Kenal di Tik Tok, beza usia 35 tahun tak halang cinta nenek 62 tahun bertemu jodoh lelaki bujang. Ajal maut jodoh pertemuan sudah diatur Allah sejak di luh mahfuz lagi.
Satu perkongsian di Tik Tok @rokiah samad menarik perhatian ramai apabila bertemu jodoh dengan lelaki bujang, di mana usia mereka berbeza 35 tahun jaraknya.
Kenal Di Tik Tok
Dari perkongsian Rokiah memaklumkan, pertunangan mereka berlangsung pada 6 Jun 2022 selepas mula berkenalan di media sosial pada 21 Oktober 2021. Tidak mengambil masa lama untuk mengenali hati budi, di sebalik perbezaan usia itu keduanya mengikat janji tiga bulan kemudian iaitu pada 9 September 2022 untuk disatukan sebagai suami isteri.
Selepas berkongsi di media sosial, kisah unik cinta pasangan berbeza usia 35 tahun ini meraih perhatian media kerana jarak usia di samping dirinya sudah bergelar nenek sementara suaminya, Mohammad Amin Jundail seorang lelaki bujang.
Walau dilihat agak jauh perbezaan usia umpama nenek dan cucu atau ibu dan anak tetapi pasangan ini dilihat begitu bahagia. Tambah lagi Rokiah dilihat seakan tidak makan usia meski pun sudah bergelar warga emas.
Dalam satu petikan temuramah bersama MStar, Mohammad Amin atau lebih dikenali sebagai Adam yang berasal dari Sabah, pada awalnya dia hanya mahu berkenalan saja dengan isterinya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu.
“Tapi makin lama perasaan sayang semakin menebal. Dari rasa sayang hingga rindu timbul dalam diri hingga sukar untuk saya ungkapkan perasaan itu bagaimana. Tambah lagi, isteri bukanlah usahawan ternama sebaliknya hanya biasa-biasa saja. Saya percaya Allah sudah menetapkan jodoh saya bersama isteri,”katanya.
Beza Usia 35 Tahun Tak Halang Cinta Nenek 62 Tahun Bertemu Jodoh Lelaki Bujang
Jika sebelum ini mereka hanya berhubung melalui mesej, panggilan telefon namun pada Disember 2021 saya datang ke Semenanjung.
Ads
“Bukan terus bertemunya tapi saya cari kerja dulu sebagai tukang urut di Johor buat mengumpul duit. Tepat pada hari jadi saya, 10 Januari 2022 barulah saya bertemunya di Kelantan. Adam memaklumkan ketika mereka bertemu, isterinya itu memiliki 11 anak, 22 cucu dan seorang cicit di mana anak sulungnya sendiri berusia 45 tahun.
“Tapi Allah sudah mengatur jodoh kami dan saya bersyukur di atas pertemuan ini,”katanya yang merupakan anak ke-8 dari 10 beradik berasal dari Semporna, Sabah.
Dalam pada itu, Rokiah turut mengakui walau usianya 62 tahun namun dia terasa seperti usia 40 tahun. Masih sihat, insya Allah.
Ditanya mengapa dia menerima lelaki jauh lebih muda darinya itu pada peringkat usia anak-anaknya saja, kata Rokiah, dia menerima suaminya Adam kerana dirinya baik. Sangat bertanggungjawab dan caring.Paling penting dirinya penyabar,”katanya memaklumkan dirinya suri rumah sepenuh masa.
Dalam pada itu Adam turut memaklumkan, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan isterinya.
Ällah dah atur sebaiknya. Dia pelengkap tulang rusuk saya. Walau beza usia, kehidupan kami bahagia dan aman damai. Isteri juga caring dan pandai masak. Dia sempurna di mata saya serba serbi.Anak-anaknya juga menerima saya dengan baik. Alhamdulilah atas jodoh ini,”katanya yang memohon doa agar rumahtangganya terus bahagia.
Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beradik meninggal dalam perjalanan ke sekolah, tragedi Ramadan yang sangat menyayat hati. Hari terakhir persekolahan menjadi insiden menyayat hati bagi seorang ibu bila mana dua anaknya meninggal dunia.
Berbaki lima hari sebelum sambutan Aidilftri, dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut dalam nahas langgar lari di Kilometer 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak Jaya di sini pada Jumaat.
Dua Beradik Meninggal Dalam Perjalanan Ke Sekolah
Dalam nahas itu, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.
Tragedi Ramadan Yang Sangat Menyayat Hati
Memetik laporan Sinar Harian, sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh dipercayai telah memasuki simpang kanan secara mengejut menyebabkan berlaku pelanggaran dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Nahas itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit telah melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Polis telah menerima panggilan kemalangan tersebut pada jam 7.12 lagi dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ungku Ismail bersyukur “bukan satu doa Allah makbulkan tapi dua. Dapat jaga & miliki awak Nanad”. 23 Januari lalu termetrai ikatan suci dua selebriti Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal apabila sah bergelar suami isteri.
Dari seorang rakan baik, berjanji akan mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin, banyak berlakon bersama-sama akhirnya janji itu dikotakan apabila keduanya memuat naik gambar penikahan mereka di IG masing-masing semalam.
Ungku Ismail Bersyukur “Bukan Satu Doa Allah Makbulkan Tapi Dua
Menerusi hantaran dalam Instagram (IG), Nad mengesahkan kini bergelar isteri apabila memuat naik naik gambar bersama Ungku Ismail ketika majlis pernikahan berserta bukti mas kahwin berjumlah RM1,000.
“Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas.
Tiada angin tiada ribut saat keduanya memuat naik sudah selamat bernikah, di Instagram mereka dibanjiri ucapan tahniah dan syukur apabila keduanya sah sebagai suami isteri dan ramai mengucapkan agar ikatan ini kekal till Jannah.
Baru pulih dari koma, ramai yang tahu bahawa Ungku Ismail antara “jurucakap” Nanad ketika itu dalam memaklumkan perkembangan artis kesayangan ramai ini.
Dan ternyata doa dari semua yang menyayangi Nanad termakbul bila dirinya kembali sedar dan seterusnya mengakhiri hari bahagia mereka bersama-sama.
Dapat Jaga & Miliki Awak Nanad
Dalam akaun Tik Toknya, @Ungku Ismail semalam berkongsi detik pernikahan mereka dan berkongsi bagaimana perasaannya selepas bergelar suami. Dan lebih indah dua doanya didengari Allah.
Tulis Ungku Ismail, “dulu ketika awak sakit saya orang paling sedih. Hari-hari saya tunggu perkembangan tentang awak sayang. Hari-hari saya berdoa semoga awak diberikan kesihatan baik. Hari-hari juga saya tunggu awak. Dan akhirnya Allah makbulkan doa saya sayang. Awak bangun, awak sihat.
“Bukan satu doa Allah makbulkan. Dua doa iaitu dapat jaga awak dan memiliki awak. Semoga Allah jaga bahtera perkahwinan ini dengan Sakinah, mawaddah wa rahmah. I love you Nanad, tulisnya.
Hud Aryan ditemukan meninggal dunia, dijumpai tersangkut pada pokok di muara sungai. Doa agar adik Hud Aryan ditemui selamat selepas hilang tiga hari berakhir dengan ujian air mata apabila anak kecil ini ditemui sudah tidak bernyawa lagi jam 4.20 petang tadi.
Ibunya, Azean Nur Atikah Ramley, 34, yang dimaklumkan dengan pertemuan mayat anak tunggalnya itu tidak mampu menahan sebak sebelum meraung dan ditenangkan oleh ahli keluarganya.
Mayat Hud Aryan yang berusia setahun enam bulan ditemukan tersangkut pada pokok di muara sungai di Kampung Kerila, kira-kira tiga kilometer dari rumah dirinya dilaporkan hilang.
Mayat Hud Aryan ditemui tersangkut pada pokok 3 km dari tempatnya dilaporkan hilang
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
“Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba dan orang awam.
“Ketika kejadian paras air sungai tinggi dan hari ini air sudah surut mendorong kepada penemuan mangsa.
Jenazah kanak-kanak ini telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan keluarga turut bergegas untuk proses pengecaman.
Difahamkan, lokasi penemuan mayat mangsa sudah dilalui beberapa kali oleh anggota penyelamat namun gagal mengesan keberadaan anak kecil ini.
Sebelum ini, ibu Hud Aryan berdoa agar anak kecilnya itu ditemui selamat namun takdir adalah sebaliknya.
Menulis, “Hud, pulanglah. Mama Abi tunggu Hud. Ramai orang-orang baik ikhtiar cari Hud Aryan,1 malaysia doa untuk Hud Aryan mama ni. Cepat balik hudd. Mama abi tunggu Hud.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.