Tidak dinafikan terdapat segelintir wanita segan apabila memiliki punggung atau pinggul yang besar kerana ia mampu menarik perhatian ramai.Namun sebenarnya, wanita yang memiliki punggung besar ini beruntung dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Menurut kajian, wanita yang memiliki punggung besar ini didapati lebih bijak dan sihat!

Dalam ilmu perubatan, memiliki punggung yang besar bukan saja salah satu aset kecantikan wanita malah mampu menghalang daripada menghidapi pelbagai penyakit kronik, selain memiliki kebijaksanaan.

Rangsang Pembentukan Hormon Leptin

Kajian sekumpulan pelajar dari Universiti Oxford, Amerika Syarikat, tahun lalu yang menganalisis data 16,000 wanita, mendapati mereka yang memiliki punggung besar rata-ratanya tidak hanya lebih pintar tetapi mempunyai ketahanan badan melawan pelbagai penyakit kronik.

Ketua Penyelidik Kajian, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos, berkata kajian mendapati lemak yang tersimpan di paha dan punggung melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti jantung dan diabetes.Mempunyai punggung besar akan merangsang pembentukan hormon leptin dalam badan wanita dan hormon bertanggungjawab untuk mengawal berat badan.

IKLAN

“Pada masa sama, hormon dinopectina bermanfaat menjadi ejen anti-radang, jantung dan anti-diabetes.

“Tisu adipose pula mampu memerangkap zarah lemak di punggung dan menghalang penyakit kardiovaskular.

“Ini kerana lemak pada bahagian itu menyimpan asid lemak bagi menjaga kestabilan tubuh,” katanya.

IKLAN
Kajian: Wanita Miliki Punggung Besar Didapati Lebih Bijak & Sihat!
Ketua Penyelidik Kajian, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos

Kelebihan Lemak Di Punggung

Dr Konstantinos berkata, lemak dalam tubuh mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang, namun lemak pada perut meningkatkan risiko penyakit, sebaliknya lemak di punggung beri kelebihan.

“Perlu diingat, lemak perut dan lemak badan dianggap tidak sihat dan boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

IKLAN

“Penemuan kajian ini menunjukkan wanita dengan postur tubuh lebih tinggi cenderung mempunyai kolesterol dan glukosa lebih rendah dan tahap lemak Omega 3 yang lebih tinggi bagi perkembangan otak,” katanya.

MW: Jadi buat para wanita, jangan malu jika memilki punggung yang besar, ada kelebihannya yang tersendiri mampu membuatkan diri lebih bijak dan sihat menurut kajian ini.

Sumber: Bharian, BBC News

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI