Memang mudah menuding jari itu dan ini jika anda tak berada di tempatnya. Begitulah kalau sudah kemaruk cinta suami orang, jangan memandai tuduh orang tak pandai jaga laki.
Mulut memang mudah menyalahkan orang apatah lagi kita sedang dilamun cinta, lagi-lagi dengan mendengar masalah dari mulut kekasih hati.
Kononnya isteri dia pandai uruskan rumah tanggalah, tak pandai masaklah, isterinya asyik fokus pada anaklah dan ada saja masalah isterinya.
Orang lelaki ini, kalua dia sudah tak suka dan berjumpa dengan wanita lain, memang sedap dia menyalahkan isteri dan ini. Padahal isteri sudah melakukan yang terbaik untuk suami, tetapi hanya dipandang sepi.
Hmm, bila dia nak dekat laki orang, dia kata orang itu tak pandai jaga laki… Tapi bila orang hendak dekat laki dia, orang kata dia tak pandai jaga laki, tahu pula dia nak marah-marah…
Ads
Pokoknya, dahannya, rantingnya, akarnya, siapa yang tak pandai jaga ini…
Senang saja kita hendak tuduh seseorang itu tak pandai jaga laki hanya disebabkan kita dengar macam-macam tentang dia dari mulut laki dia…
Dia sibuk dengan kerja, dia tak bagi perhatian, dia tak pandai masak, dia kurang melayan, dia tak jaga badan dan sebagainya…
Macam-macam yang dia boleh dengar dari mulut laki itu…
Ads
Cuba dengar daripada mulut isteri laki itu sendiri… Betul atau tidak seperti apa yang diperkatakan?
Tuduh Tak Pandai Jaga Laki
Tobat lahom tak berani jumpa depan-depan, dengar sendiri… Jangan senang-senang meletakkan terma “tak pandai jaga laki” itu pada mana-mana isteri…
Sebab apa yang kita tak tahu ialah sudah bermacam cara dan kaedah yang dia guna untuk menjaga laki dia smpai dia tak menjaga diri sendiri dan tak terjaga sudah laki dia tu…
Tapi itulah, susah nk ubah mentaliti kalau tengah kemaruk dengan laki orang…
MW: Dalam erti kata lain, kita tak berada di tempat isteri orang tu, memang seronok mengata itu dan ini. Bayangkan kita di tempat dia, baru tahu apa perasaan yang sedang dilaluinya.
Pernah tak mak-mak rasa nak marah tak tentu pasal. Lebih-lebih bila balik rumah dengan keadaan yang bersepah-sepah, anak buat hal dan menangis tak tentu pasal. Keadaan inilah yang membuatkan mak-mak rasa ‘sensory overload’.
Jangan dibuat main-main dengan ‘sensory oveload’ kerana ia boleh memberi kesan yang lebih teruk pada mak-mak. Ingat keadaan ini hanyalah sementara dan akan hilang begitu saja. Tetapi, sebenarnya ia boleh membawa kepada kemurungan. Jangan main-main.
Perkongsian daripada Nurul Sheriena Musa boleh menjelaskan lebih lanjut lagi tentang ‘sensory overload’ yang mungkin mak-mak tak tahu sebelum ini.
Selalu kita katakan anak anak Sahaja ada Sensory Overload. Tapikan kalau anda benar benar faham yang sensori ini seolah-olah makanan pada otak maka anda fahamlah yang setiap daripada kita perlukan stimulasi sensori.
Tapi jika antara ciri ciri di bawah ini anda ada maka mungkin kita sedang alami sepertimana anak sedang alami iaitu Sensory Overload.
Ciri ciri ini mungkin ada pada ibu atau ayah malah sesiapa sahaja yang alami Sensory Overload di mana perkara sekeliling berlaku sangat pantas dan anda mungkin tidak bersedia dan anda perlukan MASA untuk memproses.
Sensory Overload ini boleh terjadi pada sesiapa. Jika kes orang dewasa ibu atau wanita adalah orang yang selalu mudah terdedah dengan Sensory Overload.
Sebab kitalah yang sering layan karenah anak dan selalu ketepikan diri kita. Ya memang bagus. Ya memang fasa 0 ke 4 tahun waktu mencabar.
