Kenal pasti bahan-bahan alami yang boleh membantu anda tampil lebih cantik tentu mengujaan. Tiap bahan mengandungi khasiat tersendiri. Misalnya enam makanan ini yang boleh membantu anda memiliki kulit yang putih dan cerah. Boleh lah cuba sendiri.

Jom Kenal Pasti Apa makanan tu? Semak Sini.

Gandum

Kenal Pasti Enam Makanan Bantu Kulit Lebih Putih Dan Bersih
Kandungan pada gandum mempunyai biotin vitamin B yang dapat membantu sel memproses lemak. Dan kulit yang bersih serta lembap sangat membutuhkan vitamin B. Jadi, dengan memakan gandum seperti roti putih biasa dapat membantu kulit lebih sihat.

Kenal Pasti Bahan Dalam Betik

Kenal Pasti Enam Makanan Bantu Kulit Lebih Putih Dan BersihBuah yang kaya dengan kandungan vitamin C ini juga mengandung vitamin A, E, dan antioksidan yang dapat membantu membersihkan kulit. Dikatakan dengan mengamalkan makan buah betik dapat membantu menghilangkan noda-noda dan jerawat. Jadi, amalkan memakan betik secara rutin untuk mendapatkan kulit yang bersih serta putih.

IKLAN

Oren

Kenal Pasti Enam Makanan Bantu Kulit Lebih Putih Dan BersihVitamin C yang terkandung di dalam buah-buahan sitrus ini sangat banyak seperti vitamin C yang baik untuk menjaga kulit agar kekal sihat. Kolagen dan elastin yang terkandung di vitamin C dapat melambatkan penuaan kulit, mengurangi kedutan, dan dapat juga melambatkan pengeluaran melanin serta pigmen yang membuat kulit nampak lebih gelap. Jadi, amalkan memakan limau segar satu kali dalam sehari.

Kenal Apa Khasiat Lobak Merah pula..

Kenal Pasti Enam Makanan Bantu Kulit Lebih Putih Dan Bersih
Dengan mengambil lobak merah secara teratur, kulit akan menjadi putih dengan sempurna. Ia memiliki kandungan vitamin C dan karoten yang tinggi, serta para pakar juga sudah membuat penelitian bahawa lobak merah sangat baik untuk dimanfaatkan bagi kulit dan rambut. Jadi, jika menginginkan kulit yang putih secara alami, maka makanlah lobak merah secara teratur, sama ada dijadikan jus atau dimakan mentah-mentah.

IKLAN

Tomato

Kenal Pasti Enam Makanan Bantu Kulit Lebih Putih Dan Bersih
Buah yang berwarna merah ini memiliki kandungan lycopene yang mampu melindungi sel kulit daripada kerosakan daripada luar. Tomato juga mengandung kolagen yang dapat membuat kulit menjadi anjal dan putih. Jadi, dengan mengambil tomato secara teratur, akan mendapatkan manfaat yang baik untuk kulit.

Strawberi

Kenal Pasti Enam Makanan Bantu Kulit Lebih Putih Dan Bersih

IKLAN

Coenzim Q10 yang terkandung di dalam buah strawberi dapat menghalang radikal bebas, melambatkan proses penuaan kulit, dan dapat membantu menghilangkan sel kulit mati. Selain itu strawberi juga sangat kaya akan vitamin C serta antioksidan yang dapat mencegah efek negatif daripada sinar matahari. Apa pun, pengambilan makanan ini perlu dilakukan secara teratur untuk kesan yang efektif.

https://www.mingguanwanita.my/keringkan-rumput-susun-bagi-cantik-framekan-terus-jadi-hiasan-dinding-mahal/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI