Bila jadi suami isteri, ada pasangan tak kisah berkongsi status kewangan sebab percaya dan dah rasa selamat.
Tetapi macam mana kalau si dia buat perangai dalam diam? Tak ke risau kalau bergaduh dan ada salah seorang yang mengungkit. Haaa… nak selamat, isteri kena semak perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini.
Boleh juga sediakan payung sebelum hujan. Eh!
20 Tanda Isteri Patut Rahsiakan Status Kewangan Daripada Suami
Zaman sekarang, kaum wanita lebih bijak dalam menguruskan kewangan. Tambah-tambah, lagi kaum wanita sekarang kebanyakannya sudah mempunyai pendapatan sendiri.
Soal urusan pengurusan kewangan bukan semua orang berminat nak ambil tahu. Apa yang mereka tahu, kerja, dapat gaji. berbelanja. Itu sahaja.
Kaum wanita kena lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa menanggung beban hutang ataupun menjadi penjamin pasangan nanti.
Bahaya kaum wanita / isteri dedahkan kewangan kepada calon suami/ tunang/ yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Si dia yang selalu modified kereta. Tayar ubah terkeluar lah, tambah spoiler tinggi supaya kereta boleh laju la dan macam-macam lagi.
2. Si dia yang tidak suka menyimpan. Nak menyimpan seringgit pun malas apatah lagi nak menyimpan 10% daripada gaji. Tabung simpanan kecemasan langsung tak ada.
3. Si dia yang malu nak beritahu gaji dia dan segala hutang yang dia ada. Senang kata dia suka berahsia.
4. Si dia yang malas nak angkat panggilan daripada pihak bank. Ataupun terus sawan kalau nampak nombor bank naik.
5. Si dia yang selalu beli barang berjenama, DSLR, Go Pro, IPhone dan gajet canggih dengan cara berhutang. Duk bayar ansuran bulanan.
6. Si dia yang gilakan motosikal besar, kereta import mewah. Mereka kata itulah aset terpenting mereka.
7. Si dia yang tak tahu aliran wang keluar, perbelanjaan bulanan dan boros dalam berbelanja.
8. Si dia yang selalu duk maki-maki kerajaan, duk sembang pasal kos sara hidup, padahal berbelanja serupa setan. Beli barang nak yang berjenama je. Makan tempat hispter je.
9. Si dia tak kisah kalau duk menyewa sampai ke tua. Langsung tak nampak usaha nak beli rumah sendiri.
10. Si dia yang makan megi, roti, biskut dan kata takde duit bila gaji lambat masuk.
11. Si dia akan cepat marah bila kau tanya simpanan dia dah berapa, bila nak beli rumah dan apa dia punya perancangan kewangan.
12. Si dia yang tak boleh belikan kau hadiah sempena hari jadi kau ataupun hari ulang tahun perkahwinan. Kalau tak beli hadiah pun tak apa lah, ini tak wish pun. Mungkin dia duk fikir macam mana nak bayar hutang je.
13. Si dia yang nak pinjam duit kau, janji nak bayar lepas gaji. Kalau sekali sekala takpe. Ini setiap bulan. Lepastu buat-buat lupa.
14. Si dia yang jenis berkira. Selalu berprasangka buruk kepada mereka yang datang minta sedekah. “Ini mesti sindiket minta bantuan bina tahfiz, entah-entah duit tu pengetua dia guna untuk kahwin lagi.”
15. Si dia yang ada kad kredit sampai tiga empat. Padahal hutang tertunggak. Bayar separuh hutang je mampu. Surat bank datang pun tak nak buka dah. Terus buang dalam tong sampah.
16. Si dia duk kata rugi je buat perlindungan takaful ni. Bayar bukannya guna pun. Ejen sedap duk makan komisen je.
17. Si dia yang terlalu taksub mengikut arus perdana masa kini. IPhone X keluar terus nak beli. Buat pinjamin peribadi pun tak jadi masalah. Kereta asyik tukar baru, nak pakai yang import je.
18. Si dia yang selalu duk tanya bila nak gaji. Menggigil bila tahu bulan depan gaji lambat masuk.
19. Si dia malas nak membaca tentang pengurusan kewangan, panduan urus gaji dan semua yang berkaitan kewangan.
20. Si dia yang merokok. Harga rokok sekarang mahal. Ramai perokok tak ada wang simpanan. Dah la beli rokok guna duit kau. Pastu hembus asap rokok depan kau dan anak-anak. Perangai macam setan.
Kalau korang dah nampak ciri-ciri di atas ada dekat pasangan korang, korang boleh la mendidik, ajar pasangan korang. Jangan biarkan dia terus dibuai mimpi. Tak salah pun isteri mendidik suami. Tak semua suami bijak menguruskan kewangan.
Kalau bakal suami atau suami korang bergaji kecil tak apa. Mungkin dia rajin berkerja, ada pendapatan sampingan dan berjimat cermat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya nafkah anak-anak selepas kematian ayah mereka bukanlah jatuh pada tanggungjawab mak semata-mata.Tidak dinafikan,ramai ibu tunggal yang hilang tempat bergantung serta mengalami kepayahan dalam membesarkan anak-anak selepas kematian suami.Ini kerana ramai mak-mak yang beranggapan bahawa tanggungjawab menyara anak-anak ini harus digalas sepenuhnya tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa.
Mungkin atas faktor tidak tahu menahu mengenai perkara ini atau tidak mahu ‘menyusahkan’ sesiapa, ia mengakibatkan pihak yang sepatutnya menggalas tangungjawab ini ambil sikap ‘lepas tangan’.
Sebenarnya, selepas kematian suami, jika tidak berkemampuan dalam menyara anak-anak dan memerlukan bantuan dalam membesarkan mereka, mak-mak boleh menuntut hak bagi pihak anak-anak mengikut akta Undang-Undang Keluarga Islam. Atas sebab ini jugalah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Mohon hadam perkongsian soal jawab ini yang dipetik daripada page Info Syariah Ini.
Soal jawab 01: NAFKAH ANAK YANG KEMATIAN BAPA
Soalan:
“Saya adalah ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak setelah kematian suami setahun yang lalu. Saya berusaha keras menyara keluarga demi membesarkan anak-anak. Soalan saya, adakah boleh saya menuntut supaya keluarga belah arwah suami saya membantu menyara nafkah anak-anak saya?”
Jawapan:
Tanggungjawab menyara nafkah anak-anak yang kematian ayahnya jatuh kepada datuk (ayah arwah bapa si anak). Jika datuk telah meninggal dunia atau kurang berkemampuan, tanggungjawab tersebut boleh dipikul oleh bapa saudara (adik beradik lelaki arwah bapa si anak) yang berkemampuan.
Failkan kes tuntutan nafkah anak dan masukkan nama mereka (datuk atau bapa saudara) sebagai defendan di mahkamah rendah syariah terdekat.
Mahkamah kemudiannya akan menentukan kadar bayaran nafkah mengikut keperluan si anak dan kemampuan defendan.
Akta undang2 Keluarga Islam WP memperuntukkan;
Seksyen 72. Kewajipan menanggung nafkah anak
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.
Sumber: Info Syariah
Foto: syifa.info
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebenarnya yang susah nak terima menantu dalam hidupnya itu sebab apa? Tak kasihan ke tengok anak sendiri berbelah bagi nak jaga kedua-dua hati. Kedua-dua penting, satu orang yang lahirkannya dan satu lagi orang yang lahirkan zuriatnya.
Sungguh, yang melalui situasi ini pasti pening kepala nak selesaikan dan rapatkan hubungan keluarga. Nak-nak pula aad yang jadi batu api.
Nauzubillah…
Lagi berat hati bila jadi kes macam saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini, sedih.
“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yang mak impikan, yang mak bayangkan, yang mak harapkan, tapi dia pilihan saya.”
“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya dan saya harap, mak pun sama, dapat terima.”
Kenapa Mertua Tak Dapat Terima Menantu
Entah kenapa, masih ada segelintir mertua yang tak dapat menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yang merupakan pilihan anaknya sendiri. Buah hati anaknya…cinta anaknya.
“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia tak boleh tidur.”
“Kenapa bini kau balik keje lewat?” Dia ada meeting mak, pastu jem, sebab tu dia lewat sampai.”
“Kenapa bini kau duduk dalam bilik” dia menyusu anak mak, tak kan nak menyusu kat ruang tamu, abang nampak nanti.”
Kenapa…, kenapa…, kenapa…
Banyak perkara yang mertua boleh persoalkan semata-mata untuk mencari kesalahan si menantu. Kadang-kadang ada yang sengaja menyalahkan menantu atas sebab-sebab yan-buat untuk menampakkan buruk si menantu, untuk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu atas alasan, dia tak suka menantu itu, dia tak sebulu dengan menantu itu, dia tak expect yang dia akan dapat menantu macam tu.
Expectation dia lebih tinggi…
Tolong terima menantu anda seadanya dirinya, itu pilihan anak anda dan bukannya anda. Anak anda yang bakal berkongsi hidup dengannya, dan bukannya anda.
Tolong jangan membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan DIA BUKAN PILIHAN ANDA.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semua pasangan sememangnya tidak mahu berlakunya penceraian. Namun jika telah ditakdirkan jodoh terhenti di situ apalah yang dapat kita lakukan. Tidak kurang juga, ada yang sengaja bercerai kerana sudah bosan dengan pasangan kerana ingin berkahwin lain.
Wahai suami, setelah berlakunya penceraian, tidak bermakna hubungan anda dan bekas isteri terputus begitu sahaja. Sebaliknya terdapat beberapa tuntutan yang perlu anda selesaikan. Jika anda tidak tunaikan, anda menjawablah di akhirat kelak. Malah anda tidak terlepas daripada undang-undang di dunia.
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin :
Jangan ingat tanggungjawab dan tugas kita sebagai seorang suami dan ayah selesai sejurus kita melafazkan cerai terhadap isteri…
Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Tiada siapa pun ada matlamat sebegitu ketika mendirikan rumah tangga… Tetapi, kenapa penceraian boleh juga terjadi dalam sesebuah hubungan?
Andai perpisahan itu angkara kita, disebabkan perbuatan kita, perangai kita, maka ianya tak semudah yang disangka…
Jangan senang-senang ingat bahawa bila sudah keluar pagar mahkamah, sudah lafaz talak dalam kamar mahkamah, maka sudah tiada apa-apa antara kita dan bekas isteri…
Still a long way to go sebenarnya bro…
Kita masih perlu memenuhi beberapa hak yang boleh dituntut bekas isteri… Kita perlu bagi kerjasama untuk semua tuntutan-tuntutan tersebut… Pengabaian atau tidak mahu memberi kerjasama akan menyebabkan hak-hak tersebut tidak dipenuhi di dunia dan akan menyebabkan ianya dituntut serta ditanya di akhirat…
Masa itu, no way back bro… No way back…
Tak Boleh Kembali
Anda sudah tak boleh kembali hidup untuk menunaikan atau melangsaikan “hutang-hutang dunia” anda…
Jika bekas isteri diceraikan tanpa sebab munasabah, maka dia boleh tuntut Mutaah… Pemberian saguhati kepada dia daripada suami dan kadarnya ditentukan mahkamah…
Jika kita membeli rumah, tanah serta harta-harta yang lain selepas berkahwin, maka bekas isteri boleh tuntut harta sepencarian… Kadar yang boleh dituntut juga ditentukan mahkamah…
Jika bekas isteri memelihara dan menjaga anak-anak kita, maka kita perlu bagi nafkah anak-anak… Kebajikan anak-anak dan pendidikan anak-anak di bawah tanggungjawab si ayah… Kadar nafkah anak ditentukan mahkamah berdasarkan kemampuan si ayah…
Jika ketika perkahwinan kita tidak menunaikan nafkah terhadapnya, kita ada berhutang mas kawin dan sebagainya, maka itu juga boleh dituntut bekas isteri dan ianya jatuh dalam kategori nafkah tertunggak…
Tak Mudah Disangka
“Keluar kau dari rumah aku…” kata si suami kepada bekas isterinya…
Wait a minute bro, bro yang kena keluar sebab antara nafkah ketika isteri dalam edah ialah tempat tinggal… Dia perlu diberikan tempat tinggal dan bukannya disuruh balik ke kampung orang tuanya…
Ha, rumit? Susah? Banyak nak kena bayar? Macam-macam nak kena tanggung? Sebab itulah kena hargai perkahwinan kita itu, jaga hubungan baik-baik… Sebab itulah orang lelaki yang sudah jadi suami, kalau nak buat perangai itu kena fikir masak-masak… Fikir panjang dan fikir jauh…
Macam-macam tuntutan yang perlu dipenuhi kalau kita berpisah dengan isteri sebab perangai sendiri… Kegagalan memenuhi tuntutan itu akan mengakibatkan anda perlu menjawabnya di AKHIRAT…
Depan Allah… Maka, fikir masak-masak deh!
Sumber: Firdaus Shakirin
MW: Sebelum bercerai fikir sedalamnya, bercerai bukan sekadar melafazkan. Sebaliknya anda perlu bersedia dan berilmu tentang tanggungjawab anda selepas bercerai terutama kepada bekas isteri dan juga anak-anak. Bercerai tidak bermakna anda boleh lari daripada tanggungjawab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI