Kehilangan anak dalam pantang bukanlah ujian yang mudah, isteri Syafiq sempat kucup, belai anak yang baru berusia 22 hari buat kali terakhir.
Allahuakbar, beratnya ujian buat isteri penyerang JDT Syafiq Ahmad yang kehilangan anaknya yang baru sahaja berusia 22 hari.
Tambah memilukan apabila Nur Amalina Norain turut kehilangan ibundanya dalam kemalangan jalanraya yang berlaku pagi semalam.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, apabila isteri pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad, diberi peluang mengucup anaknya buat kali terakhir.
Jenazah Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari yang terkorban dalam kemalangan tragis di Kilometer 163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap awal pagi ini, dibawa dari Hospital Sungai Bakap ke tempat rawatan ibunya di HSJ.
Sejurus jenazah tiba, Nur Amalina, 25, yang cedera dan dirawat di Wad 8 hospital itu dibawa turun dari wadnya dengan ditolak menggunakan katil ke bahagian Unit Forensik.
Instagram
Isteri Syafiq Sempat Kucup Anak Buat Kali Terakhir
Nur Amalina kemudiannya diberi masa kira-kira 20 minit dan kelihatan wanita itu membelai dan mengucup bayinya beberapa kali.
Wanita itu turut diberi peluang menatap wajah ibunya Zainab Wahab, 45, yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut.
Kemalangan itu turut mengorbankan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti berusia 30-an.
Ads
Selain Muhammad Syafiq, 25, dan isterinya, anak sulung pasangan itu Aaira Nur Saffiya, 2, mengalami cedera ringan dan kini dirawat di wad kanak-kanak HSJ.
Muhammad Syafiq yang turut hadir ke HSJ dilihat tidak dapat mengawal perasaan dan berterusan menangis sambil ditenangkan ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Pendang, Kedah untuk urusan pengebumian.
Syafiq Tidak Mampu Mengawal Perasaan
Terdahulu di Nibong Tebal, Muhammad Syafiq yang berada di perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB), dilihat menangis setiap kali didekati rakan dan saudara-mara malah dia enggan bercakap dengan sesiapa yang menghubunginya menerusi telefon kerana terlalu sedih.
Muhammad Syafiq berada di situ menunggu urusan bedah siasat anak bongsunya, Muhammad Aisy Saqeef serta ibu mentuanya, Zainab.
Ads
Suasana hiba dan sedih itu turut dikongsi adiknya, Muhammad Zulfadhli, 24, yang setia menemani abangnya itu dan beliau turut memaklumkan abangnya masih terkejut serta sukar menerima kejadian yang berlaku.
“Dia akan menangis setiap kali ada saudara mara atau kawan datang bertanyakan keadaannya selain enggan bercakap dan hanya menyebut nama anaknya sahaja…Aisy, Aisy,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Unit Forensik HSB.
Jurulatih Beri Masa Secukupnya
Sementara itu, Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menzahirkan ucapan takziah kepada Muhammad Syafiq ketika hadir menziarahi pemain bola sepak kebangsaan itu di HSB.
“Beliau boleh mengambil berapa lama masa yang diperlukan untuk kembali pulih sama ada mental dan fizikal malah kami akan sentiasa memberi semangat dan sokongan. Kami semua mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Tan.
Mengulas lanjut, beliau berkata tiada sebarang latihan yang dijadualkan buat Muhammad Syafiq ekoran pembatalan Piala Malaysia disebabkan pandemik Covid-19 sekarang ini.
MW: Semoga penyerang JDT, Syafiq Ahmad, isteri dan keluarganya dapat menerima ujian ini dengan tabah. Semoga Allah mengurniakan kekuatan untuk mereka meneruskan hidup seperti biasa setelah menjalani ujian berat ini. Insyallah amin.
Luah Achey, “Jika ada ruang yang kecil, mohon doakan mak saya, keadaan dia sangat tak baik. “ Achey mohon semua doakan ibunya yang kini dirawat di hospital setelah positif C0vid-19.
Ibunya antara tujuh orang ahli keluarga yang positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu. Semoga ibunya kuat untuk melawan Covid-19.
Achey Mohon Doa Semua
Menerusi entrinya di akaun Instagram, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, memohon doa ramai untuk kesembuhan ibunya, Ngaisah Hassan yang kini dalam keadaan yang tidak baik akibat jangkitan Covid-19.
Tambah Achey, ibunya kini dirawat di Hospital Segamat, Johor.
