Kapal dinaiki Ardell tidak dapat dihubungi, dua aktivis Malaysia gagal dikesan. Dalam perkembangan terkini dikeluarkan oleh facebook Sumud Nusantara Official sekitar jam 11.30 pagi tadi, dilaporkan dua aktivis Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Ardell Aryana dan Razali Awang gagal dikesan.
Ardell yang menaiki bot Mikeno dilaporkan terputus hubungan sementara Razali Awang yang menaiki bot Inana juga tidak dapat dihubungi selepas terjadinya serangan oleh pengganas Israel di perairan antarabangsa.
Ads
Dalam perkembangan terkini, dilaporkan tiga aktivis Malaysia yang menaiki kapal Free Willy telah ditahan iaitu Hareez Adzrami (Haroqs), Haikal Luqman serta Dr Taufiq sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel selepas kapal mereka dipintas rejim zionis di perairan antarabangsa pada jam 7:53 pagi waktu Gaza sekaligus penahanan tidak sah.
Ads
Dilaporkan lebih 200 aktivis dari seluruh dunia yang menyertai misi kemanusiaan ini telah ditahan secara salah oleh tentera pendudukan Israel (IOF) yang terus menghalang misi kemanusiaan ini.
Pelakon popular Kamal Adli menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya wujud orang ketiga yang menjadi punca kemelut rumah tangganya bersama isteri tercinta, Uqasha Senrose.
Menurut Kamal, 39, dia menolak sebarang tuduhan berlaku kekerasan dalam perkahwinan mereka dan menegaskan cintanya hanya tertumpah kepada isteri serta anak mereka.
“Paling penting, saya nak beritahu di sini, saya tak curang. Saya tak ada orang lain. Saya tak ada sesiapa saja. Saya hanya ada dia (isteri) dan anak saya sahaja. Itu kes dalam kain, apa-apa semua, janganlah buat itu. Saya sayang dia. Okay, itu sahaja yang paling penting,” katanya.
Kamal berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri prosiding kedua tuntutan perceraian difailkan oleh Uqasha di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Pelakon filem Abang Long Fadil itu turut meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap isterinya selepas hampir sebulan tidak berhubung antara satu sama lain.
“Kami dah lama tak berjumpa. Terus-terang saya sangat merindui isteri saya. Agak lama jugalah iaitu sejak dia menyekat saya di telefon dan media sosial,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, prosiding pertama perceraian pasangan berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada 22 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan kerana Kamal tidak dapat hadir berikutan komitmen penggambaran.
Difahamkan, rumah tangga pasangan selebriti itu mula berdepan ujian sejak April lalu. Namun, sumber rapat menegaskan ia bukan berpunca daripada kehadiran pihak ketiga seperti yang didakwa segelintir pihak.
Kini, Uqasha dilaporkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan memilih untuk menetap bersama ibunya. Beberapa hantaran berunsur luahan perasaan yang dimuat naik oleh pelakon drama Hati Perempuan itu di media sosial turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status hubungan mereka.
Sebagai rekod, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan seorang puteri comel, Hawra Uqaira.
Walau berdepan ujian, Kamal tetap berharap agar rumah tangga mereka dapat diselamatkan. “Saya masih sayangkan dia. Saya hanya ada dia dan anak saya,” katanya mengakhiri perbualan dengan penuh sebak.
Pihak polis mengesahkan telah merampas sepucuk surat dipercayai sebagai nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun berhubung kejadian tragis yang menggemparkan negara baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, surat berkenaan ditemui ketika tangkapan dilakukan terhadap suspek dan bukan di lokasi kejadian seperti yang tular di media sosial.
“Surat itu ditemui pada suspek semasa tangkapan dan bukannya di dalam tandas (lokasi pembunuhan). Ia (surat) itu dalam siasatan pegawai penyiasat,” katanya dalam sidang media hari ini.
Surat yang kini menjadi bahan siasatan itu mengandungi tulisan yang mencetuskan tanda tanya ramai apabila menyatakan: “Dunia ini palsu. Saya sudah menang.” Frasa dalam nota terakhir suspek tikam itu kini diteliti bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik kejadian tersebut.
Tambah Datuk Shazeli, siasatan menyeluruh sedang dijalankan melibatkan pelbagai pihak termasuk pelajar, guru, ahli keluarga serta wakil kaunseling sekolah. Setakat ini, sebanyak 57 keterangan telah direkodkan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes berkaitan nota terakhir suspek tikam ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta penilaian latar belakang kedua-dua individu — mangsa dan suspek — turut diperiksa dengan teliti. Berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati tiada unsur buli yang terlibat dalam kes tersebut.
“Pihak polis memandang serius insiden ini dan menyeru semua pihak termasuk sekolah dan masyarakat untuk bekerjasama memastikan keselamatan para pelajar sentiasa terpelihara,” jelas Datuk Shazeli lagi.
Kejadian yang dikaitkan dengan nota terakhir suspek tikam ini membuka mata banyak pihak mengenai pentingnya sokongan emosi dan bimbingan kaunseling di sekolah. Para pakar psikologi turut menekankan keperluan pemantauan berterusan terhadap pelajar yang menunjukkan tanda-tanda tekanan atau kemurungan.
Pihak berkuasa menasihatkan agar masyarakat tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada siasatan dijalankan secara profesional. Kes ini dijangka akan memberi pengajaran besar kepada semua pihak dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan pada sijil nikahnya dan Kamal Adli.
Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendakwa dirinya bernikah pada 5 November namun di dalam sijil tercatat 4 November 2021.
“Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pasa pukul 9 pagi.
“Tapi dalam sijil nikah, aku dinikahkan 4 November 2021 pada pukul 9:30 malam.
“Allahuakbar adakah sah perkahwinan ini? Cukupkah syarat sah perlahwinan?,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Pada masa yang sama Uqasha turut mendakwa dirinya diperbodohkan kerana pihak Kamal Adli dan keluarganya telah memanipulasi tarikh perkahwinan mereka.
“Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh keluarganya.
“Bapa aku juga dimanipulasi oleh si dia dan keluarga (Kamal) untuk kata sah sebab sudah ada wali?,” tulisnya.
Sebelum ini Uqasha telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu ditemani peguam, Nurfarhana Abd Manap bagi prosiding perceraian yang difailkan pada 1 Oktober lalu.
Jelas Nurfarhana, perceraian difailkan susulan tiada persefahaman. Memandangkan Kamal Adli gagal menghadiri prosiding harinini, mahkamah menetapkan prosiding ditangguhkan pada 28 Oktober nanti.