Sejak semalam #Justice4BabySyifaa menjadi perhatian ramai. Ia susulan perkongsian luahan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati bapa kepada bayi berusia 15 bulan yang dilaporkan maut di pusat asuhan baru-baru ini, terhadap siasatan pihak berkuasa.
Polis Nafi Dakwaan Siasatan Tidak Telus
Namun dalam kenyataan hari ini, pihak polis menyangkal dakwaan tidak menjalankan siasatan secara telus berhubung kes seorang bayi berusia 15 bulan yang meninggal dunia ketika berada di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan di sini bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan telah dilakukan secara menyeluruh termasuk menggunakan bantuan Jabatan Forensik.
“Polis jalankan siasatan bukan sahaja secara individu tetapi juga menggunakan bantuan forensik yang siasatannya lebih tepat.
“Siasatan kes itu sudah lengkap dan telah pun dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Apa arahan seterusnya saya tak dapat komen, kita tunggu saja,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Polis Ke-215 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof Kredit Foto: Bernama
Dakwa Bayi Dijerut Bukan Terjerut
Beliau berkata demikian mengulas ketidakpuasan hati ibu bapa bayi terbabit yang diluahkan di media sosial Facebook sehingga menjadi tular sejak malam Khamis.
Menerusi hantaran di Facebook, bayi berkenaan didakwa dijerut bukannya terjerut.
Mengulas berkenaan dakwaan bapa bayi terbabit, Nanda berkata, sehingga kini polis tidak menerima aduan rasmi daripadanya melainkan membacanya di media sosial.
“Itu cuma anggapan bapa mangsa saja, kita tak boleh kata apa. Dari sudut polis, kita telah pun melakukan siasatan secara terperinci dengan merakam percakapan semua pihak berkaitan.
“Saya harap keluarga bertenang dan jangan keluar kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham mana-mana pihak.
“Begitu juga dengan netizen jangan memberi komen yang mengikut hati dan perasaan di media sosial kerana polis telah melakukan tugas yang terbaik,” katanya.
Terdahulu dilaporkan, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri jam 3 petang di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari lalu.
Nanda berkata, berdasarkan siasatan awal, sebelum itu mangsa telah diberi susu oleh pengasuh dan dimasukkan ke dalam bilik tidur bersama dua kanak-kanak lain pada jam 12.30 tengah hari.
“Mangsa ditidurkan dalam buaian kain dan dua kanak-kanak lain ditidurkan dalam buaian jenis ‘rocker’.
“Selepas itu pengasuh keluar dari bilik pada jam 2 petang untuk melakukan tugas-tugas lain, katanya.
Menurutnya, pada jam 3 petang, pengasuh masuk semula ke dalam bilik dan mendapati mangsa dengan keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.
Ads
Jelasnya, pengasuh kemudian telah melakukan bantuan kecemasan kepada bayi terbabit namun mangsa didapati tidak bernafas.
“Dia kemudian telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk pemeriksaan lanjut namun doktor yang merawat mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia pada jam 4.30 petang,” katanya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
“Maaf saya mungkin tak sempurna di mata tapi saya pernah ada di saat awak memerlukan”-Shuhada. Pasti ramai yang tengah mengikuti kisah rumahtangga pelakon Hafidz Roshdi.
Luahan hati isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai kecurangan suami yang bermesej sayang dengan wanita lain pasti mengingatkan kita kepada kisah beberapa selebriti yang turut melalui hal yang sama. Nama Shamsul Yusof, Shuk dan lain lagi antara yang saling disebut berikutam kecurangan mereka terbongkar di media sosial.
Selepas mendedahkan wanita yang mengganggu rumahtangga mereka dan mesej-mesej yang cukup jelas, terkini di akaun Tik Toknya, Nurul Shuhada memuat naik luahan hatinya serta gambar kenangan bersama suami dengan cukup menyentuh jiwa.
Tulisnya, “Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan,” tulisnya. Menambah sebak, dirinya menggunakan lagu latar Cinta Terakhir.
Pasangan ini berkenalan ketika sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) selama tiga tahun sebelum mengikat tali pertunangan dan seterusnya perkahwinan pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahayamata.
Tapi Saya Pernah Ada Di Saat Awak Memerlukan- Nurul Shuhada
Tidak lama selepas memuat naik video kenangan itu, beberapa jam selepas itu, Shuhada sekali lagi memuat naik satu lagi hantaran berupa video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan keterangan berbentuk doa.
“Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin,” tulisnya.
Hari ini di instargamnya, Hafidz memuat naik satu gambar dengan keterangan
“Setiap dari kita manusia melakukan kesalahan ,
Tapi ingat Allah maha pengampun ,
Jahat macam mana pun kita , Jangan kita tinggal solat
Hantaran itu disertakan dengan tanda pagar #selfreminder dan #peringatandirisendiri.
Semalam tular berita tentang kisah seorang wanita dalam pantang diceraikan disebabkan buku temujanji klinik koyak. Rupanya bukan perkara itu yang menjadi punca menjadi penceraian apabila bekas suaminya tampil membuat penjelasan.
Sebenarnya pasangan ini bercerai bukan sebab buku klinik koyak, ini yang bekas suami ini hadap selama berkongsi hidup bersama.
“Bercerai Bukan Sebab Buku Klinik Koyak.”
Seorang lelaki menafikan yang dia menceraikan isteri yang masih dalam pantang hanya kerana tidak berpuas hati buku klinik koyak.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini diceraikan suami ketika masih dalam pantang.
Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya yang berumur empat, dua tahun dan bayi berusia 17 hari.
Ini Yang Bekas Suami Hadap
Bekas suaminya, yang berusia 30-an itu berkata, tindakannya menceraikan isteri kerana tidak tahan dengan sikap bekas isteri yang mudah naik tangan setiap kali mereka berselisih faham.
Menurut beliau, masyarakat hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja dan ia seolah-olah memberi gambaran yang dirinya suami tidak bertanggungjawab.
“Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak. Tapi waktu itu dia mengugut mahu mencederakan saya.
“Bagi saya itu agak melampau. Selama ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukul dan mencederakan saya apabila kami bergaduh. Kali ini, saya tak tahan lagi, sebab itulah saya buat keputusan ceraikan dia,” katanya.
Ujarnya, dia terkesan apabila video berkenaan tindakan bekas isterinya yang mahu membunuh diri tular di media sosial, sehubungan itu dia memberi kenyataan kepada media kerana mahu membersihkan namanya.
Katanya, hanya dia dan bekas isteri sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Awal perkahwinan kami bahagia. Tapi semuanya sementara apabila lama-kelamaan kami sering bergaduh.
“Kami pernah bercerai pada tahun 2019 tapi rujuk semula atas permintaan isteri. Sepanjang menjadi suaminya, saya tak pernah abaikan tanggungjawab,” katanya yang turut membuat laporan polis.
Tetap Sayangkan Anak
Bagaimanapun dia tetap sayangkan anak-anaknya dan berharap masyarakat berhenti daripada terus menghukumnya.
Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok berkenaan seorang wanita yang cuba membunuh diri selepas diceraikan suami ketika masih dalam pantang.
Mingguan Wanita : Sesungguhnya apa yang berlaku harusnya menjadi pengajaran buat kita semua. Kadang-kadang tidak semestinya apa yang isteri lakukan betul, bertolak-ansur dan berubahlah demi suami dan keluarga.
Selalu mak yang sebak dan tak dapat menahan air mata tapi lain pula kisahnya dengan keluarga Kilafairy. Artis popular ini membuat kejutan kepada ayahnya, Jahangir Khan. Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa merakam momen indah ini agar menjadi kenangan abadi buatnya sekeluarga.
Dalam video tersebut, ayah Kilafairy begitu sebak bercampur gembira apabila mengetahui anaknya tekad berhijab. Video ini turut mengundang sebak netizen, mereka begitu gembira dengan penampilan terbaru Kilafairy dan mendoakan artis ini bahagia bersama keluarga. Sehingga artikel ini ditulis, video ini mencatat 328 ribu view di Youtube.
“Family Kila ni jenis yang susah nak nangis depan each other. We don’t show emotion sangat. But my dad paling sensitif. Me and my dad, kitaorang macam Hindustan sikitlah. I’m glad sempat tengok my dad happy, my family happy,”ujar Kila yang kelihatan begitu manis dan sopan.
Netizen Sebak Neelofa Doakan Kilafairy Kekal Istiqomah
Penampilan terbaru Kilafairy turut mencuri perhatian rakan artis, Neelofa. Dalam akaun Instagram ladylofaa, Neelofa mendoakan Kilafairy menjadi wanita solehah yang dicontohi
“Aku doakan semoga kau istiqomah, semoga Allah tak bolak balikkan hati kau. Kuatkan iman. Semoga kau dapat menjadi manfaat dan menjadi wanita solehah yang dicontohi. Semoga bahagia, tenang dan disayangi ramai,”ujar Neelofa.
Kilafairy turut memanjat kesyukuran pada Allah apabila dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan antara satu sama lain. Artis ini berkongsi post dan gambar bersama kawan-kawan baiknya di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, lucky me. Rupanya nama group WhatsApp yang kita saja letak Road To Jannah tu ada hikmahnya. Bertahun juga kita guna nama group ni until today. Love you my Jannah girls,”ungkap Kilafairy penuh makna.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...