Sangat setuju dengan cara saudara Akhtar Syamir gembirakan hati isteri, tak tunggu ‘orang rumah’ meminta-minta tetapi dia dulu yang pelawa apa yang isteri mahu bila keluar membeli.
Bagus dan tip ini bukannya membazirkan duit, malah membuka lagi rezeki seisi keluarga. Jangan pula mengharapkan isteri sebut dulu sebab golongan mak-mak ini selalunya sedar diri dan semahunya tak suka susahkan suami.
Nak tahu kenapa? Haaa… jawapannya ada dalam perkongsian ini, jemput hadam.
Beri Kebebasan Untuk Isteri Dapat Apa Yang Dia Mahu
Satu lagi benda kecil tetapi impaknya besar. Terutamanya kepada suri rumah sepenuh masa yang tiada pendapatan.
Ayat selepas ini nampak macam sama, bunyinya pun seakan sama tetapi maksud dan hasilnya teramat berbeza.
Situasinya di pasaraya.
Ads
“Apa yang tak cukup lagi ambillah”.
Dengan,
“You nak ambil apa untuk you, ambillah”.
Yang pertama bukan untuk dirinya secara peribadi, itu adalah untuk keluarga. Manfaatnya untuk seisi keluarga. Ini merupakan kewajipan suami buat keluarga. Ini bukan nafkah.
Yang keduanya adalah bersifat peribadi. Fokusnya untuk diri isteri itu sendiri. Membuka ruang untuk dirinya merealisasikan hasratnya. Memberi apa yang diinginkannya. Ini termasuk di dalam kategori memberi nafkah kepada isteri. Lebih kurang sama dengan memberi duit. Cuma keadaannya betul-betul pada masa itu, di tempat itu dan bukannya di tempat lain.
Ads
Benda biasa je ni kan? Suami belikan barang untuk isteri pun nak kecoh ke? Bukan itu fokusnya. Yang kita perlu tengok di sini ialah bagaimana kita memperkasakan isteri dengan memberi kebebasan kepada dia untuk dirinya sendiri. Nampak mudah. Tetapi kita lihat di luarannya sahaja.
Isteri Pandai Menyimpan
Jom kita selami dalam sedikit iaitu ke tahap keinginan. Seorang isteri suri rumah yang tiada pendapatan sendiri ini sudah semestinya ada keinginan sendiri. Namun, apabila duit diberi kepada mereka, belum tentu mereka akan beli benda-benda di pasaraya sewenang – wenangnya. Kebarangkalian duit itu akan disimpan untuk kegunaan lain.
Tetapi, jika suami sendiri memberi kesempatan kepada isteri untuk memilih apa yang dia inginkan, pasti mereka tidak keberatan. Dan di dalam kes saya, ais krim. Ais krim je. Bukan ape sangat pun. Tapi kalau kita tak tanya? Sampai ke sudah la dia telan air liur bila lalu berdekatan dengan tempat ais krim. Nak mintak pun belum tentu.
Percayalah, jika anda isteri suri rumah sepenuh masa yang tiada pendapatan sendiri, betul tak anda akan lebih berkira untuk berbelanja? Anda pasti akan malu untuk meminta, ada juga yang takut terus untuk bersuara. Takut sangat membazirkan duit suami. Padahal tak sampai RM10 pun kan?
Ads
Hari itu aiskrim, mungkin hari ini susu dan cheese untuk buat cheesekut. Ini semua keinginan kecil dalam hati isteri. Percayalah yang jika kita tak tanya, tak tawarkan, belum tentu kita akan tahu keinginan kecil isteri ini. Kalau dia buat apa – apa pun, kita jugak yang tumpang rasa.
Jangan hanya fokus pada barang-barang dapur je. Jangan juga fokus pada apa yang anak-anak nak je. Kena juga tanya isteri nak apa untuk diri dia. Mana tahu dia dah lama teringin nak makan coklat ke, nak makan seaweed ke, tak tanya mana nak tau ye tak?
Sesekali Tanyalah Isteri
Mulai sekarang, banyakkan bertanya apa yang isteri mahu untuk diri mereka sendiri. Tak kira lah yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Isteri pasti ada keinginan mereka yang terpendam. Jika ada rezeki lebih, tunaikan. Jika belum lagi, jadikan ia matlamat untuk direalisasikan nanti.
Kenapa kena buat benda ni? Sudah tentulah untuk menggembirakan isteri. Benda ini mudah, tetapi ramai yang terlepas pandang sebenarnya.
Jangan sesekali lupa :
Isteri yang bahagia = Keluarga yang bahagia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak minta duit pun serba salah, tetapi kalau diam si dia buat tak tahu. Itu belum lagi nak guna duit untuk keperluan sendiri, cuma duit nak beli keperluan dapur. Nak kenyangkan perut keluarga juga. Memang payah!
Ada segelintirnya Dah macam pengemis pula bila mintak duit kat suami sendiri. Lebih sedih kalau isteri itu ada dalam situasi cerita saudara Firdaus Shakirin ini.
Bila meletakkan dia di rumah, itu tandanya kita mampu.
