Memang beruntung bila suka berbudi pada tanah dan bercucuk tanam ni. Malah lebih puas hati apabila tanaman yang disemai mengeluarkan hasil. Namun lumrah tinggal di bandar, mempunyai kawasan yang terhad. Terpaksa tanam di anjung rumah, dalam pasu, kotak polistrin dan sebagainya berbanding memiliki tanah luas, yang boleh tanam macam-macam.
Jika mak-mak berhasrat untuk tanam daun kucai atau sayuran-sayuran lain boleh cuba tanam dalam kotak polistrin. Namun ada caranya tanam menggunakan medium ini. Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Ramli Ahmadsebagai panduan. Ia lebih menjimatkan, tahan lama serta senang diuruskan.
CARA MENANAM KUCAI DALAM KOTAK POLISTRIN
Kelebihan Kotak Polistrin
Menanam kucai atau sayuran lain dalam kotak polistrin mempunyai beberapa kelebihan. Ianya sangat murah, malah boleh dapat percuma, tahan lama, selamat, ringan dan senang diuruskan penjagaannya.
Ads
Kotak polistrin saiz besar
Di Mana Boleh Dapat?
Boleh didapati secara percuma sahaja dari pasar atau dari pihak yang menggunakannya. Biasanya kotak ini dibuang oleh peniaga kerana kotak ini jenis pakai buang. Pilih kotak yang masih elok dan saiz yang sesuai. Kotak yang baru juga boleh dibeli dari kedai. Kotak baru yang besar boleh dipotong dua bagi menjimatkan kos. Saya suka guna yang free, banyak dipasar borong, pilih sahaja mana yang mahu.
Tebuk Lubang
Kotak mestilah ditebuk lubang pada bahagian bawah kotak bagi mengelakkan air bertakung. Boleh ditebuk 2 atau 3 lubang dengan saiz sekitar 3cmx5cm.
Potong/ Buang sedikit bahagian atas dan buat lubang.
Mengisi Media Tanaman
Letakkan kotak ditempat yang sesuai yang telah dikenalpasti terlebih dahulu. Kucai perlukan cahaya matahari yang banyak. Kotak ini akan jadi berat setelah diisi medium tanaman nanti dan mungkin susah untuk dipindahkan.
Ads
Siap untuk diguna. Yang bawah tu dah siap diisi media tanaman.
Masukkan media tanaman yang subur dalam kotak hingga hampir memenuhi kotak. Media tanaman biasanya terdiri dari top soil, kompos dan baja organik. Media campuran lain juga boleh digunakan asalkan subur. Biarkan selama kira-kira 1 minggu sebelum menanam kucai atau apa-apa sayuran.
Panduan ringkas paras menanam benih ubi kucai.Kucai yang dah tumbuh subur dalam kotak polistrin.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang ada kawasan terhad boleh cuba tanam kucai atau sayur-sayuran lain dalam bekas polistrin ini.Lebih mudah, jimat dan senang untuk diuruskan nanti. Ikut tip yang dikongsikan ini.
PAPAN PEMOTONG Lebih Bersih Elak Berkulat, Guna Garam & Lemon! Papan pemotong antara perkakasan dapur yang selalu kita gunakan di dapur. Apabila kerap digunakan setiap hari dan tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan bakteria dan lumut berkulat pada permukaannya.
Sebenarnya ada cara mudah untuk menjaga papan pemotong ini supaya lebih bersih, tahan lama dan elak berkulat. Hanya gunakan garam dan lemon sahaja.
Sementara menunggu suami baiki kereta, sempat lagi aku ‘godek’ website kecantikan. Mula-mula sekadar mengisi masa lapang tapi apabila membaca komen ramai wanita yang mencuba petua tegangkan kulit yang dikongsi wanita Jepun, aku exciced.
Ramai yang kata petua ini memang menjadi. Dalam masa seminggu, kulit beransur cerah dan tegang. Membayangkan kulit yang gebu macam wanita Jepun, semangat aku pun berkobar. Apa lagi aku pun terjebak buat kesekian kali. Gigih mencari beras Jepun ( sushi rice) semata-mata nak kulit gebu.
Bukan nak propa tapi memang betullah petua ni memang berkesan. Kulit jadi halus dan cerah sekata. Apa lagi korang, jom ramai-ramai cantikkan diri. Barang-barang yang digunakan untuk masker ini pun mudah didapati dan murah. Jom cuba!
