Tiga hari penuh warna warni! Itulah yang dapat digambarkan kemeriahan sepanjang Karnival Usahawan Wanita 2024 yang melabuhkan tirainya baru-baru ini!
Karnival selama tiga hari ini menampilkan lebih daripada 100 reruai usahawan wanita tempatan yang mempamerkan pelbagai produk dalam bidang kecantikan, makanan, dan fesyen ini julung kalinya dianjurkan oleh Mingguan Wanita dan Majalah NONA dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta MyMall Malaysia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ia turut dihadiri oleh isteri kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail, dan Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din serta CEO ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim.
Karnival selama tiga hari yang berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya itu telah dikunjungi hampir 10,000 pengunjung dengan 100 buah booth jualan para usahawan wanita tempatan yang menjual pelbagai produk termasuklah makanan, pakaian, aksesori, produk kosmetik dan sebagainya.
Perkongsian Inspirasi
Selain membeli-belah, karnival turut diselitkan dengan beberapa segmen talk show dari beberapa personaliti hebat dalam bidang bisnes antaranya termasuklah Pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, dan Pengasas Arrayyan Hijrah, Datin Hafizah Saad.
Pengunjung berpeluang berinteraksi dengan selebriti terkenal yang berjaya dalam bidang perniagaan seperti Mek Dinda, Cikgu Samm, Christy Ng, dan Fatin Amirah Zaabar.
Selain itu, karnival ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel dan forum keusahawanan, pertandingan mekap, permainan tradisional, serta persembahan artis popular seperti Wany Hasrita, Bella Astillah, Wani Kayrie, Sharul Kamal, Farisha Iris, dan Ahmad Syafiq.
Pada malam kemuncak karnival, seorang pengunjung bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah utama cabutan bertuah sempena Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 berupa penginapan 2 hari 1 malam di The Villas, Sunway Resort Hotel bernilai RM5 ribu!
Karnival ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai penaja rasmi seperti The Villas Sunway Resort Hotel, Watsons Malaysia, Mustika Ratu, Buttonscarves, Bawal Exclusive, Siti Khadijah Apparels, Central Sugars Refinery (CSR), Jasmine Food Corporation, Minaz, 1 Minute Miracle, Jalen dan Temylens .
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI