Bila jadi suami isteri, ada pasangan tak kisah berkongsi status kewangan sebab percaya dan dah rasa selamat.
Tetapi macam mana kalau si dia buat perangai dalam diam? Tak ke risau kalau bergaduh dan ada salah seorang yang mengungkit. Haaa… nak selamat, isteri kena semak perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini.
Boleh juga sediakan payung sebelum hujan. Eh!
20 Tanda Isteri Patut Rahsiakan Status Kewangan Daripada Suami
Zaman sekarang, kaum wanita lebih bijak dalam menguruskan kewangan. Tambah-tambah, lagi kaum wanita sekarang kebanyakannya sudah mempunyai pendapatan sendiri.
Soal urusan pengurusan kewangan bukan semua orang berminat nak ambil tahu. Apa yang mereka tahu, kerja, dapat gaji. berbelanja. Itu sahaja.
Kaum wanita kena lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa menanggung beban hutang ataupun menjadi penjamin pasangan nanti.
Bahaya kaum wanita / isteri dedahkan kewangan kepada calon suami/ tunang/ yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Si dia yang selalu modified kereta. Tayar ubah terkeluar lah, tambah spoiler tinggi supaya kereta boleh laju la dan macam-macam lagi.
2. Si dia yang tidak suka menyimpan. Nak menyimpan seringgit pun malas apatah lagi nak menyimpan 10% daripada gaji. Tabung simpanan kecemasan langsung tak ada.
3. Si dia yang malu nak beritahu gaji dia dan segala hutang yang dia ada. Senang kata dia suka berahsia.
4. Si dia yang malas nak angkat panggilan daripada pihak bank. Ataupun terus sawan kalau nampak nombor bank naik.
5. Si dia yang selalu beli barang berjenama, DSLR, Go Pro, IPhone dan gajet canggih dengan cara berhutang. Duk bayar ansuran bulanan.
6. Si dia yang gilakan motosikal besar, kereta import mewah. Mereka kata itulah aset terpenting mereka.
7. Si dia yang tak tahu aliran wang keluar, perbelanjaan bulanan dan boros dalam berbelanja.
8. Si dia yang selalu duk maki-maki kerajaan, duk sembang pasal kos sara hidup, padahal berbelanja serupa setan. Beli barang nak yang berjenama je. Makan tempat hispter je.
9. Si dia tak kisah kalau duk menyewa sampai ke tua. Langsung tak nampak usaha nak beli rumah sendiri.
10. Si dia yang makan megi, roti, biskut dan kata takde duit bila gaji lambat masuk.
11. Si dia akan cepat marah bila kau tanya simpanan dia dah berapa, bila nak beli rumah dan apa dia punya perancangan kewangan.
12. Si dia yang tak boleh belikan kau hadiah sempena hari jadi kau ataupun hari ulang tahun perkahwinan. Kalau tak beli hadiah pun tak apa lah, ini tak wish pun. Mungkin dia duk fikir macam mana nak bayar hutang je.
13. Si dia yang nak pinjam duit kau, janji nak bayar lepas gaji. Kalau sekali sekala takpe. Ini setiap bulan. Lepastu buat-buat lupa.
14. Si dia yang jenis berkira. Selalu berprasangka buruk kepada mereka yang datang minta sedekah. “Ini mesti sindiket minta bantuan bina tahfiz, entah-entah duit tu pengetua dia guna untuk kahwin lagi.”
15. Si dia yang ada kad kredit sampai tiga empat. Padahal hutang tertunggak. Bayar separuh hutang je mampu. Surat bank datang pun tak nak buka dah. Terus buang dalam tong sampah.
16. Si dia duk kata rugi je buat perlindungan takaful ni. Bayar bukannya guna pun. Ejen sedap duk makan komisen je.
17. Si dia yang terlalu taksub mengikut arus perdana masa kini. IPhone X keluar terus nak beli. Buat pinjamin peribadi pun tak jadi masalah. Kereta asyik tukar baru, nak pakai yang import je.
