Kanak-kanak lemas masih dirawat di hospital, bergantung mesin bantuan pernafasan, bapa terlepas cakap. Seorang bapa yang sebelum ini memaklumkan tentang kematian anak lelakinya akibat lemas, sebenarnya dipercayai membuat kenyataan tersebut dalam keadaan emosi yang tidak stabil ketika anaknya masih lagi menerima rawatan rapi di hospital.

Kanak-kanak Lemas Masih Dirawat Di Hospital, Bergantung Mesin Bantuan Pernafasan, Bapa Terlepas Cakap

Maklumat tersebut disahkan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin, selepas mengadakan lawatan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka pada Isnin bagi menziarahi mangsa dan keluarganya.

Kanak-kanak Lemas Masih Dirawat Di Hospital, Bergantung Mesin Bantuan Pernafasan, Bapa Terlepas Cakap

Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Halyjah Muhammad.

Menurut Datuk Kalsom, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu kini bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan untuk terus hidup.

Kanak-kanak Lemas Masih Dirawat Di Hospital, Bergantung Mesin Bantuan Pernafasan, Bapa Terlepas Cakap

Beliau memaklumkan bahawa keluarga mangsa amat berharap agar berlaku keajaiban daripada Allah SWT agar anak mereka dapat diselamatkan, dan mereka turut merayu agar orang ramai mendoakan kesembuhan si kecil itu.

Ads

“Hanya keajaiban ALLAH yang boleh menentukan segalanya sebab itu, pada hari pertama kejadian (bapa) rasa kecewa dan reda sebab itu dia terlepas cakap mangsa (meninggal dunia), mungkinlah,” katanya kepada media.

Tambah beliau, doktor memaklumkan bahawa otak mangsa tidak lagi menunjukkan sebarang fungsi, atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘mati otak’, dan kini bergantung sepenuhnya pada mesin pernafasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu turut memaklumkan bahawa satu prosedur khas akan dilakukan pada hari Selasa bagi menentukan sama ada kanak-kanak itu masih mampu bertahan sekiranya mesin bantuan pernafasan dihentikan.

Kanak-kanak Lemas Masih Dirawat Di Hospital, Bergantung Mesin Bantuan Pernafasan, Bapa Terlepas Cakap

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Ahmad Ridzuan Supian, 36, memaklumkan anaknya, Ahmad Firdaus Iqbal, 7, telah meninggal dunia selepas tidak memberi sebarang tindak balas ketika dirawat di hospital. Malah, beliau turut berkongsi di akaun TikTok bahawa jenazah anak bongsunya itu akan dibawa pulang ke Johor untuk urusan pengebumian.

Ads

Kejadian tragis itu berlaku ketika percutian keluarga mereka di sebuah rumah inap kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, pada Ahad lepas.

Menurut kenyataan dari Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani, kejadian dilaporkan sekitar jam 9.45 pagi dan pasukan penyelamat termasuk tiga jentera dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun telah dikeluarkan dari kolam oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR),” jelasnya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.

Ads

Sumber: Sinar Harian dan Sinar Harian 1

Baca artikel lain juga: Percutian Bertukar Duka, Kanak-kanak Lelaki Meninggal Dunia Selepas 16 jam Bertarung Nyawa

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI