Kalau Sabun Anda Ada TRICLOSAN, Berhenti Pakai! Ia Bukan Saja Bunuh Kuman, Manusia Pun Boleh Terhapus Sama

Terkejut juga bila baca info ini. Terus hakak ke bilik air tengok kandungan sabun mandi anak-anak. Syukurlah tiada kandungan Triclosan seperti yang dikongsikan oleh Nazira Nazir, penulis buku 9 bulan 10 hari ini.

Jangan pula mak-mak campak phone dan lari ke bilik air. Tunggu sat. Baca habis penjelasan di bawah. Nanti anda akan faham kenapa triclosan tu berbahaya kepada manusia. Siapa lagi kalau bukan kita dan ahli keluarga kitalah kan.

Jangan Pakai Lagi Sabun Ada Triclosan, Triclosan Tak Bunuh Kuman Saja Tapi ‘Bunuh’ Manusia Juga

Anda yang free hari ini tolonglah check sabun kat rumah tu. Ada tak kandungan TRICLOSAN. Ramai ibu ayah pakaikan anak-anak sabun ni.

Kesan jangka panjang kalau kita dan anak-anak pakai sabun ni sangat bahaya. Boleh sebabkan kemandulan. Selama ini kita ingat sabun sabun atau produk-produk ini dapat bunuh bakteria, rupanya dia bakal bunuh kita sekali!

 

 

Kalau Sabun Anda Ada TRICLOSAN, Berhenti Pakai! Ia Bukan Saja Bunuh Kuman, Manusia Pun Boleh Terhapus Sama
Pix sekadar hiasan

 

Ya Allah, Dekat Setahun Guna

4 Oktober lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa haramkan segala bahan antibakteria TRICLOSAN disebabkan bahan kimia itu boleh merosakkan kesihatan & alam sekitar.

Actually Triclosan ini adalah bahan yang ditambah dalam pelbagai produk pengguna. Tujuannya untuk kurangkan atau cegah pencemaran bakteria.

Menurut Presiden CAP SM Mohamed Idris, pada asalnya triclosan ni digunakan pakar bedah pada 1970-an untuk cuci tangan sebelum proses pembedahan.

IKLAN

Pun begitu, ia berkembang dan dikomersialkan dalam sabun, ubat gigi termasuk produk lain seperti pakaian, peralatan dapur, perabot dan alat mainan.

Lepas baca pendedahan ni, saya (penulis buku #9bulan10hari – Nazira Nazir) cuba-cuba juga cari sabun mandi di rumah yang ada triclosan. “YA.. MEMANG ADA!  Sabun mandi anak saya ada triclosan! Allah.. dekat setahun guna jenama ni.”

Mommy and daddy cepat-cepat check. Ada tak kandungan triclosan dalam produk harian anda.

Apa Kajian Kata Tentang Bahaya Triclosan

Kajian mendapati triclosan boleh menjejaskan pembelajaran dan memori, alahan serta melemahkan otot.

Ia juga boleh menjejaskan testosterone dan estrogen yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti:

1. Akil baligh awal
2. Sperma kurang berkualiti
3. Kemandulan
4. Obesiti dan kanser.

IKLAN

Amerika Syarikat baru-baru ini sudah mengharamkan triclosan, malah 18 bahan antibakteria bagi mencuci tangan dan badan itu juga tidak mempunyai bukti saintifik lebih baik daripada sabun biasa atau mencegah bakteria serta penyakit tertentu,” katanya dalam sidang media di Pejabat CAP, Jalan Masjid Negeri, Georgetown.

Beliau berkata, kajian dijalankan kerajaan Amerika Syarikat mendapati bahan berkenaan boleh menembusi kulit dan salur darah, malah penyelidik sudah mengesan triclosan dalam air kencing daripada 75 peratus subjek yang diuji.

Menurutnya, bahan berkenaan turut dikesan dalam susu ibu, alam sekitar iaitu tanah, air dan ikan.

Katanya, tinjauan CAP turut menemui pelbagai produk yang mengandungi triclosan seperti sabun, ubat gigi, cucian tangan, gel mandian, syampu badan antibakteria bagi kanak-kanak serta pencuci lantai dan tandas.

Jelasnya, undang-undang Malaysia tidak mewajibkan pengeluar melabel kandungan bahan kimia dalam produk mereka menyebabkan pengguna sukar mengetahui kandungan triclosan atau bahan kimia lain yang memudaratkan ada digunakan.

IKLAN

Ini Yang Persatuan Pengguna Pulau Pinang Seru

Dalam masa yang sama, CAP menyeru pihak berkuasa melarang pengeluaran, pengimportan, pengedaran dan penjualan produk yang mengandungi bahan kimia ini kerana ia mampu menjejaskan kesihatan dan alam sekitar.

Walaupun Triclosan adalah bahan yang meindungi diri dari bakteria namun disebabkan kesannya yang lebih teruk, maka kita sebaiknya elakkannya.

 

Kalau Sabun Anda Ada TRICLOSAN, Berhenti Pakai! Ia Bukan Saja Bunuh Kuman, Manusia Pun Boleh Terhapus Sama

Cara Alternatif Lebih Selamat Lindungi Diri Dari Bakteria

Bagaimana pengguna nak melindungi diri dari bakteria kalau bukan dengan gunakan sabun yang ada kandungan triclosan?

1. Cucilah tangan dengan baik.
2. Lap dengan tuala bersih.
3. Cucilah permainan kanak-kanak dengan kerap.
4. Mendidik anak mengenai cara mencuci tangan dengan betul.

Haa.. dah fahamkan. Jadi pastikan sabun yang ada kat rumah kita bebas daripada kandungan triclosan ini. Okay, dah boleh bangun dan periksa sabun di bilik air masing-masing.

Sumber/Foto : 9bulan 10 hari, Nazira Nazir