18. Si dia yang selalu duk tanya bila nak gaji. Menggigil bila tahu bulan depan gaji lambat masuk.
19. Si dia malas nak membaca tentang pengurusan kewangan, panduan urus gaji dan semua yang berkaitan kewangan.
20. Si dia yang merokok. Harga rokok sekarang mahal. Ramai perokok tak ada wang simpanan. Dah la beli rokok guna duit kau. Pastu hembus asap rokok depan kau dan anak-anak. Perangai macam setan.
Kalau korang dah nampak ciri-ciri di atas ada dekat pasangan korang, korang boleh la mendidik, ajar pasangan korang. Jangan biarkan dia terus dibuai mimpi. Tak salah pun isteri mendidik suami. Tak semua suami bijak menguruskan kewangan.
Kalau bakal suami atau suami korang bergaji kecil tak apa. Mungkin dia rajin berkerja, ada pendapatan sampingan dan berjimat cermat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebenar tak susah nak dapat anak yang ‘ketagih’ baca Al Quran. Ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk dididik cinta Al Quran. Mungkin proses untuk anak-anak mendalami dan mencintai Al Quran agak susah berbanding pembelajaran biasa, tetapi siapa yang tak mahu anaknya mempunyai kebolehan menghafaz Al Quran kan?
Kalau ikutkan tip saudara Ws Adli W Muhammad, beliau ada kongsikan apa yang perlu mak ayah buat supaya mudah nak ajar anak SUKA baca dan hafaz al Quran, tambahan di bulan Ramadan yang mulia. Jom godek dulu…
Hidupkan budaya membaca al-Quran dalam kehidupan seharian. Tak kira siapa, minat kita terhadap membaca al-Quran sebenarnya amat tinggi.
Cuma, sifat malas tu lah kita kalahnya. Untuk itu kita ubah. Buang mana sifat dan sikap yang tak baik, kita ganti dengan yang baik-baik.
Tak kisah tahap mana bacaan kita. Tersangkut-tersangkut atau merangkak, kita tetap kena usaha untuk membacanya dan belajar.
Ajak anak-anak sekali mana yang ada anak. Biar satu rumah bergema dengan bacaan al-Quran.
Lebih baiknya, kita duduk bersama dan mendengar bacaan mereka, membetulkan bacaan serta turut bersama bertadarus.
Dapat habis satu hari satu muka surat pun dah kira satu kejayaan. Tahun depan tambah lagi muka suratnya di bulan ramadan.
Bulan-bulan lain, teruskan membacanya setiap hari. Tak putus, tak tinggal.
Sampai satu tahap, bila tak dapat mengaji kita akan rasa bersalah sangat, rasa rugi sangat. Sampai rasa nak minta Allah undurkan masa supaya kita boleh mengaji.
Ganjarannya usah dipersoal. Untung berlebih-lebih bila rajin mengaji. Insya-Allah, segala berkat, rahmat dan rezeki akan hadir tanpa disangka-sangka.
Nikmat luar biasa sedang menanti. Atas kita mahu atau tidak. Jawapannya sudah ada.
Apa yang penting, mak ayah perlu dulu perlu jatuh cinta dengan Al-Quran, baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zaman bercinta mahupun baru berkahwin, biasanya semuanya indah-indah belaka, orang kata ‘kentut pun bau wangi’. Bila dah bertahun-tahun berkahwin kita semakin kenal pasangan, barulah nampak ‘rupa sebenar’. Yang dulunya manis-manis kini mungkin jadi kelat dan pahit. Lebih parah bila lihat lebih banyak keburukan yang pasangan ada berbanding kebaikan yang di pernah lakukan.
Jika dalam situasi ini, titipan pesanan dan nasihat oleh Imam Muda Asyraf ini boleh dijadikan panduan;
Selepas arahan agar ‘Bergaul baiklah bersama pasangan kamu’, Allah menyambung dengan mesej selepasnya agar kembali mengenang dan berfikir dengan lebih mendalam bagi pasangan yang sudah lama berumahtangga seperti tercatat di Surah An-Nisa ayat 19 :
فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
“Jika kamu tidak menyukai mereka maka boleh jadi kamu membenci sesuatu (beberapa perkara tentang pasangan) padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.”
Lupakan Keburukan & Fokus Kebaikan Pasangan
Ayat ini memberi gambaran, apabila kita sudah lama berumahtangga pasti sesama pasangan akan terbuka keaiban, sifat-sifat jelik serta kekurangan. Maka ketika itu Allah menyuruh kita melupakan kejelekan pasangan dan fokuskan kepada apa yang baik pada pasangan.
Selari dengan apa yang disebut di dalam Sahih Muslim :
عن أبى هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِىَ مِنْهَا آخَرَ “
Maksudnya : Dari Abu Hurairah Rasulullah saw. bersabda : Seorang suami mukmin tidak boleh membenci isteri mukminah, sebab apabila dia membenci satu akhlak dari isterinya tersebut maka dia pasti redha dengan akhlaknya yang lain (HR. Muslim).
Ini menunjukkan bahawa Rasulullah saw mengajarkan kita untuk bersikap positif dan tidak hanya melihat kekurangan orang lain saja. Tetapi juga kelebihannya.
MW: Semoga pesanan ini bermanfaat buat pasangan suami isteri dalam melayari rumahtangga. Banyakkan bertolak ansur dan memaafkan pasangan, lupakanlah keburukan dan kesilapannya. Lihatlah kebaikan yang pasangan telah berikan dan terimalah sikap buruk yang dia ada selagi tidak bertentangan dengan syariat. Barulah rumahtangga aman harmoni dan saling meredhai.
Sumber: Instagram Imam Muda Asyraf
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau tahu anak demam, mak-mak lah orang pertama yang paling tak senang duduk. Tambah kalau mak-mak itu jenis keluar bekerja. Jadi, nak tak nak mak ayah kena tahu cara nak merawat anak di rumah untuk turunkan suhu demam anak dengan tip yang dikongsikan Dr Ezairy M.Sallih ini…
Jaga Anak Demam
Jangan biar anak anda mengalami demam panas tanpa rawatan awal.
Ikuti 7 langkah di rumah ini:
1.Periksa suhu anak.
Jangan biarkan anak anda demam terlalu lama. Pastikan anda mempunyai termometer di rumah. Periksa suhu anak anda jika ada tanda-tanda panas tubuh
2.Banyakan beri air suam
Banyakan air suam ketika demam. Ini bagi memastikan anak anda tidak mengalami dehidrasi dan kekurangan air dalam tubuh
3.Jangan cuba-cuba rawatan tradisional
Ia tidak akan berguna bahkan boleh mendatangkan mudarat jika melewatkan rawatan sepatutnya di hospital
4.Pastikan anak tidak mengalami sawan
Suhu terlalu tinggi tanpa rawatan awal boleh mengakibatkan serangan sawan berlaku. Perhatikan tanda-tanda seperti kekejangan, mata, dan anggota lain pada anak
5.Basahkan kepala atau mandikan
Basahkan kepala, badan dan jika perlu mandikan anak anda dengan air. Tak perlu air sejuk. Cukup air suam untuk merendahkan suhu tubuh.
6.Ubat demam
Pastikan anda ada simpan syrup atau supp paraceramol di rumah. Pastikan anda tahu dos sepatutnya melalui ahli farmasi dan doktor. Sekiranya anak demam, berikan mengikut dos sepatutnya. Pastikan atas nasihat mereka yang ahli, bukan sendiri.
7.Bawa jumpa doktor
Jika langkah di atas gagal menurunkan suhu anak anda. Bawa segera ke klinik atau hospital.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI