Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Tingkatkan Berat Badan Wanita! Pelbagai faktor boleh menjadi punca kepada peningkatan berat badan seperti corak pemakanan, gaya hidup, kadar metabolisma diri dan sebagainya.
Pencemaran Udara Tingkatkan Berat Badan Wanita
Namun siapa sangka satu kajian mendapati pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara boleh meningkatkan berat badan, khususnya dalam kalangan wanita berusia lewat 40-an dan 50-an, lapor akhbar New York Post semalam.
Menurut laman web EurekAlert, kajian tersebut melibatkan 1,654 wanita kulit putih, hitam, China dan Jepun dengan median usia 50 tahun.
Kajian terhadap mereka dilakukan selama lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2008.
IKLAN
“Wanita-wanita yang terdedah kepada kualiti udara buruk, khususnya kadar zarah halus lebih tinggi seperti nitrogen dioksida dan ozon, menyaksikan peningkatan dalam saiz badan mereka,” kata pengarang kajian, Xin Wang yang merupakan penyelidik bidang epidemiologi di Universiti Michigan.
Lemak Badan Lebih Tinggi
Menurut EurekAlert, pendedahan kepada pencemaran udara dikaitkan dengan lemak badan lebih tinggi dan jisim tanpa lemak yang lebih rendah dalam kalangan wanita pertengahan usia.
Tambah laman web tersebut, kajian itu menunjukkan lemak badan meningkat sebanyak 4.5 peratus atau kira-kira 1.17 kilogram dalam persekitaran udara tercemar. Dalam kajian itu, pasukan penyelidik mengukur tahap pencemaran udara di sekitar kediaman responden bagi mencari hubung kait antara dua entiti tersebut.
Bagaimanapun, senaman dan aktiviti fizikal bertindak sebagai penghalang kepada kesan buruk penemuan tersebut, kata EurekAlert.
IKLAN
Sementara itu, Xin Wang berkata, disebabkan kajian itu hanya memberi fokus kepada wanita pertengahan usia, hasil penemuan tidak boleh diguna pakai untuk wanita dan lelaki lebih muda atau lelaki tua.
Pantang Bersalin Ini Tip Dr Amalina. Selepas empat hari melahirkan anak sulung kelihatan Doktor Pakar Bedah, Dr Amalina Bakri sudah keluar bersiar-siar bersama suami dan anak.
Ramai netizen yang melahirkan rasa bimbang, namun Dr Amalina tampil berkongsi penjagaan dirinya selepas bersalin.
Pantang Bersalin Ini Tip Dr Amalina
Malah menerusi perkongsiannya di Instagram, Dr Amalina menjelaskan dia mengamalkan penjagaan selepas bersalin yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman sebagai seorang doktor.
Tip yang dikongsinya ini, ternyata memberi manfaat kepada ramai wanita di luar sana. Ikuti tip mudah Dr Amalina.
“𝐏𝐨𝐬𝐭𝐩𝐚𝐫𝐭𝐮𝐦 𝐜𝐚𝐫𝐞
“Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yg saya amalkan. Saya akan berkongsi amalan saya sendiri yg berdasarkan kajian saintifik yg disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor.
1.Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula & minyak. Makan secara bersederhana utk mengekalkan berat yg ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan.
2.Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis e.g air boba, milo.
3.Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yg lebih berat drp bayi anda selama 6 minggu.
4.Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (utk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut.
Anda digalakkan utk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat byk rehat. (Baca link di IG story ttg senaman). Pakai compression TED stockings utk elak blood clots.
5.Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat utk breastfeeding). Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu utk elak constipation.
6.Buat kegel exercise utk menguatkan otot pelvis.
7.Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
8.Jaga kesihatan mental, jangan stress & enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan drp suami & keluarga.
Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat.
Tengah musim durian kan sekarang ini. Macam-macam variasi durian ada. Bagi penggemar durian, anda perlu tahu akan hal ini sebelum makan durian.
Menurut Saintis Prinsipal, Dr Suri Roowi 9 poin penting yang anda perlu hadamkan tentang durian sebelum menikmatinya. Tentunya saranan yang dikongsikan ini akan membantu anda, bukan saja menikmati durian dengan enak, malah menjaga kesihatan tubuh dengan baik.
Kerana, durian ini orang tua-tua kata ‘tajam’. Sebagaimana penjelasan yang diterangkan Dr Suri, dalam durian itu sendiri ada bahan yang boleh membantu anda yang mengalami masalah susah tidur.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Makan Durian?
a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
b. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.
c. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi – 151
d. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital)
f. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya
Elak Ambil Durian Bersama Paracetamol
g. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan
h. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.
i. Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut.
Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, memakan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.
Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul.
Mingguan Wanita :Memang sedap buah durian ini, sekali rasa boleh jadi nak lagi dan lagi. Eloklah ambil pesanan Dr Suri Roowi ini agar dapat berkadaran dalam menikmati durian.
Sumber/Foto : Dr Suri Roowi / Tom Fisk via Pexels
Ph.D KMN
Principal Scientist
Rujukan; a. Methods Find Exp Clin Pharmacol 2008, 30(10): 739 b. Tocmo, R. et al. doi: 10.3389/fnut.2015.00001 c. Michael J. Brown. Durio – A Bibliographic Review d. Roowi, S. (2017). Petua dan Penawar (Siri 5). Utusan Malaysia. 19 Jan 2017. e. Buku Ubat Dari Dapur
Ramai suka kopi kan? Jangan pula tak mengaku. Sebab ramai suka kopi juga lah yang membuatkan kopi dari Korea yang dikenali sebagai kopi dalgona menjadi viral. Namun begitu, apakah kebaikan kopi kepada kesihatan kita?
Pegawai Sains (Pemakanan), Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Siti Norsafiah Mohd Yusoff menjelaskan secara semulajadinya biji kopi ada kebaikannya.
“Apa sahaja makanan semulajadi ada kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri kalau diambil dalam kuantiti yang sederhana.
“Kalau bercerita pasal kopi ini, ia sudah menjadi satu trend. Bukan sahaja di peringkat dunia, malah di Malaysia juga sudah tumbuh banyak kafe berkaitan dengan kopi.
“Kopi yang dikomersialkan di pasaran terdapat dua jenis, iaitu Arabica dan Robusta. Jenis Arabica lebih banyak mengandungi kafein.
“Dalam biji kopi itu sendiri sebenarnya yang memberi khasiatnya adalah kandungan kafein dan antioksidannya. Antioksidan itu kerana ia mengandungi komponen aktif semulajadi bahan kimia yang bertindak sebagai polifenol yang berfungsi untuk memperbaiki sel-sel badan kita.
Siti Norsafiah Mohd Yusoff, Pegawai Sains (Pemakanan), Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia,
“Bercerita pasal kafein pula, ada kebaikan dan keburukannya. Dari segi kebaikannya, sebenarnya di serata dunia, banyak kajian yang membuktikan memang menunjukkan positif terhadap kesihatan sekiranya diambil dalam kuantiti sederhana jika kopi itu diambil begitu sahaja tanpa gula dan creamer.
“Memang terbukti secara saintifik ia dapat membantu dalam prestasi mental dan fizikal termasuklah untuk menghilangkan rasa mengantuk, supaya lebih peka, dan lebih fokus.
“Ada juga yang mengambil kopi untuk lebih bertenaga kerana kafein dalam kopi bertindak sebagai stimulant atau perangsang. Ia merangsang sistem saraf pusat kita.”
Ketagih Kopi? Berapa Banyak Boleh Diambil?
Jelas Siti Norsafiah, merujuk kepada saranan USFDA, tahap selamat untuk mengambil kafein adalah sebanyak 400 mg sehari. Ia bersamaan dengan 3 hingga 4 cawan.
“Tetapi itu semua bergantung pada jenis-jenis kopi juga. Ada jenis kopi yang mengandungi banyak kafein dan ada jenis kopi mengandungi kurang kafein. Tahap selamat adalah 3 hingga 4 cawan sehari.
“Namun bagi wanita, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wanita tidak boleh minum kopi melebihi 300 mg sehari. Ia bersamaan tidak lebih dari 2 hingga 3 cawan sehari.
“Ini adalah kerana wanita lebih mudah mendapat anemia. Apabila wanita mengambil kafein, ia akan menganggu penyerapan zat besi dalam darah kita. Zat besi ini sangat berfungsi dalam darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.
“Apabila berlaku pengambilan kafein, ia akan menganggu penyerapan zat besi ini dan menganggu pengangkutan oksigen. Keadaan inilah yang menyebabkan wanita mudah letih dan lesu.”
