Aktres terkenal berdarah kacukan Jerman-Melayu, Maya Karin Roelcke ini sememangnya terkenal dengan kerja-kerja sukarela yang menghargai alam sekitar.
Dari bab cintai sungai, hinggalah menjaga kelestarian alam. Serah saja pada Maya Karin.. tahulah nanti bagaimana dia mahu mengajak orang ramai untuk kembali cintai alam semula jadi.
Terbaru, Maya Karin berkongsi gambar-gambar cantiknya di kebun komuniti dekat Cheras pada Ahad lalu.
“Volunteered this morning with my mum at a community garden in cheras. Kebun ditanam and dijaga oleh penduduk di kawasan tu, siapa-siapa boleh ambik je 4 free.
“Macam-macam sayuran. Bayam, kangkung, bendi, terung, ulam raja, kacang, pisang, nenas.. A River of Life project. #kebunkomuniti”
Kredit foto : twitter Maya Karin
Kredit foto : twitter Maya Karin
Kredit foto : twitter Maya Karin
Maya Karin Berkebun Pun Cantik..
Perkongsian yang turut disertakan gambar aktiviti Maya di kebun komuniti menarik perbincangan ramai. Rata-rata memuji kecantikan Maya yang tetap terserlah walau pun berada di kebun sayur.
Ads
Idea Edible Garden Di Kebun Komuniti
Bagus sungguh idea membina edible garden yang boleh dimakan dan dinikmati bersama sayurannya dalam kebun komuniti ini. Tapi macam mana cara nak mulakan berkebun sayur ini.
1. Boleh dimulakan dengan perbincangan kejiranan taman perumahan, atau kejiranan di kediaman anda.
2. Cari tanah sesuai yang boleh dibina kebun edible ini.
3. Bahagikan jenis sayuran ikut petak tuan tanah. Jika belum ada kemahiran berkebun, boleh tanam berpasangan. Misalnya, pasangan A dan B, tanam sayuran kekacang di petak kecil yang disediakan. Pasangan seterusnya, tanamlah sayuran bayam atau sawi pada batas tanaman yang lain.
Jadi, dalam satu kebun akan ada banyak jenis tanaman dengan kedudukan bersistematik.
4. Buat carta, tugasan menyiram, membaja, membersihkan rumput, menyembur racun organik dan menuai. Penting untuk adanya pembahagian tugas berjadual. Tidaklah tanaman mati terbiar.
Ads
Panduan Bergambar : Perkara Asas Yang Boleh Diambil Kira Dalam Membina Edible Garden Kebun Komuniti
Di luar negara, batas sayuran di tanam dalam bekas kayu. Dalam tanah lengkap dengan tanah bakar, cacing, baja organik yang membantu kesuburan tanah. / Kredit foto : Pinterest
Batas sayuran dalam kotak lebih sistematik./ Kredit foto : Pinterest
Batas sayuran atas tanah / Kredit foto : Pinterest
Bina Batas Sayuran
Batas sayuran ini boleh dibina secara langsung atas tanah, atau sediakan dalam petak kayu, atau pun batuan. Tanah bakar yang siap digembur dengan baja dan sebagainya, lebih membantu tanaman hidup dengan lebih cepat dan subur.
Batas menjadi pembahagi jenis tanaman dan kebun komuniti jadi lebih sistematik.
Pancang jenis piramid / Kredit foto : Pinterest
Bentuknya seperti binaan bangunan. Untuk sokong batang pokok yang masih lembut./ Kredit foto : Pinterest
Panjang jenis bulat, mudah untuk pekebun sediakan jaring menghalang serangga perosak. / Kredit foto : Pinterest
Pancang Untuk Sayuran Menjalar
Membina pancang pada sayuran jenis menjalar, misalnya kacang panjang, tomato dan daun kaduk. Selain panjang bentuk piramid, boleh juga bina pancang bentuk menegak.
Nanti pokok menjalar mendapat sokongan dan mudah untuknya membesar ketika menghasilkan buahnya.
Ads
Pentingnya Bunga Ditanam Dekat Sayuran
Kehadiran jenis bungaan ini sebenarnya menjadi racun perosak semulajadi untuk sayuran. Misalnya bunga tahi ayam, bungan jam 10 atau rose jepun antara bunga yang mengeluarkan bau yang tidak digemari serangga perosak.
