Jangan Marah Anak Kuat Sentap, Tanpa Sedar 6 Ciri Ini Tanda Anda Yang Pilih Kasih

“Tak tahu sebab apa. Tapi aku memang sayang pada anak yang nombor dua. Lepas dia lahirlah rezeki aku makin murah hingga boleh hidup senang lenang macam sekarang.”

Itu ialah contoh bagaimana seorang ibu dan bapa telah tidak berlaku adil atau pilih kasih kepada anak-anaknya. Mereka punya empat cahaya mata tapi paling sayang pada anak kedua. Dia dimanja dan diberikan serba serbi yang diingini. Kalau salah, kena tegur saja tapi tak pernah dipukul.

Adik beradik lain sedar akan perihal itu. Bahkan anak bongsu pun tidak diberi keistimewaan seperti itu. Sedar tak sedar, anda rupanya telah terpilih kasih dengan anak sendiri. Mungkin anda pernah lakukan hal di bawah ini:

6 Tanda Pilih Kasih Tanpa Mak-mak Sedari

1.    Dia Anak Kebanggaan

Jika memiliki beberapa orang anak pasti ada salah seorang anak yang boleh dibanggakan. Mungkin anak itu lebih cantik, lebih pintar atau kelebihan yang lainnya.

2.    Anak Yang Jatuh Sakit

Seorang anak yang sakit biasanya akan lebih diberi perhatian oleh ibu bapa. Namun, jangan lupa untuk memberi perhatian pada anak-anak yang lain.

IKLAN

Dampingi mereka yang buat mereka faham akan masalah yang sedang dihadapi. Barulah mereka akan turut sama membantu menjaga saudara mereka yang sakit dengan rela hati.

3.    Ada Anak Terlebih Rajin

Anak yang rajin akan lebih meringankan beban ibu bapa. Apabila anak dapat membantu meringankan beban ibu bapa, pasti dia akan menjadi kesayangan ibu bapa.

Seharusnya ibu bapa tidak boleh berbuat demikian, kerana seharusnya anak yang tidak rajin itu harus dibimbing agar tidak malas.

4.    Bukan Anak Kandung

Ada kalanya anak yang dibela itu bukan anak sendiri. Justeru, apabila memiliki anak kandung, anak angkat mula dipinggirkan kasih sayang serta perhatian ditumpukan pada anak kandung.

5.    Bezakan Anak Melalui Usia

Faktor usia yang dimaksudkan ialah umur di antara anak-anak. Selakunya si adik akan dimanjakan berbanding si abang/kakak.  Biasanya abang/kakak dan adik ini akan saling menyayangi apabila keluarga dapat memberi kasih sayang secara  adil, tetapi apabila dengan kehadiran adik kecil, abang/kakak  menjadi kurang kasih sayang, maka akan itu akan menyebabkan rasa iri hati dan cemburu timbul.

6.    Anak Perempuan Lebih Istimewa

Kadangkala faktor jantina juga boleh menjadi punca pilih kasih. Ada ibu bapa yang lebih menyayangi anak perempuannya kerana menganggap bahawa anak perempuan harus dilindungi dan anak lelaki harus melindungi.

Jika ada 6 ciri di atas, mak-mak kena muhasabah diri. Kenalah banyak bersabar. Anak bermasalah adalah ujian daripada Allah SWT. Jangan pula menjadikan itu alasan untuk meminggirkan anak yang bermasalah. Sepatutnya ibu bapa perlu lebihkan perhatian pada anak itu.

Salah satu rahsia supaya anak-anak terus berbakti dan patuh kepada ibu bapanya adalah  apabila ibu bapa bersikap adil dan saksama terhadap mereka. Jadi, setiap ibu bapa perlu mencari ilmu keibubapaan. Ibu bapa perlu menjadi ibu bapa yang membantu setiap anaknya menjadi manusia yang baik.