Mampu untuk menanggung isteri yang tiada punca pendapatan. Mampu untuk memberi isteri apa yang dimintanya, mampu untuk memenuhi apa yang dihajati oleh seorang isteri.
Tuntutan Isteri Itu Sederhana
Dia tak pernah mintak sesuatu yang melebihi kemampuan suaminya. Dia juga sama seperti isteri-isteri yang lain di luar sana, yang teringin nak beli sesuatu untuk dirinya sendiri. Alat mekap, pakaian, perhiasan, makanan or kelengkapan-kelengkapan lain yang dia nak guna ataupun nak makan.
Kalau Suami Tak Hulur, Mana Dapat Penuhkan Keinginan
Bukan membazir, bukan mengada-ngada.
Tapi dia tiada pendapatan, tiada duit, tiada apa-apa dalam handbag melainkan jika suami hulur or bagi duit kepadanya dan bila suami bagi, dia akan mengutamakan keperluan keluarganya dahulu tapi itu tidak bermakna dia melupakan apa keinginannya.
Dia tetap nak, cuma dia tak ingin bersuara takut-takut suami kata tak bersyukur dengan pemberian suami.
Kalau kerja pun kita tak bagi, nak berniaga pun tiada modal, jadi ejen atau dropship pun kita larang, maka bila la agak-agaknya dia dapat beli apa yang dia nak, apa yang dia hajati, apa yang dia teringin.
Hulur lebih atau tanya isteri apa yang diingininya. Jika ianya terlalu sukar untuk dipenuhi, maka terangkan pada dia, fahamkan dia. Jika ianya mudah untuk dipenuhi, maka tunaikan keinginan si isteri sekadar kemampuan yang ada.
InsyaAllah, tak akan miskin suami yang tak berkira dengan si isteri.
MW :Kasihan pada isteri yang sampai terpaksa minta duit belanja dekat suami, tapi suami buat endah tak endah saja.
Bagi meleraikan semua ini, memohon maaf pada pasangan adalah yang paling mudah untuk dilakukan oleh pasangan.
Maaf inilah akan melembutkan hati pasangan. Malah dengan kata inilah segala perselisihan faham tidak bertahan lebih lama. Tapi bagaimana kalau pasangan memohon kemaafan hanya kerana terjerat dengan curang.
Mampukan pasangan ini menerima maaf dan adakah keadaan rumahtangga akan kembali tenang dan bahagia seperti dulu. Kita ikuti penjelasan daripada PUAN DIYANA TAHIR, Pakar Perhubungan & Keintiman, Ehati International Sdn Bhd tentang perkara ini.
Ungkapan maaf ini memang mudah untuk kita sebut namun adakah memberi maaf dengan hati yang tulus dan penuh ikhlas itu juga mudah? Pasti ramai yang rasa maaf ini tidak semudah mengungkpkan kata maaf apatah lagi selepas diri disakiti.
Pasti hati rasa teraniaya dan terseksa zahir batin. Banyak pendapat mengatakan dengan memaafkan orang-orang yang menyakiti kita akan buat kita mudah nak move on. Tapi sejauh manakah pendapat ini benar?
Mungkin anda pernah guna atau dengar ungkapan ni, “saya maafkan awak tapi saya tak akan lupa semua ni”. Bukan setakat ungkapan tu je, malah ada yang berkata “saya maafkan awak tapi saya tak akan berjumpa awak lagi sampai mati”. Kesemua lafaz maaf ini menunjukkan anda masih belum move on sepenuhnya dan hati anda tu masih belum sembuh daripada kesakitan yang anda lalui.
Hubungan Suami Isteri Bertahan Lama
Melihat dari aspek perkahwinan kemaafan adalah perkara penting untuk memastikan hubungan suami isteri boleh bertahan lama. Memang tak dapat nak dinafikan rumahtangga pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran. Tapi, apa yang membezakan anda dan pasangan lain di luar sana adalah bila anda mampu memaafkan dan berusaha untuk meneruskan hubungan anda.
Bagi sesetengah pasangan, memaafkan perkara-perkara kecil memang mudah tapi bila diuji dengan kehadiran orang ketiga sama ada skandal atau madu, mereka jadi sukar nak memaafkan.
Perbuatan curang adalah perkara yang tak seharusnya dilakukan oleh pasangan mereka kerana itu melibatkan pengkhianatan cinta. Jadi, perkongsian kali ini saya nak share kepada anda tentang kemaafan di dalam hubungan yang diuji dengan kesilapan pasangan curang.
Sayangi Diri Sendiri
Perkara pertama yang perlu anda lakukan sekiranya berdepan krisis pasangan curang adalah segera kembali kepada diri anda sendiri. Elakkan terus-menerus menyalahkan dan meroyan pada pasangan anda. Tanpa anda sedari anda sebenarnya insan yang mengkhianati diri sendiri kerana orang-orang seperti ini adalah orang yang tak tahu nak break the pattern dan keluar daripada belenggu masalah.
Anda perlu belajar untuk buat terapi hati dan dari situ anda akan belajar untuk memaafkan diri anda terlebih dahulu. Izinkan diri anda untuk capai bahagia dengan membela diri anda sendiri.
Kalau bukan anda yang nak membela diri anda, siapa lagi? Bila anda dah tahu bagaimana nak sayangi diri anda, anda boleh mula untuk memaafkan sesiapa sahaja yang telah membuatkan anda rasa teraniaya atau tak dihargai.
Untuk hadirkan kemaafaan, perkara penting yang harus anda take note adalah untuk anda memaafkan diri anda terlebih dahulu. Sejujurnya, memaafkan memang susah tambahan pula bila yang kita nak maafkan tu adalah orang lain. Tapi percayalah, apabila anda belajar untuk memaafkan diri anda dahulu, secara tak langsung anda juga mampu untuk memaafkan orang lain.
Jangan Terlalu Salahkan Pasangan
Sebenarnya, orang yang tak boleh memaafkan diri sendiri adalah orang yang masih berada di dalam state of denial. Anda mungkin merasakan tak mengapa untuk anda fokus kepada salah suami. Anda rasa anda boleh buat macam tu sebab suami sendiri yang buat anda macam tu. Inilah yang dimaksudkan dengan state of denial.
Elak diri anda daripada terus berada di dalam state of denial. Penting sangat untuk anda akui kesilapan-kesilapan yang anda lakukan dan maafkan diri anda. Setiap perbalahan yang berlaku antara anda dan suami mesti berpunca daripada satu perkara. Tak semestinya punca itu hanya kerana suami, mungkin sebahagian daripadanya datang daripada anda juga. Jadi, dengan memaafkan diri anda terlebih dahulu, anda boleh menjadi lebih aware tentang kesilapan anda dan suami.
Apa yang anda pelajari itulah yang akan membantu anda untuk mula memaafkan diri. Dalam proses belajar daripada kesilapan ni, rasa bersalah akan timbul. Untuk hilangkan rasa bersalah tu, lihat kepada perkara positif. Anda boleh fikirkan apa yang baik untuk anda pada saat ini dan apa kebaikannya terhadap diri anda. Sebenarnya, rasa bersalah itulah yang membawa anda ke arah kebaikan dan menyebabkan anda rasa anda nak ubah diri anda.
Jadi Lebih Baik
Kesalahan dan kesilapan ni membawa anda dan suami untuk menjadi lebih baik. Berdamai dengan kesilapan lama dengan memaafkan menyebabkan anda tak menjadi orang yang sombong. Orang yang tak pernah berdepan dengan konflik selalunya akan rasa sukar untuk memahami dan sentiasa rasakan mereka betul.
Kesilapan ini lah yang akan mengajar anda apa yang betul dan apa yang salah terutamanya bagi anda dan pasangan. Kesilapan sebenarnya adalah pengalaman. Anda boleh tahu apa yang benar-benar betul dan dari situ anda boleh mula untuk memaafkan diri anda.
Terapi hati untuk kembalikan kasih sayang dan hadirkan kemaafan Terapi hati ini adalah salah satu cara untuk hadirkan kasih sayang di dalam diri. Terapi hati akan membantu anda untuk lebih tenang setiap kali anda berdepan dengan masalah. Bukan itu sahaja, anda boleh kurangkan rasa trigger menggunakan terapi ni. Sekiranya anda konsisten dengan terapi hati ni, percayalah anda tak sedar yang anda akan berubah menjadi lebih positif.
Ada di antara wanita yang lupa tentang dirinya sendiri sehingga mengabaikan kebahagiaannya bila berdepan dengan konflik. Bila mereka nak baiki hubungan mereka, ramai yang lost sebab tak tahu macam mana nak mula. Sama-sama menjadi pencipta bahagia di dalam rumahtangga.
MW: Maaf, senang untuk diucap tapi sukar untuk dilupakan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Telur Mata Cili Padi Menyentap lauk ringkas sahaja tapi boleh membuatkan makan nasi bertambah tau! Ditambah pula sewaktu berbuka makan dengan nasi panas, fuhh memang sedap sampai menjilat jari.
Keenakan menu ini ditambah dengan proses penyediaan yang mudah kerja mak-mak jadi senang. Balik saja kerja letak beg dah boleh terus masuk dapur, asalkan air tangan mak-mak walau ringkas tapi berebut anak-anak makan.
Telur Mata Cili Padi Menyentap
Mari cuba memasak Telur Mata Cili Padi menggunakan resipi yang Mak Empal Masak Apa Hari Ini? kongsikan.
Bahan-Bahan :
5 biji telur
10 biji cili padi
5 biji cili merah
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Daun limau
1 biji tomato
Cara Memasak :
1.Telur digoreng terlebih dahulu.
Kisar kasar cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
Selepas cili garing masukkan serai yang telah diketuk bersama daun limau.
Biarkan sambal menjadi garing kemudian letakkan telur mata ke dalam kuali gaulkan. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
Hidangkan di atas pinggan bersama tomato yang telah dihiris. Sedia untuk dimaju buat keluarga tersayang.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.