Tapi dalam fasa itu belajar lah juga Self Care diri untuk keharmonian diri.
Saya juga seringkali dalam terjebak dalam fasa ini. Tapi nasib baik ada guru dan circle menarik saya untuk tidak berlama lama.
Bila Sensory Overload terjadi
Ya sensory Overload juga jika tidak dibantu mungkin lebih ramai ibu atau ayah akan terdedah risiko depression, anxiety dan macam macam lagi.
Jika nampak pasangan kita begini bantu dia dan jika nampak sahabat kita begini bantu dia ya.
Tak dapat Bantu. Doakan dia.
Beberapa tip untuk kekal tenang bila berhadapan dengan situasi burn out
MW: Sekurang-kurang dengan tip yang diberikan ini dapat meredakan ‘sensory oveload’ yang mak-mak alami.
Impian mak ayah dan anak-anak, kadangkala tak sama. Tapi, janganlah mak ayah cuba penuhi impian sediri hingga anak-anak terpaksa melepaskan impian mereka pula. Ikuti luahan rasa seorang ibu berkenaan dengan harapannya pada anaknya. Kaunselor, puan Hajah Maimunah Haji Mohamad telah memberikan pandangannya.
Assalamualaikum puan yang dihormati. Saya mempunyai tiga orang anak yang kini sudah meningkat remaja. Dua perempuan dan seorang lelaki (bongsu). Saya bekerja sebagai akauntan dan suami pula seorang jurutera cari gali. Alhamdulillah kehidupan kami selesa dan kami mampu memberikan keselesaan buat anak-anak.
Namun saya dan suami bukan daripada keluarga senang. Kami berdua berasal daripada kampung dan sama-sama memasuki universiti. Ketika itu kami berjumpa dan jodoh kami berkekalan hingga kini.
Anak sulung saya perempuan, kini berusia 31 tahun, sudah bekerja sebagai seorang pensyarah. Masih bujang kerana fokus pada kerjaya. Anak kedua, lelaki, berusia 29 tahun, bekerja di sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat minyak ternama. Saya bersyukur kerana kedua anak saya itu mampu berjaya di bidang masing-masing. Dari kecil saya dan suami sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak dan mahu mereka bekerja sebagai tenaga profesional walau pun mungkin tak mengikut jejak langkah kami berdua.
Kerisauan kami adalah kepada anak bongsu kami yang bakal menduduki SPM. Dia pelajar cemerlang dan belajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya dan suami memasang impian untuk melihatnya belajar di luar negara. Yang merisaukan kami, dia seolah-olah tidak berminat dan berkata ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari.
Bukan saya hendak menidakkan profesi yang berkaitan dengan bidang kulinari, malah saya tahu ramai yang berjaya dalam bidang ini termasuk menjadi chef selebriti. Namun saya dan suami ada pendapat kami sendiri. Sebolehnya kami ingin dia bekerja di bidang profesional, sama macam kami dan abang serta kakaknya.
Saya yakin keputusan SPMnya cemerlang dan saya masih lagi dalam usaha memujuknya. Lagipun dia anak perempuan. Bagi saya, bekerja di bidang kulinari lebih sesuai untuk lelaki kerana tugas memasak seperti di hotel dan sebagainya bukan mudah. Apatah lagi jika sudah berkeluarga kelak.
Anak bongsu saya ini keras kepala dan sejak kecil dia akan lakukan apa yang dia rasakan betul. Pening kepala saya dan suami memikirkannya. Bagaimana kami dapat memujuknya untuk memilih bidang yang lebih sesuai sebagai wanita?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi. Setiap ibu bapa menginginkan anak-anaknya berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Sejak kecil anak-anak akan diberi penekanan pembelajaran di sekolah dan di pusat-pusat tuisyen. Usia 7 tahun telah dihantar mengikuti tuisyen sama ada selepas persekolahan atau sebelah malam. Malah, “home tution ” disediakan untuk anak dengan bayaran yang tinggi bagi mereka yang mampu.
Sehinggakan kadang-kadang anak terlalu dibebankan dengan akademik yang berorientasikan peperiksaan hingga menyebabkan anak-anak tiada masa untuk meneroka minat dan kerjaya yang mereka minati. Kejayaan ini kadang-kadang menjadi satu pertandingan atau persaingan di kalangan ibu bapa. Anak siapa yang hebat…Terdapat juga ibu bapa yang mahukan kerjaya anak mereka mengikut acuan yang mereka bentuk. Satu segi adalah baik kerana kadang-kadang anak kurang mengetahui apa yang patut diberi keutamaan dan yang terbaik untuk
Namun kadang-kadang ibu bapa terlupa bahawa terbaik itu sebenarnya adalah untuk ibu bapa sendiri. Ada ibu bapa yang mahu anak mengambil bidang kedoktoran, bidang guaman. Profesion yang menjadi kemegahan mana-mana ibu bapa. Ada juga ibu bapa yang tidak dapat merealisasikan impiannya dulu untuk bidang yang dipohon menyebabkan hasrat itu “dijelmakan” dalam diri anak dan mengharapkan anak meneruskan cita-citanya.
Ada anak-anak yang menurut sahaja kemahuan ibu ayah untuk mengikuti jurusan yang ibu bapa cadangkan. Namun saya pernah mendengar ada anaknya yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran tetapi apabila menerima scroll, menyerahkan scroll itu buat ibu ayah.
Bagi anak, dia sudah memenuhi impian ibu ayahnya. Impiannya ditangguhkan dan kini tiba masa untuknya mencari keinginan dan minat kerjayanya. Ada juga anak yang boleh menerima bidang itu setelah meneroka ilmu yang terdapat di dalamnya dan meneruskan kerjaya mengikut perancangan ibu atau ayah.
Setiap anak ada kelebihannya. Pandangan kita sebagai ibu atau bapa memanglah akan memilih yang terbaik buat anak. Puan berpendidikan tinggi dan berkerjaya yang baik, saya pasti cadangan puan itu adalah terbaik untuk anak bongsu seperti yang puan rancang bersama suami.
Namun, yang baik buat puan tidak semestinya yang betul buat anak. Dalam teori pemilihan kerja seperti VPI (Vocational Preference Inventori) menyatakan seseorang itu akan lebih gembira dan bertenaga apabila minat kerjayanya adalah selari dengan bidang kerjaya yang dipilih.
Tidak kira bidang kerjaya apa yang dipilih oleh anak, sebagai ibu dan bapa, puan dan suami boleh mencadangkan dan memberi gambaran realistiknya bidang itu, kebaikannya, peluang kerja dan ilmu yang diperoleh. Walau bagaimanapun jika anak menolak, maka tentu ada justifikasinya.
Minta dia beri alasan kenapa berminat dengan bidang itu. Minta dia buat sedikit kajian tentang bidang tersebut dan prospeknya. Jika anak puan punya minat yang mendalam, dia pasti tahu prospek kerjaya tersebut. Tidak kiralah bagaimana kaedah yang bakal dibuat untuk mencapainya, sebagai ibu, puan boleh memainkan peranan membantu dia bagaimana untuk mencapai cita-cita tersebut. Contohnya beri dia beberapa menu pilihan yang boleh dia ceburi.
Anak mungkin tidak nampak, tetapi puan boleh memberi pilihan-pilihan untuknya seperti menjadi tenaga pengajar, membuka perniagaan sendiri atau kaedah yang lebih canggih yang boleh dia ceburi. Minta dia lakarkan. Jika dia masih mahu, puan boleh meletakkan syarat yang dirasakan munasabah, realistik, boleh dicapai dan ada “time frame’ bagaimana dia mahu capai.
Jadi “coach” atau jurulatih kepada anak dengan sering adakan perbincangan. Anak akan rasa disokong, ada kebersamaan dan akan menjalani kehidupan yang lebih ceria dan bersemangat. Elakkan berkata anak “degil” kerana itu adalah doa dari seorang ibu. Setiap perkataan dari ibu atau ayah adalah doa sebenarnya yang kadang-kadang kita tidak perasan keluar dari mulut kita.
