Kecur air liur, Sotong Masam Manis Ala Thai Makan mak-mak wajib cuba masak. Sambil dengar lagu raya terkenang suasana di kampung, memang sayu. Hari ini sudah 19 hari kita berpuasa, mak-mak mesti dah terkenang kampung halaman.
Apapun menu berbuka petang ni wajib dihidangkan di meja tau! Apa kata jom kita masak Sotong Masam Manis Ala Thai Makan Sekali Nak Lagi!
Kecur Air Liur
Mudah saja kiranya kalau tutup mata pun boleh buat sebab mak-mak kan dah pro di dapur. Resipi mudah ni 5 minit dah boleh siap yang penting kena ada sotong. Jom cuba resipi ni untuk berbuka petang ini.
Bahan-Bahan:
10 ekor sotong disiang dan dibuang kulit
Bahan sos:
6 ulang bawang putih (dihiris halus)
10 biji cili padi (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 tangai (akar ketumbar)
Ads
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam dan serbuk perasa.
1 biji air perahan limau
Daun ketumbar dipotong halus
Ads
Cara Memasak :
1.Masukkan sotong ke dalam kuali kemudian masak kan sotong tersebut.(ketepikan sotong yang telah dimasak)
Untuk sos masukkan bawang putih, cili padi, cili merah, akar ketumbar ke dalam mangkuk kemudian gaul.
3.Masukkan pula sos tiram, sos ikan, gula, garam, serbuk perasa dan air perahan limau atau lemon serta daun ketumbar.
4.Kacau dan akhir sekali masukkan sotong dan gaul sebati. Siap! Sudah boleh dihidang bersama menu lain sewaktu berbuka puasa nanti.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berhutang nafkah batin dengan isteri, suami selalu anggap remeh. Dalam sesebuah perkahwinan, nafkah zahir sering menjadi perhatian utama, namun nafkah batin juga merupakan elemen penting yang tidak boleh diabaikan.
Nafkah batin bukan sahaja merangkumi hubungan intim, tetapi juga keperluan emosi, mental, dan fizikal pasangan. Malangnya, ramai suami terlepas pandang aspek ini, sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Islam menekankan kepentingan suami memenuhi keperluan batin isteri dengan baik.
Keperluan Emosi – Suami perlu memberi perhatian kepada emosi isteri, mendengar masalahnya, dan memberikan sokongan moral dalam setiap keadaan. Sikap tidak peduli atau membiarkan isteri menangani masalah sendirian boleh menyebabkan tekanan perasaan dan merenggangkan hubungan suami isteri.
Keperluan Mental – Suami berperanan membimbing isteri dengan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai agama. Bukan sahaja dalam aspek ibadah, tetapi juga dalam memahami cara mengurus emosi dan tekanan hidup dengan bijak.
Keperluan Fizikal – Sentuhan kasih sayang seperti memegang tangan, memeluk, atau sekadar duduk bersama tanpa gangguan adalah antara keperluan fizikal yang membantu mengeratkan hubungan. Islam sendiri melarang suami mengasingkan tempat tidur daripada isteri tanpa sebab yang munasabah, kerana ia boleh membawa kepada perasaan dingin dan menjauhkan pasangan secara emosional.
Ini perkongsian daripada Peguam Syarie (Kelantan), Tuan Azri menerusi akaun TikToknya azrieyyyy
Keperluan Nafkah Batin yang ramai suami terlepas pandang. Semarah mana pun, cuba untuk tidak asingkan tempat tidur dengan pasangan.
Keperluan emosi, mental dan fizikal yang baik merupakan salah satu nafkah batin yang wajib suami tunaikan terhadap isteri. Islam melarang seorang suami melayan isteri dengan cara yang tidak baik.
Antaranya mengeluarkan kata-kata kesat dan mempamerkan sikap kasar terhadap isteri di hadapan anak-anak. Dalam hal ini juga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan tunjuk ajar serta nasihat dari sudut pendidikan agama dan kefahaman berkenaan pengurusan emosi. Manakala, fasakh merupakan hak bagi isteri menuntut penceraian yang diberi ruang oleh Islam dengan syarat-syarat tertentu dalam menyelesaikan konflik rumah tangga.
Islam melarang suami daripada melayan isteri dengan cara yang kasar atau menyakitkan hati.
*Mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh melukai hati isteri.
*Memalukan isteri di hadapan anak-anak atau orang lain.
*Mengabaikan perasaan dan keperluan isteri tanpa sebab yang kukuh.
Seorang suami yang baik adalah suami yang bijak dalam mengawal emosi dan sentiasa menjaga maruah serta kebajikan isteri. Dalam kehidupan berumah tangga, pasti akan ada ujian dan cabaran, tetapi ia harus dihadapi dengan penuh kesabaran dan hikmah.
Jika seorang suami gagal memenuhi tanggungjawabnya terhadap isteri, Islam memberikan ruang kepada isteri untuk menuntut fasakh, iaitu pembubaran perkahwinan melalui mahkamah syariah.
*Suami mengabaikan nafkah zahir dan batin
*Suami melakukan kekerasan atau penderaan terhadap isteri.
*Suami menghilangkan diri tanpa berita dalam tempoh tertentu.
Fasakh bukan bertujuan untuk meruntuhkan institusi perkahwinan, tetapi sebagai jalan penyelesaian bagi isteri yang mengalami penderitaan dalam rumah tangga.
Suami harus memahami bahawa nafkah batin bukan sekadar hubungan intim, tetapi melibatkan aspek emosi, mental, dan fizikal yang membentuk kesejahteraan rumah tangga.
Perkahwinan yang bahagia bukan sahaja bergantung kepada kemewahan harta, tetapi juga kasih sayang, penghormatan, dan keprihatinan antara suami isteri. Oleh itu, setiap suami bertanggungjawab untuk menunaikan hak isteri dengan penuh kesedaran agar rumah tangga sentiasa dalam keberkatan dan keharmonian.
Malam itu seharusnya seperti malam biasa buat sebuah keluarga kecil yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Namun takdir Allah lebih mengetahui. Dalam sekelip mata, tiga nyawa sekeluarga direntap dalam satu tragedi memilukan yang menggemparkan ramai.
Dalam kejadian menyayat hati di Kilometer 58.1 Lebuhraya PLUS arah selatan, jam 11.30 malam, lima individu disahkan maut termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka yang baru berusia dua tahun.
Mangsa dikenali sebagai Nasaarudin Pardi, 36 tahun, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stepwagon Spada, bersama isterinya, Siti Khazira Bani, 35 tahun. Lebih meruntun jiwa, si kecil mereka, Mariam Nasarudin, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler. Isteri mangsa, Siti Khazira, sempat dikejarkan ke hospital namun menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan.
Kehilangan satu keluarga dalam sekelip mata sememangnya satu tamparan hebat. Mariam, anak kecil yang mungkin sedang lena dalam dakapan ibu, tidak sempat membesar dan melihat dunia. Pasti ramai yang tidak mampu membayangkan luka di hati keluarga terdekat yang ditinggalkan.
Ramai warganet yang turut meluahkan rasa hiba di media sosial, menyifatkan insiden ini sebagai satu peringatan agar sentiasa menghargai waktu bersama keluarga — kerana kita tidak tahu bila pertemuan terakhir akan berlaku.
Al-Fatihah buat Nasaarudin, Siti Khazira dan Mariam. Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Sementara itu, menurut Taufiq Bani, 33 tahun yang juga merupakan adik kepada Siti Khazira berkata, raya kali ini sudah tak bermakna lagi selepas keluarganya kehilangan tiga anggota keluarga sekali gus.
Memetik laporan Berita Harian, Taufiq berkata, selepas berlaku tragedi itu baharulah dia teringat kata-kata kakaknya yang mereka sekeluarga bakal memakai baju raya berwarna hitam baru-baru ini, seakan-akan membayangkan tragedi hitam yang akan terjadi.
“Jam 5.30 pagi… ayah terima panggilan yang mengubah segalanya.”
Itulah detik pilu yang tidak mungkin dilupakan oleh seorang ahli keluarga yang menerima perkhabaran tentang tragedi menyayat hati membabitkan kehilangan tiga ahli keluarga serentak – abang ipar, kakak dan anak saudara kecil mereka.
Menurut adik kepada Allahyarham, dia sempat berbual dengan mereka sebelum bertolak dari Bukit Jalil.
“Mereka maklumkan baru bergerak, saya pesan hati-hati di jalan. Dalam jam 11.25 malam saya WhatsApp dalam grup keluarga tanya mereka di mana, tapi tiada balasan. Saya fikir mungkin jalan sesak,” katanya dalam nada penuh sebak.
Namun apabila masuk waktu sahur dan keluarga itu masih belum tiba, hatinya mula berasa tidak sedap. Tidak sampai hati mahu mengejutkan ibunya, dia mengambil keputusan masuk ke bilik — dan ketika itulah, ayah mereka menerima panggilan yang membawa berita paling menyedihkan.
Dua anak Allahyarham yang terselamat, Tuah Isqandar dan Summayyah, sudah diberitahu mengenai pemergian kedua ibu bapa mereka. Walaupun kecil, mereka memahami apa yang berlaku — namun kesan emosi jelas tergambar, terutama pada anak perempuannya.
“Tuah tanya ‘ayah dan ibu ok ke?’ Saya terangkan perlahan-lahan. Dia kata, semasa kejadian dia tidur. Terjaga bila ada orang dukung dan nampak ayah dan ibu.”
Menurut Taufiq, anak sulung hanya mengalami lebam ringan kesan tali pinggang keledar. Namun si kecil Summayyah pula mengalami patah bahu, selain menjadi lebih pendiam selepas kejadian.
Tiga jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Makam, Kota Tinggi, selepas solat Jumaat. Pasti ramai yang hadir bukan sahaja untuk memberikan penghormatan terakhir, tetapi juga menyampaikan doa dan sokongan kepada dua anak kecil yang kini kehilangan tempat bergantung. Al Fatihah.
Air tangan mak-mak tak pernah menghampakan. Salam Ramadan hari ke-11, mak-mak masih tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka petang ini? Jangan bermalas, masak simple pun tak apa sebab air tangan mak-mak ni memang sedap!
Pada anak bujang kalau teringat penangan mak di kampung mesti tak tahan nak pulang segera. Momen berbuka puasa bersama keluarga tercinta di desa sememangnya sangat dirindui terutama pada perantau.
Mereka yang nak berjimat masak sendiri lebih bagus. Bukar sekadar jimat tetapi rasanya pun enak. Jadi petang ni jom cuba masak menu Udang Berempah Kari Power, walaupun resepinya ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Marilah lah cuba ya mak-mak. Pasti anda sekeluarga berselera makan.
Satu biji bawang merah (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (dipotong kecil)
Sedikit halia
Daun kari
3 sudu serbuk kari
Setengah mangkuk air
1.Panaskan minyak masak ke dalam kuali.
2.Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng hingga kekuningan.
3.Masukkan 3 sudu rempah kari yang digaul dengan air, dan masukkan sedikit air.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas 21 hari dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dirinya bersalah atas kesalahan rogol, hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan sementara Da'i Syed.