kening tebal

Siapa kata wanita yang memiliki kening tebal dan lebat itu tak cantik. Hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Beruntunglah wanita memiliki kening yang lebat secara semula jadi, tanpa perlu mencukurnya untuk merapikannya.

Ini kerana satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik Universiti Oakland di sini mendapati bahawa lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memiliki kening tebal dan lebat.

Lazimnya, wanita mencukur sebanyak mungkin bulu pada tubuh mereka. Namun, kajian berkenaan menyarankan mereka untuk tidak mencukur atau mencabut bulu kening.

IKLAN

Kajian Mendapati Lelaki Lebih Tertarik Pada Wanita Berkening Tebal & Lebat!

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Psychology itu meminta kira-kira 1,000 responden lelaki menilai sebilangan gambar wanita untuk memilih imej yang mempunyai daya tarikan.

IKLAN

Hasilnya, imej wanita berkening tebal menjadi pilihan berbanding dengan mereka yang mencabut bulu kening atau berkening nipis.

Ramai selebriti yang mengikuti trend kening tebal termasuk bintang filem Suicide Squad, Cara Delevingne dan aktres Lily Collins.Malah selebriti Malaysia yang ketara memiliki kening yang lebat dan tebal ialah Elfira Loy.

IKLAN

MW: Buat para wanita jangan ingat berkening tebal dan lebat itu tak cantik. Malah dalam agama Islam sendiri, mencukur kening serta mengubah kejadian wajah itu hukumnya HARAM dan berdosa.Kekalkan sahaja bentuk kening sedia ada semula jadi tanpa perlu mengubahnya.

Sumber: Kosmo & The Sun

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI