Keluar Rumah Pakai Sarung Tangan, Cara Itu Lebih Berbahaya

Pernah nampak kan.. dekat pasaraya ada sesetengah pengguna yang memakai sarung tangan, waktu mereka shopping barangan keperluan waktu PKP Covid-19 ini. Persoalannya? Selamat atau tidak?

Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Say jelaskan kenapa memakai sarung tanya ini lebih berbahaya berbanding tak pakai apa-apa ketika keluar rumah.

Nak Pakai Sarung Tangan Atau Tak?

Pemakaian gloves pun cukup popular bila saya keluar membeli barang keperluan rumah. Persoalannya, adakah memakai gloves efektif dalam mengelakkan terkena jangkitan COVID-19?

Jawapannya TIDAK, MALAH IA LEBIH BERBAHAYA. “Sebab ape pulak doc? Bile pakai gloves takdelah kulit jari kita sentuh virus tu”. Secara teorinya betul apa yang anda fikirkan tapi secara praktikalnya tidak.

Ada dua sebab.

Sebab pertama, gloves ni boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus. Contohnya anda beli groceries sambil pakai gloves then dengan gloves yang sama anda bukak pintu kereta, pegang stering, singgah pam minyak kejap & akhirnya buka tombol pintu rumah sebelum anda buang gloves tu. Kalau lah ada virus pada awal-awal anda beli groceries tu tak ke dari supermarket, sekarang virus tu dah ada dalam kereta anda, di pam minyak & akhirnya di rumah anda?

Sebab kedua, bila anda pakai gloves somehow anda tak akan basuh tangan dengan lebih kerap yelah sebab mesti anda fikir “selamat dah tangan aku dalam perlindungan gloves ni takyah dah aku basuh tangan”.

Jika membasuh tangan ini tak dapat dijadikan “habit” bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan gloves?

Sentuh sana sini & tak basuh tangan sebab yelah tiada “habit” itu. Sedangkan jika anda tak pakai glove, anda akan kerap mencuci tangan/ hand sanitize. Lepas beli groceries hand sanitize, lepas isi minyak hand sanitize, sebelum bukak pintu rumah hand sanitize bukankah lebih selamat?

Leceh kena hand sanitize sokmo? Sebab tu lah kerajaan suruh duduk rumah!

Cara Ini lebih Efektif, Murah Dan Selamat

In a nutshell amalkan nasihat WHO (World Health Organization) yang ternyata efektif, mudah & murah ni:

1) KERAP BASUH TANGAN ANDA DENGAN AIR & SABUN/ HAND SANITIZER
2) ELAKKAN DARIPADA MENYENTUH MUKA ANDA
3) JAGA JARAK ANDA DARIPADA ORANG LAIN SEKURANG-KURANGNYA 1 METER
Tambah satu lagi nasihat daripada kerajaan kita
4) DUDUK RUMAH IKUT PERINTAH

#schoolingbysay

Baca sini : Tak perlu sampai basuh, rendam sabun barang dapur baru beli

MW : Jangan ingkar #DudukRumah ya.. jika anda berdisiplin, anda sebenarnya membantu KKM dan kerajaan membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini. Ayuh! Bersatu kekang Covid-19.

Sumber/Foto : Say Shazril

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI