Ada apa sebenarnya dengan resepi kari ayam viral YouTuber pasangan suami isteri Sugu Pavithra ini? Bukan saja orang Malaysia, malah vlogger Jepun ichang RM pun gigih cari daun pisang, buat sendiri rempah kari dan mencuba resepi kari ayam yang S pavithra, 28 kongsikan dalam channel YouTubenya.
Yang pasti rata-rata warganet yang mencuba akan membuat perkongsian semula dan mengakui akan keenakan resepi kari ayam Sugu ini. Paling menarik, ada pula yang menikmati masakan mereka itu di atas daun pisang.
Setiap kali selesai memasak, Pavithra akan menikmatinya dengan suami dan anak-anak / Kredit foto : Facebook
Kerana, setiap kali selesai memasak, Pavithra dan suami, M Sugu, 29 malah dua orang anak-anaknya akan makan bersama-sama. Masakan kari ayam Sugu ini lebih enak dinikmati di atas daun pisang. Terasalah nanti feelnya yang berbeza itu.
Dalam channel Sugu Pavithra ini bukan sekadar ada resepi kari ayam, macam-macam resepi masakan India disampaikan dalam Bahasa Melayu yang jelas dan mudah untuk difahami. Paling penting, lemah lembut gaya penyampaiannya.
Kalau tak berapa nak dengar tu.. kenalah kuatkan volume ya. Sebab memang macam tulah gaya Pavithra bercakap; lemah lembut dan nama keikhlasannya nak berkongsi resepi itu. Tak perlu pun nak dibuat-buat.
vlogger Jepun ichang RM pun mencuba resepi kari ayam Sugu Pavithra yang viral ini. / Kredit foto : Facebook
Sedapnya Kari Ayam Viral Sugu, Satu Rumah Bau Kari
Walaupun suami isteri ini tiada Instagram dan Facebook, tapi di laman Facebook sendiri ramai yang berkongsi masakan kari ayam ikut resepi Sugu Pavithra ini.
Rata-rata kata “Sedap! satu rumah bau wangi kari”. Malah ada yang planning nak mencubanya waktu sambut Aidilfitri nanti.
Ads
Resepi ‘Kari Ayam Pencen Paling Sedap’ yang Sugu Pavithra share pula dah cecah sejuta lebih penonton. Bermakna sampailah ilmu memasak tu dekat ramai orang.
Bukti Warganet Dah Cuba Kari Ayam Viral Sugu Dan Akui Kesedapannya
Ads
Nak Rakam Video YouTube Kena Tunggu Suami Balik Kerja
Sedikit info untuk anda ketahui latar belakang YouTuber Sugu Pavithra. Mereka menetap di kuarters ladang swasta, ladang Elphil yang disediakan oleh majikan suami di Sungai Siput, Perak.
Pavithra sendiri merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang berasal dari Buntong, Ipoh dan berbangsa India. Selama ini, suaminya lah yang menyara kehidupan mereka sekeluarga sebagai pekerja ladang kelapa sawit.
Jika selama bersiaran sejak bulan Januari lalu, mereka cuma menggunakan peralatan dapur periuk, kuali malah sudip biasa. Selepas channel YouTubenya mula dikenali, ramai yang mula menunjukkan tanda sokongan.
Ada yang menghadiahkannya peralatan dapur canggih seperti pressure cooker (periuk tekanan), hand mixer (pengadun tangan dan ketuhar. Yang mana, semua itu tak pernah pun dimilik oleh Pavithra seumur hidup.
Dan katanya, dia yang menghargai pemberian itu tak patah semangat, sebaliknya akan berusaha mencuba dan menghasilkan resepi menggunakan peralatan yang diperoleh.
Bila masa Pavithra rakam video YouTube nya ini? Jawapannya, sebaik suami pulang dari tempat kerja atau pada hari cuti.
Kisah Pavithra ini sememangnya memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam pada musim Perintah Kawalan Pergerakan mencegah Covid-19 ini. Lagi-lagi bila ramai #DudukRumah , baik isteri mahupun suami banyak habiskan waktu memasak di dapur.
MW : Semoga Sugu Pavithra terus sukses dan membangga rakyat Malaysia dengan usaha murni mereka.
Niat tidak menghalalkan cara. Walaupun niatnya baik iaitu mendermakan spermanya untuk membantu pasangan lain tetapi perkara ini menyalahi undang-undang.
Pada awalnya, lelaki Vietnam ini menderma spermanya untuk bantu pasangan yang inginkan cahaya mata, akhirnya setahun dia bergelar bapa kepada 23 anak.
Jadi Bapa Segera Kepada 23 Anak
Seorang lelaki Vietnam di Sdyney, Australia yang menjadi ‘bapa segera’ kepada 23 anak dalam tempoh setahun selepas mendermakan spermanya, kini disiasat pihak berkuasa.
Ini berikutan garis panduan agensi kerajaan di Victoria, sebuah negeri di negara itu, hanya membenarkan sperma seorang penderma digunakan untuk membantu 10 wanita sahaja.
Menderma Secara Sukarela
Alan Phan, 40-an, yang sudah berkahwin, sebelum ini mendermakan spermanya secara sukarela kepada wanita dan juga melalui beberapa klinik di Queensland dan Victoria.
Tetapi selepas mempunyai 23 anak dalam satu tahun, ada pihak membuat laporan terhadap lelaki itu kepada Lembaga Bantuan Kesuburan Victoria (VARTA) iaitu agensi kerajaan khusus bagi menyelaraskan penderma sperma.
Ketua Pegawai Eksekutif VARTA, Louise Johnson berkata, embrio lain yang terbentuk daripada sperma lelaki berkenaan yang masih dalam simpanan tidak lagi boleh digunakan.
“Selepas klinik rawatan mengetahui lebih daripada 10 bayi dilahirkan melalui sumbangan seorang penderma, mereka tidak boleh menggunakan sperma daripada penderma sama,” katanya.
Beliau berkata, VARTA perlu memastikan tidak ada lagi bayi yang lahir menggunakan sperma didermakan oleh Alan.
Bantu Pasangan Yang Inginkan Cahaya Mata
Dalam satu temu bual sebelum ini, Alan berkata, dia mendermakan spermanya bagi membantu individu atau pasangan yang mahu mempunyai anak.
“Saya tahu sperma saya sudah menyumbang kepada sembilan kelahiran. Kemudian, saya menerima mesej daripada seorang wanita mengatakan sperma ke-10 saya berjaya menghasilkan anak,” katanya.
Alan mendakwa menjadi orang Vietnam pertama menderma di kumpulan Facebook, Sperm Donation Australia dan ramai penerima mahukan benihnya kerana peratusan kadar kehamilan yang tinggi.
Alan sebelum ini menyifatkan sumbangannya sebagai hobi dan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan tambahan bagi memastikan ‘benihnya’ berkualiti.
Setiap negeri di Australia mempunyai undang-undang, peraturan dan garis panduan berbeza berhubung bantuan kesuburan membabitkan sperma didermakan daripada seorang penderma.
MW: Langkah ini perlu diambil, bayangkan jika terlalu ramai anak bakal lahir daripada benih tentu akan mengundang pelbagai kesan pada anak nanti. Tindakan yang diambil kerajaan Australia harus dipuji dalam membendung isu ini.
Banyak betulnya pandangan yang disampaikan pelakon, pengacara Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot ini. Apa bila sudah berkahwin, jagalah batasan. Tahu di mana status diri, maka tak perlulah bertanyakan khabar orang lain yang bukan isterimu.
Kerana apabila, hati sudah melekat pada yang bukan milikmu wahai suami, kesannya amat parah untuk seorang isteri. Sangat tidak berbaloi, memberikan rasa sakit hati pada isteri, apatah lagi membiarkan seorang isteri melalui penderaan sakit emosi sebegitu.
Dan di instagramnya, Wardina Safiyyah meluahkan rasa kecewa berkaitan kemelut rumah tangga PU Abu Sufiyan yang menceraikan isteri ketika sedang hamil itu.
Wardina, suami dan anak-anak kini menetap di Australia.