Pengambilan Secara Sederhana
Pengambilan kopi juga perlu secara sederhana buat wanita kerana jika diambil secara berlebihan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan kerapuhan tulang.
“Kafein berlebihan akan menyebabkan banyak kalsium banyak keluar daripada badan. Apabila kalsium tidak diserap oleh tubuh ia akan menyebabkan osteoporosis.”
Menurut WHO, wanita hamil bukan tidak boleh minum kopi tetapi mereka tidak boleh minum melebihi 200 mg sehari.
“Tetapi semuanya bergantung pada toleransi dan sensitivity. Mungkin dia tidak boleh dan dapatkan nasihat daripada doktor yang mengatakan dia tidak boleh ambil, lebih baik jangan ambil.
Walaupun ada guidelines yang mengatakan kopi ini selamat untuk diambil dalam jumlah yang tertentu, individu itu perlu tahu dan kenal pasti apa tindakbalas badan terhadap pengambilan kopi itu.”
Kafein Overdose?
Tidak dapat dinafikan kopi merupakan salah satu minuman paling popular di dunia. Ada yang mengambil kopi kerana kandungan kafein di dalamnya mampu memberi tenaga tatkala diperlukan. Tetapi kalau diambil terlalu banyak, adakah si peminumnya boleh overdose ?
Siti Norsafiah menjelaskan seseorang peminum kopi itu secara logiknya akan overdose kafein jika ia sudah sampai ke tahap yang berlebihan.
Minum Kopi Sakit Kepala?
Jelas Siti Norsafiah, apabila seseorang itu minum kopi, ia memberi tindakbalas yang berbeza pada tubuh.
“Ia bergantung kepada toleransi dan sensitivity individu terhadap reaksi terhadap kafein itu. Ada orang ok dan ada orang tidak ok. Kita kena kenalpasti apa reaksi kita terhadap kafein sebelum mengambilnya.
“Selain itu ia juga bergantung pada jenis kopi yang diambil dan juga tahap metabolisme badan seseorang itu.
“Saya hendak sarankan. Sekiranya hendak minum kopi, ada waktu-waktu tertentu jika mahu mendapatkan kebaikannya.
‘Kalau boleh jangan ambil pada waktu hidangan utama. Hidangan utama itu bermakna sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Ini disebabkan kafein tadi boleh menganggu penyerapan nutrien tertentu dalam badan kita.
Waktu Sesuai Minum Kopi
Jelasnya lagi, ada waktu-waktu yang sesuai untuk minum kopi.
“Sebenarnya waktu yang disarankan adalah dari pukul 9.00 hingga 11.00 pagi. Waktu petang pula dari pukul 2.00 hingga ke 5.00 petang kerana itu adalah waktu bukan kita mengambil hidangan utama.
“Dikatakan juga kalau mengambil kopi pada waktu pagi selepas bangun tidur, ia sebenarnya tidak sesuai kerana menurut fakta saintifiknya apabila kita bangun pagi kita memang ada hormon kortisol yang fungsinya lebih kurang seperti kafein yang memberi alert (sedar) dan peka.
“Jadi waktu pagi kita memang sudah ada rasa ‘wake up’ itu. Jadi rugilah sebab kita sudah ada hormon cortisol dalam badan dan kita minum kopi waktu itu juga, fungsinya kurang.
“Jadi kita ambil kopi waktu hormon cortisol menurun iaitu dalam pukul 9.00 hingga 11.00 pagi.”
Kopi Untuk Kuruskan Badan?
Jelas Siti Norsafiah lagi, biji kopi yang asal ada kandungan antioksidan yang dikenali sebagai asid klorogenik.
“Menurut kajian asid klorogenik mampu membantu menghalang penyerapan lemak dan meningkatkan metabolisme.
“Sebab itu jugalah kalau kita lihat dalam slimming product atau weight loss product memang banyak add benda ini. Tetapi sejauhmana jumlah yang digunakan kita tidak tahu.
“Tetapi jika kita mahu mendapatkan khasiat yang sebenarnya perlulah mengambil kopi semulajadi, bukan produk yang telah ditambah gula, creamer, herba-herba dan bahan kimia lain. Jadi kita perlu membaca label yang terdapat pada produk tersebutterlebih dahulu sebelum mengambilnya.”
Siti Norsafiah adalah tetamu jemputan di dalam program Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pada hari Khamis 24 Mac 2020 dari pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD. Dahlia Shazwan adalah hos jemputan pada hari tersebut.
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...