Jika Ada Ruang Doakan Mak Saya
“Saya tahu doa anda sangat padat ketika ini, tetapi jika ada ruang kecil yang kosong dalam doa kalian, dapatlah kiranya ruang doa itu diisi untuk mak saya, Ngaisah Hassan.
“Buat masa ini, keadaan mak saya sangat-sangat tidak baik,” tulis Achey menerusi satu perkongsian yang dilakukan di laman Instagramnya pada awal pagi tadi.
Difahamkan ibunya yang positif Covid-19 tahap tiga mengalami masalah pernafasan sehingga perlu ditiarapkan untuk memudahkan proses pernafasannya.
Achey ketika ditemui selepas majlis bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham Siti Sarah yang diadakan secara maya pada Khamis turut berkongsi perkembangan terkini tujuh ahli keluarganya termasuk ibu, abang, kakak dan adiknya turut disahkan positif.
Menjadi Runner
“Buat masa sekarang saya dan isteri yang menjadi runner untuk memastikan segala barangan yang diperlukan keluarga yang positif, baik yang di hospital mahupun di rumah.
“Walaupun dalam keadaan tangan yang patah, saya terpaksa juga ulang-alik memandu ke hospital kerana hanya kami berdua sahaja yang boleh berbuat demikian demi membantu ahli keluarga lain yang sedang berjuang melawan Covid-19,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga Mak Achey, Ngaisah Hassan,dikurniakan kesembuhan dan sihat seperti sediakala. Amin.
Menerusi laman instagram Abby Abadi, pelakon ini mahu menunaikan hajat memberikan sumbangan baju dan barang permainan untuk Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar, anak Allahyarham Abam.
Kata barangan itu dahulunya milik arwah anak lelakinya, Allahyarham Muhammad Danial Firman yang meninggal dunia sektar Disember lalu, yang mana Danial dilahirkan tidak cukup bulan.
Dalam pada itu, Abby turut menyatakan sokongannya kepada balu Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan ini dan berkongsi artikel yang ditulis oleh seorang peguam. Ianya berkenaan isu yang tercetus, berhubung video live tular yang dikongsikan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.
Kongsi Abby Abadi,
Hamzah oh Hamzah
Apapun alasan yang diberi.. Saya di pihak Baby & Mak Baby. Nanti nak gi melawat doranglah… nak bagi baju/barang mainan Daiyan yang banyak-banyak tak guna & tak muat dah buleh ke?
Baju Dayana ada cucu perempuan dah. Arwah Danial dah takde jadi baju Daiyan yang Saya kumpul nak bagi pada Baby Hamzah buleh kan @hidayah_abam
Maaf @acheykintangkintung pinjam gambar ye. Maaf @abbynadzri pinjam artikel awak & penjelasan lawyer. Itu juga kefahaman Saya mengenai hak seorang balu. Sayang Hamzah. Ada rezeki jumpa ye.
Kredit : @abbynadzri .
Kredit : @abbynadzri .
MW : Semoga segalanya dapat diselesaikan dengan baik.
Anak tertumpahkan pengilat kuku, Tomok bayar RM5,593! Ujian bulan Ramadan buat Tomok apabila dia terpaksa membayar sebanyak RM5,593! Sebagai ganti rugi.
Semalam menerusi perkongsian di akaun Instagram, penyanyi Tomok memberitahu anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM899 dan RM499.
Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku, Tomok Bayar RM5,593!
Walau berdepan situasi tegang namun penyanyi itu kelihatan tenang saja. Tomok ketika itu berada di butik pakaian berjenama dan memaklumkan anaknya secara tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik itu.
Dek kerana itu pengurusan butik berkenaan tidak membenarkan Tomok keluar dari premis selagi Tomok tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang sudah rosak.
“Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh keluar dari kedai ini. Tak mengapa, saya akan bayar dan selepas ditolak diskaun, jumlahnya adalah RM5,593,”
Mohon Orang Ramai Berminat Untuk Membeli
Ketika kejadian Tomok menerangkan mereka sekeluarga ke butik itu untuk membeli seluar. Dan Malah Tomok juga menyatakan jika ada yang berminat membeli pakaian itu boleh mesej kepadanya.
“Tapi saya tak jual dengan harga asal.
“ Pengilat kuku hanya terkena sikit saja, tapi saya faham ini peraturan dan saya perlu bayar ganti rugi.
“Saya mengaku ini silap saya.
“Ujian nak raya agaknya. InsyaAllah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.
“Bertabahlah Ya. Kesian Pun Ada” Komen Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang simpati dengan nasib yang dialami Tomok.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.