Sebenarnya dia bukan degil. Dia ada prinsip dan ketegasan pada diri. Kalau kita perhatikan, apa yang dia miliki dan bertingkah laku itu adalah daripada acuan kita ibu bapanya. Kita juga ada sifat tu, kalau tidak bagaimana anak mewarisi sifat itu. Hanya ibu bapa kita yang tahu kita ini bagaimana…maka sifat itu anak akan warisi.
Kejayaan seorang anak sebenarnya bukan diukur dari segi kejayaan akademik dan profesion yang disandangnya. Memiliki ilmu agama yang tinggi, boleh membaca al-Quran dengan baik, solat tidak tinggal, sering membantu ibu bapa, akhlak yang baik, ada kehidupannya yang tersendiri adalah antara perkara-perkara yang kita sebagai ibu bapa perlu titik beratkan dan beri didikan hingga dia mampu menjadi anak yang boleh menjadi peneman kita di dunia dan memberi syafaat semasa di alam barzakh nanti…yang akan mendoakan untuk puan dan suami apabila telah tiada di dunia.
Itulah kejayaan sebenar untuk kita sebagai ibu bapa yang tiada bandingan. Biar lah dia menjadi penjual buah atau bekerja yang pada pandangan kita “lekeh’ tetapi dia adalah anak yang mampu menjaga kita di usia tua. Mampu mendoakan dan membaca al-Quran serta sedekahkan untuk puan dan suami al-Fatihah dan bacaan al-Quran ketika di alam barzakh nanti. Berdoalah agar anak puan menjadi insan soleh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pernah terfikir tak? Belum habis bulan tersebut, gaji sudah habis digunakan untuk tampung segala jenis hutang dan pembelanjaan keluarga. Kadang-kadang terfikir, duit yang dapat itu ke mana pergi. Ini belum lagi beri nafkah pada isteri.
Mujurlah isteri bekerja dan tidak meminta apa-apa. Isteri kerja untuk membantu kurangkan bebanan suami dan keluarga. Bab-bab nafkah isteri diketepikan. Jadi, secara tak langsung, suami mula ambil ringan tentang nafkah untuk isteri.
Mungkin dengan tidak menitik berat tentang nafkah isteri membuatkan suami merasa ‘sempit rezeki’. Ini hanya salah satu sahaja, belum lagi tentang perkara-perkara lain yang menyebabkan suami sempit rezeki.
Nak tahu apa yang membuatkan suami sempit rezeki, Imam Muda hassan ada berkongsi tentang sebab-sebabnya.
Rezeki ni milik Allah, bukan milik suami mahupun siapa-siapa. Allah boleh berikan apa sahaja pada kita jika Dia mahu.
Banyak keluhan yang teman dengar, rintihan dari suami yang terasa berat sangat rezeki nak masuk.
Ya, teman faham sebab teman pun seorang suami juga. Banyak yang kita fikirkan untuk keluarga. Rasa macam suami yang tidak berguna bila tidak dapat buat yang terbaik untuk keluarga kan?
Persoalannya, kenapa kita berasa sempitnya rezeki?
Cuba kita sama-sama checklist semula perkara di bawah, adakah kita telah buat yang terbaik?
No. 1 hingga no. 4 tu teman tak nak fokus sangat, kita boleh fikirkan dan buat strategi untuk perbaikinya.
Isteri kita adalah salah satu asbab rezeki untuk suami. Nabi SAW bersabda, sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Ahli keluarga yang dekat dengan suami ialah isterinya sendiri selain ibu bapa.
Bila kita berasa isteri itu beban bagi kita, begitulah rezeki pun akan terbeban sampai pada suami, sebab salah satu pintu rezeki ada pada isteri.
Bukanlah maksud teman sampai kita melebih-lebih di luar kemampuan kita, cuma jangan sampai kita mengenepikan isteri dalam soal nafkah kerana terlalu ‘berlebih kurang’ dengan isteri disebabkan mereka isteri yang berkerjaya.
Semoga Allah meluaskan rezeki para suami. Aamiin.
Hassan Adli
Perbaiki Diri
MW: Moga ia memberi manfaat kepada suami di luar sana.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.