkara normal bagi setiap wanita yang bergelar ibu.
“Alhamdulillah, setakat ini kelahiran anak semuanya normal dan dipermudahkan Allah. Bahkan semua kelahiran awal dari tarikh sepatutnya.
“Perasaan setiap kali melahirkan anak masih sama iaitu teruja, sama saja daripada yang sulung sampai bongsu,” katanya.
Mingguan Wanita: Memang seronok ada anak ramai. Meriah rumah. Apa pun kerjasama dalam keluarga, keadaan ekonomoi kukuh dan sokongan daripada pasangan sangat penting jika ingin mememiliki keluarga yang besar.