Masker Sushi Rice Tegangkan Kulit
Bahan-bahan:
3 sudu besar beras Jepun (sushi rice)} boleh juga diganti dengan beras pulut
1 sudu besar madu
1 sudu besar segar
Cara membuat:
1. Rebus beras selama dua minit.
2. Kemudian, toskan beras. Air rebusan ini simpan di dalam bekas lain.
3. Campurkan susu panas bersama madu.
4. Gaul sebati, kemudian jadikan ramuan ini sebagai masker.
5. Oles pada seluruh wajah dan leher.
6. Biarkan ia kering antara 20 hingga 30 minit.
7. Akhir sekali, bilas wajah dengan air rebusan beras tadi.
Khasiat
1. Membantu melancarkan perjalanan darah pada wajah.
2. Kaya dengan antioksidan.
3. Membantu melembapkan kulit dan antipenuaan.
4. Ia mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah.
Tip
Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, lakukan petua ini seminggu sekali. Anda akan terkejut melihat perubahan kulit yang akan kelihatan sihat dan cantik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, thermomix menjadi bualan hangat di kalangan media sosial. Mak-mak mesti terpikat dengan kecanggihan alat memasak ajaib ini, sampaikan ia boleh dikatakan menjadi mimpi ngeri buat suami.
Kalau dahulu, periuk memanggang ajaib, periuk anti calar, noxxa, airfryer dan macam-macam peralatan memasak yang menjadi sebutan. Kini, semuanya beralih kepada thermomix pula.
Katanya, inilah model terbaru yang mendapat perhatian Malaysia. Mesin ajaib ini bukan saja memasak tapi sekaligus mengisar, mengukus, memotong, menimbang, menguli dan sebagainya.
Inilah yang dikatakan bibik untuk membantu mak-mak di dapur. Hanya letakkan bahan yang diperlukan dan selepsa itu, mak-mak boleh saja lakukan tugas atau kerja rumah lain tanpa gangguan. Masuk ke dapur semuanya sudah siap. Hebat.
Namun, yang menjadi mimpi ngeri buat suami-suami tentulah pada harganya yang mencecah sampai RM7K untuk mesin ajaib ini. Sampaikan ada yang fikirkan, ia satu pembaziran.
Sebenarnya, nak beli atau dianggap membazir bila beli, semua itu bergantung pada diri masing-masing. Mungkin ada yang beli kerana ia sangat-sangat membantu dan memudahkan kerja mak-mak. Alah membeli bijak memakai.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan tentang thermomix yang menjadi kegilaan mak-mak. Ada kelebihan dan kebaikan tersendiri bila memilikinya.
Sebenarnya, bila isteri mintak nak Thermomix, bukanlah untuk kepentingan diri dia seorang saja. Sebab fikirkan suami dan anak-anak lah, isteri sampai tak tidur teringat-ingat Thermomix.
Isteri nak masak untuk suami dan anak-anak makan. Kalau boleh, dia nak cuba sediakan makanan yang suami dan anak-anak suka cari di luar, dia nak masak dengan hasil tangan sendiri. Sebab tu dia rasa Thermomix mungkin boleh bantu selesaikan masalah
ini.
Suami nak makan pizza dan minum teh tarik? Isteri boleh sediakan di rumah pizza tanpa bread improver dan teh tarik tanpa susu pekat potong kaki.
Anak nak makan cookies dan lollipop? Ibu boleh sediakan di rumah tanpa pemanis dan pewarna tiruan.
Setahun saya fikir, untuk pastikan samada Thermomix adalah kehendak nafsu saya ataupun keperluan keluarga saya.
Tapi perempuan ni pelik, bila dah fikir sejuta kali dan nampak macam keperluan, suami pulak dah setuju. Waktu tu jugaklah, baru saya nak tarik hand break.
Eh betul ke ni?
Nanti tak guna cemana?
Betul keperluan ke?
Mahar boleh tahan, nanti kalau jadi tukun rugiiiii.
Macam mana nanti dah ada, tak capai expectation yang saya nak?
Ada orang guna penapis air, sebab nak mudahkan kerja bancuh susu anak.
Guna dryer, sebab takde ruang untuk sidai baju di rumah dia.
Ada orang nak sangat dishwasher, sebab nak mudahkan kerja dia basuh pinggan mangkuk sekali jalan.
Malah, ada orang teringin sangat nak mesin lipat baju, tapi sampai sekarang belum ada lagi kat Malaysia.
Ini cerita saya, kenapa saya rasa Thermomix keperluan untuk saya dan keluarga, bukan untuk saya seorang tau.