Fitnah Wanita Ini Memang Terlalu Hebat
Sebenarnya tak komen lagi bagus tapi…. macam nilah… pada saya bukan juga soal PU or whatever Dai’ ceraikan isterinya waktu sarat TAPI si Abu miang ni dok bercinta dengan perempuan lain (tak kisahlah Janda atau tidak) lepas baru dua bulan berkahwin dan sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung.
Like seriously? Dua bulan? Pada saya sebenarnya lagi merana hidup sekiranya terpaksa berhadapan dengan suami yang sedang angau dengan wanita lain. So memang elok lah dilepaskan. But the fact that he fell in love with another women after just 2 months of marriage is just absurd. .
Buat para lelaki (tak kisahlah Ustaz ke tidak) Fitnah wanita ni memang terlalu hebat. JANGAN mula. JANGAN berani -berani tanya khabar and disguise it with something else. It’s not worth it. Not worth the heartache and emotional pain that your wife has to go through.
Tak berbaloi berantakan rumah tangga dan berpecah belah keluarga kerana seorang wanita demi mengejar nafsu yang tidak pernah kenal erti puas.
Lepas tu suruh mereka sabar demi agama dan demi pahala sedang hang happy melayan nafsu. Eloklah tu.
Boleh Ke Bahagia Atas Kesengsaraan Wanita Lain
Buat Encik Abu semoga Allah buka hati dan mata. Buat Hana Azra (yang kena sama nama dengan anak I ni kenapa *grrrr*?) benarkah anda boleh berbahagia di atas kesengsaraan wanita lain? It’s not worth it. Satu hari nanti anda akan menyesal.
Oklah sorry komen banyak sangat pasal rumah tangga orang. Cuma saya sempat check siapa Abu ni dengan dua orang rakan yang kenal beliau sebelum post ni.
Now to all men, go home and for goodness sake just love your wife!. Sekian
Wardina juga menyifatkan ceramah yang diselitkan dengan jenaka berkaitan poligami adalah sesuatu yang menjijikkan. Seharusnya lelaki belajar cara untuk menghormati wanita terutamanya isteri anda dahulu.
Ustaz dan orang beragama gatal are truly disgusting… I can’t stand their jokes especially randomly dropping hints about marrying another on social media or in their ceramah… (tak class la Ustaz) not taking into account the feelings of their wives or women.
Try educating men to value and respect women instead. Above all, they think they can get away with it because they are alim, because they are men and use whatever verses or Hadith to justify their bloody gatalness. Be a man. Respect your wife first and foremost.
Sumber/Foto : Wardina Saffiyah Official #donedakwah -Bukan PU, Dai’ atau Ustajah- Just a woman, daughter, wife and mother.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saida selamat bernikah kali ketiga, penyanyi Siti Saida Tarudin atau Saida telah bergelar isteri buat kali ketiga selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dikenali Aizal.
Sebelum ini, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Kemudian, Saida berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Hafizh Che Mat pada 2016.
Saida Selamat Bernikah Kali Ketiga
Perkhabaran gembira mengenai pernikahan Saida telah dikongsikan adik kesayangannya yang juga penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun rasmi Instagramnya.
“Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan kakak kesayangan saya Siti Norsaida Tarudin bersama pasangannya.
“Doa adikmu agar bahagia hingga ke Jannah. Terima kasih suamiku hadir bersama walaupun Subuh tadi dah keluar menyertai pertandingan kayuhan lasak MTB di Putrajaya. Love you darling,” tulis Siti Nurhaliza di Instagram.
Sewaktu majlis berlangsung Siti Nurhaliza juga turut merakamkan beberapa perkongsian di Instagram Story. Kelihatan Saida begitu anggun mengenakan gaun kembang berwarna putih, manakala suaminya segak memakai sut bercorak warna hitam.
Bukan itu saja malah tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada anak saudaranya iaitu anak Siti Sairah, Ummi Umairah.
Sumber: Instagram CTDK
Mingguan Wanita : Selamat pengantin baru Saida dan suami. Semoga berbahagia hingga ke jannah.
Lavender bakery akui tiada sijil halal tapi guna bahan halal & patuh standart HACCP. Baru-baru ini, Lavender Bakery tampil memberikan penjelasan rasmi susulan dakwaan...