Bagaimanapun, sebelum meletakkan jenis bunga, pastikan jenis sayuran apa yang sesuai digandingkan dengannya. Agar akar tanaman ini tidak berebut nutrisi dalam tanah.
Mini Rumah Hijau
Bagi sesetengah sayuran yang sensitif terhadap cuaca yang ekstrem binalah rumah hijau untuknya. Mini rumah hijau pun dah memadai.
Penjagaannya lebih minimalis, kerana ia terlindung daripada serangan makhluk perosak secara terbuka.
Kredit foto : Pinterest
Binaan Pagar
Sesetengah kebun komuniti di negara ini tidak berpagar. Pagar dapat melindungi kebun komuniti daripada diterjah masuk oleh haiwan yang tidak diinginkan misalnya lembu, atau kambing.
Binaan pagar boleh dibuat daripada kayu, besi atau sesetengahnya menggunakan tali yang dijalinsulam. Pagar juga menjadikan kebun komuniti lebih kemas dan nampak sistematik.
Ayda Jebat lega keberanian adik sahkan sudah bernikah dengan Zainal Abidin. Tahniah diucapkan buat adik kepada Ayda Jebat, Fyna Jebat yang kini sudah sah bernikah dengan bekas pengendali pasukan bola sepak Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh empunya badan.
Namun adik kepada Ayda Jebat yang juga pemilik nama sebenar Nurshafyna Jebat enggan berbicara lebih lanjut mengenai hal perkahwinannya.
Ayda Jebat Lega Keberanian Adik Sahkan Sudah Bernikah
Seperti mana dipetik menerusi portal berita, Fyna berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan komen baik terhadap perkahwinannya.
“Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen yang baik.
“Harap dapat doakan saya dan keluarga,”.
Dedah Status Perkahwinan
Menurut kakak kepada Fyna pula dia berasa lega dengan keberanian adiknya.
“Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.
“Terima kasih atas doa kepada kami,” ungkap Ayda ringkas.
Untuk rekod sebelum Fyna mengakui sudah bernikah dengan Zainal Abidin sudah berlegar gosip mengenai seorang wanita berusia 29 tahun telah bernikah. Khabarnya perkhawinan itu hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat.
Zainal Abidin pernah berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak. Dan merupakan penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.
Menangis hingga mata bengkak berjauhan dengan anak, curi masa pam susu. Begitulah pengalaman pertama kali pelakon Mira Filzah terpaksa berjauhan dengan anak sulung kesayangannya, Wan Khair Amir dek kerana tuntutan kerja.
Sebagai seorang ibu ternyata tugas menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi pada ibu yang bekerjaya.
Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja.
Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Apabila kita stres, letih, dan diuji dengan perkara-perkara berat, tentu ada masanya fikiran kita akan menerawang ke ruang-ruang negatif.
Namun itu semua bukanlah halangan untuk ibu meneruskan penyusuan susu badan pada bayi mereka.
Menangis Hingga Mata Bengkak Berjauhan Dengan Anak
Seperti mana ibu bekerjaya yang lain, Mira Filzah juga akui bukanlah satu perkara yang mudah untuk bekerja di luar sambil memerah susu. Ibu-ibu perlu bijak dan curilah masa untuk mengepam susu.
“It was a great experience working with UNIQLO Indonesia. Set photo shoot dorang sahaja mcm set shooting drama! Set besar, crew pun ramaaaii gila. Mcm mana lah agaknya kalau shooting dgn dorang ya.
“Ini pun first time tinggalkan Amir untuk 5 malam.
“First day photo shoot mata bengkak, sebab malam sebelum tu VC Amir nangis nangis. @farhadiana dgn @harizayiz tengok je lah. Haha. Terus Hariz masuk bilik. First day je lah tapi. Hari kedua dan seterusnya dah okay sikit,’” kongsi Mira yang kini berada di Bali, Indonesia.
Semoga Cukup Bekalan Susu Di Rumah
Akur dengan tuntutan kerja, Mira juga menyatakan selepas ini ada beberapa lagi trip outstation yang perlu dilaksanakan. Dia juga memohon agar dirinya terus kuat untuk berjauhan dengan Amir.
“Lepas ni ada lagi beberapa kali outstation. Lagi jauh, lagi lama. Tak tahu lah nak bawa balik susu mcm mana utk flight berbelas jam.
“Semoga cukup lagi bekalan susu dkt rumah bila outstation nanti. Semoga Mama pun kuat!
“Pengalaman kerja diluar sambil pump susu bukan senang.
“Curi curi masa nak pump. Kadang-kadang tengok jam sampai terlepas timing, tahu tahu dah 6 jam tak pump lagi!
“Haa faham tak perasaan itu? Dengan bawa macam macam brg kesana sini, ice packs, cooler bag lagi. Salute sgt mommies yg busy kerja tapi still boleh keep up dgn routine pump! (Sorry sembang mak mak sikit dkt sini.)
“Okay dah. Haha. Video last bukti mata sembab! Tu first day shoot,” kongsi Mira yang juga akui sebagai seorang ibu tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk bergerak aktif dalam industri.
Usia bukanlah halangan untuk mengejar ilmu! Itulah yang dibuktikan oleh pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Desy Ratnasari, 50 tahun yang berjaya menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Kedoktoran (PhD) daripada Universitas Atma Jaya, Jakarta baru-baru ini.
Kejayaannya dalam bidang akademik sekaligus menyaksikan dia kini membawa galaran doktor falsafah sebagai Dr Desy Ratnasari. Popular dengan lagu Tenda Biru, selebriti berusia 50 tahun ini berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ilmu Psikologi dengan memilih isu yang dekat dengan dirinya yang kini aktif dalam dunia politik.
Pilih Tajuk Kajian Berkaitan Wanita
Kajianya yang bertajuk ‘Kajian Self-Efficacy, Intensi, Persepsi Kesetaraan Gender dan Motivasi Sosial Perempuan Politisi Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia Periode Tahun 2019-2024’ disifatkan sebagai satu pemahaman terhadap kesaksamaan gender dalam kalangan anggota pewakilan.
Dr Desy Ratnasari berkongsi momen menamatkan pengajiannya diabadikan dalam satu hantaran di Instaram miliknya yang menyaksikan dia sedang melakukan sesi pembentangan terbuka di hadapan ahli akademik penilai dan tetamu.
Meskipun berasa sedikit berdebar dan gementar, namun segalanya berjalan lancar dan akhirnya pada penghujung sesi dia telah diberikan sijil yang menandakan penerimaan gelaran sebagai doktor falsafah.
“Alhamdulilah, selesai sudah sidang terbukanya. Tadi sudah diberi gelar sebagai seorang doktor psikologi. MasyaAlla Allah permudahkan, Alhamdulillah,” -Dr Desy Ratnasari
Kini, setelah selesai sesi pembentangan, pelakon watak Ummi Safiyah dalam filem Buya Hamka ini hanya menantikan hari untuk majlis konvokesyen rasmi yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Imbas kembali, ibu kepada seorang cahaya mata ini memulakan kerjayanya dalam dunia seni pada tahun 1988 ketika berusia 15 tahun apabila dia memenangi tempat kedua dalam pertandingan Gadis Sampul.
Selepas itu rezekinya melimpah ruah apabila dia menjadi antara selebriti papan atas sebagai pelakon dan juga penyanyi dengan beberapa lagu hits.
Desy Ratnasari bukan sekadar ikon hiburan, tetapi kini juga diiktiraf sebagai seorang intelektual dengan gelaran Doktor Falsafah. Pencapaian ini menambahkan lagi kebanggaan kepada peminat dan masyarakat Indonesia yang melihat beliau sebagai teladan.
Kejayaan Desy Ratnasari ini mengingatkan kita bahawa ilmu pengetahuan adalah harta yang tidak ternilai, dan ia mampu memberikan lebih banyak peluang dan sumbangan bermakna kepada kehidupan dan masyarakat.
Lavender bakery akui tiada sijil halal tapi guna bahan halal & patuh standart HACCP. Baru-baru ini, Lavender Bakery tampil memberikan penjelasan rasmi susulan dakwaan...