Keperluan Untuk Keluarga
1. Sebelum ada Thermomix, saya memang masak setiap hari menu breakfast, lunch dan dinner untuk keluarga, sebelum ke kerja. Saya boleh masak, walaupun tanpa Thermomix. Tapi bila ada Thermomix, rupanya kerja saya di dapur di pagi hari jadi terlebih mudah. Saya tak perlu basuh banyak perkakas dapur, saya tak perlu nak sental dapur atau mop lantai setiap kali lepas masak.
Itu yang saya suka sangat. Kurang banyak stres saya di pagi hari bila main masak-masak dengan Thermomix.
2. Saya suka baking, tapi saya tak pandai sangat nak baking dan takde masa nak baking
Selalu bila baking, ada yang menjadi dan ada yang masuk tong sampah. Contoh roti keras kejung saya buat beberapa tahun lepas, tak sanggup diri sendiri nak makan.
Tapi dengan Thermomix, boleh saya katakan ia pasti menjadi kalau ikut sukatan dan step dengan betul. Walaupun pertama kali buat kek atau roti, anak korang akan puji melambung macam dia makan kat hotel.
“Sedapnya Ummi masak, sedapnya Ummi masak.” Selalu sangat dengar ayat ni dari anak-anak saya lepas ada Thermomix.
Dan baking dengan Thermomix, sangatlah mudah tak sampai 10 minit prepare bahan dan buat adunan kek. Tinggal nak bakar je yang lama.
Roti? Tak sampai 10 minit pun buat doh roti.
Walau tak banyak masa yang ada, masih boleh baking sesekali untuk suami dan anak-anak makan.
3. Pelbagaikan menu masakan setiap hari di rumah.
Dulu saya masak guna pes sebab taknak keluarkan blender atau lesung batu di pagi hari. Dan saya nak cepat jugak. Yelah, kan kalut nak masak dan bekejar siap untuk ke kerja lagi. Memang bukan saya lah nak tambah lagi perkakas yang kena basuh di sinki.
Bila masak guna Thermomix, mudah sangat saya kisar atau chop dalam mixing bowl, kemudian terus je saya masak dalam bowl yang sama. Tak lah jemu sangat asyik berulang masak dengan pes je.
4. Dalam Cookidoo, ada banyak sangat resepi yang boleh dicuba.
Memang bukan semua resepi dalam Cookidoo, kena dengan citarasa saya. Tapi banyak jugak resepi best yang kami sekeluarga suka. Dan sampai sekarang pun belum habis list resepi yang nak dicuba dari Cookidoo. Banyak sangat, lebih 70 ribu resepi dari serata dunia ada dalam tu.
Cookidoo ni, satu platform resepi yang akan sync dengan Thermomix. Jadi, bila masak guna resepi dari Cookidoo, kita hanya next, next kan je dan follow step yang diminta. A sampai Z dia bagitahu macam mana kita nak masak. Kalau anak dah pandai baca tu, nak mintak dia masakkan pun boleh.
Sebab tu saya kata tadi, pasti jadi masakan kalau masak guna Cookidoo. Yang tak pandai masak dan takde idea nak masak apa, sesuai sangat guna Cookidoo untuk keluarga.
5. Thermomix boleh tolong jadi bibik saya di dapur, walaupun dia taklah sempurna mana. Dia takde tangan dan kaki, yang mana bila saya arah, dia tak boleh pun tolong saya keluarkan ayam dari peti sejuk dan masukkan dalam mixing bowl. Dia hanya robot ciptaan manusia yang ada banyak jugak limitasi.
Tapi dia boleh tolong kacaukan lauk untuk saya, supaya masakan tak hangit.
Dia boleh tolong jaga suhu dan masa memasak, supaya saya dapat kekalkan banyak nutrisi pada makanan terutama sayuran.
Boleh tolong kacaukan santan untuk saya tanpa pecah minyak.
Ia boleh tolong goreng ikan bilis jugak tau. Macam ada bibik yang tolong bantu kita di dapur lepas kita letak bahan-bahan masakan dalam periuk. Gituuu.
6. Masa saya dengan keluarga sangat berharga sebab saya banyak masa di luar rumah.
Dengan Thermomix, saya mampu masak sambil main dengan anak. Saya boleh mandikan anak juga tanpa risau masakan saya di dapur. Saya boleh teman suami bersembang tanpa fikir sup ayam kering. Walaupun saya masak, tapi sebenarnya banyak kerja lain yang saya boleh buat dalam masa yang sama.
Letak, letak dan tinggal, siap jem strawberi anak makan dengan scones.
Masukkan, letak dan tinggal, siap rendang ayam untuk makan tengahari. Nak merendang hari-hari pun tak susah mana, cuma jemu jelah yang dapat.
Siapa yang mencari ruang masa, tak kisah ibu bekerja di luar rumah, bekerja dari rumah, malah suri rumah sekalipun, Thermomix mungkin keperluan sama seperti saya.
Ada juga seorang ibu yang merupakan suri rumah. Beliau dapatkan Thermomix dari saya waktu tengah dalam berpantang anak ke empat. Alhamdulillah, Thermomix banyak bantu urusan beliau masak setiap hari untuk suami dan anak-anak.
7. Lebih 20 fungsi dalam satu gadjet. Kisar gula batu sampai jadi debu.
Uli doh pizza 2 minit, tapi hasil lembut yang amat.
Built in scale kesukaan ramai sebab tak perlu timbang asing dalam bekas lain dah.
Sous vide, untuk buat salmon dan steak.
Fermentation, untuk buat yogurt.
Sugar stage, untuk buat lollipop.
Thicken mode, untuk pekatkan sos cili.
Slow cook, untuk masak sup tulang dengan suhu rendah dan hasilkan sup yang lebih sedap.
Warm up, untuk panaskan makanan yang berkuah dengan suhu terkawal.
Untuk kisar beras jadi tepung beras pun boleh!
Best kan.
8. Jimat ruang di dapur.
Banyak barang dapur yang saya let go lepas seminggu dapat Thermomix.
Pressure cooker kebetulan rosak lepas beberapa hari dapat Thermomix.
Rice cooker dah lama tak guna sebab rosak, dan lepas tu masak nasi guna pressure cooker.
Juicer.
Bread maker.
Food processor.
Blender.
Lesung batu je saya simpan sebab kenangan.
Tak ke jimat banyak ruang di dapur saya. Siapa yang suka minimalist kitchen, atau tengah plan nak renovate dapur, baik korang plan jugak untuk dapatkan Thermomix lebih awal. Supaya boleh agak, barang apa yang dah tak diperlukan di dapur lepas ada Thermomix. Jimat banyak sangat kos dapur kalau plan awal tau.
9. Kalau suami saya boleh request nak penapis air dan dia dah dapat, kenapa saya tak boleh ada Thermomix. Maharnya tak beza mana pun kannn. Tak sampai RM10 sehari pun untuk Thermomix
Beberapa bulan saya study pasal penapis air, lepas suami suarakan niat dia supaya mudah nak minum air panas dan sejuk.
Bukan senang saya mahupun suami nak setuju keinginan masing-masing. Tapi bila dah sepakat, rupanya ia membawa kebaikan bersama.
10. Walaupun yang terakhir, tapi ini yang utama.
Saya nak kurangkan bekalan makanan ultra processed yang saya selalu dapatkan di kedai dan pasaraya untuk anak-anak dan keluarga.
Roti.
Biskut.
Kicap.
Sos cili dan tomato.
Mayonis.
Aiskrim.
Pizza.
Burger.
Air coklat.
Jus buah.
Jem dan spread.
Susu pekat manis.
Bila anak makin membesar, komitmen makin bertambah, masa saya tak banyak untuk sediakan semua dari rumah.
Sebab tu saya rasa, sangat perlukan Thermomix. Untuk lebih mudahkan proses saya sediakan makan minum suami dan anak-anak from scratch.
Supaya saya tahu bahan apa yang saya guna, pilihan bahan yang lebih baik untuk anak-anak dan suami makan.
Dengan Thermomix, sebenarnya tak ambil banyak masa untuk saya sediakan makanan ini.
Teh tarik dah lama kami tak minum sebab ada susu pekat manis. Jadi saya buat sendiri teh tarik, bermula dengan susu pekat homemade. Tak sampai 15 minit pun nak buat teh tarik from scratch.
Gula dan garam putih.
MSG.
Perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
Pengawet dan aditif.
Ini yang saya cuba elakkan sangat dari keluarga kecil saya. Kerana saya tahu, ia akan beri kesan buruk jika diambil dalam jangka masa panjang.
Dengan bantuan Thermomix, alhamdulillah sangat, banyak makanan ultra processed saya dapat singkirkan dari dapur. Thermomix juga banyak bantu saya sediakan makanan dengan pilihan bahan yang lebih baik untuk keluarga. Alhamdulillah.
Kalian seperti saya, dan nak saya bantu dapatkan Thermomix?
Harga Thermomix RM 7188, sekarang ada promo RM 6988.
Mingguan Wanita : Teruja juga apa yang dikatakan ini. Boleh simpan duit sekarang untuk dapatkannya. Bolehlah ucap selamat tinggal pada periuk-periuk yang lain.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...