Juruterbang penuhi impian ibu ke Makkah, nota digantung di dada ketika kecil jadi inspirasi. Setiap kata-kata seorang ibu adalah doa buat anak-anaknya.
Ia terus tembus ke langit. Sebab itulah ibu-ibu disaran berkata yang baik-baik kepada anak-anak kerana kebaikan menjadi doa, keburukan juga menjadi doa.
Pasti seorang ibu ingin melihat anak-anak tumbuh menjadi seorang yang sangat berguna kepada agama dan keluarganya. Dan ternyata impian seorang ibu yang mahu melihat anaknya menjadi seorang juruterbang dan membawanya terbang ke Makkah benar-benar menjadi kenyataan.
Dikongsi dari twitter @amirrashidwani dipaparkan seorang juruterbang menulis, ketika kecil ibu telah menggantung satu nota di dadaku.
Tulis ibunya, “ketika kamu menjadi pilot, bawa aku ke Makkah dengan pesawat diterbangkan olehmu.
Tulis pilot ini, “hari ini ibuku menjadi salah seorang musafir ke Tanah Suci Makkah dan saya adalah pilot penerbangan itu,” yang mana tweetnya menerima lebih 20,000 tanda suka.
Ads
Kata mereka, betapa doa seorang itu makbul di mana impian untuk melihat anak menjadi juruterbang dan terbang menuju ke Makkah al Mukaramah benar-benar menjadi impian.
Ya, pasti sang ibu benar-benar bangga kerana impian melihat anaknya mencapai impian membawanya ke Makkah terlaksana. Dan sebagai anak, kita pasti membuat sesuatu agar impian dan doa mak ayah berjaya dicapai.
Memang bukan mudah untuk menjaga orang tua yang sakit, apatah lagi mempunyai Alzheimer dan dimentia. Lebih dikesalkan apabila, adik beradik memberi pelbagai alasan untuk menjaga mak ayah dalam keadaan sebegini.
Berkongsi luahan perkembangan terkini mengenai keadaan ibunya yang mengalami Alzheimer, Chef selebriti Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail,64 atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berasa sedih memaklumkan keadaan terkini Cik Ani kini bertambah teruk.
Ibunya kini tidak tahu menyuap makanan sendiri, segala ‘urusan’ di tandas juga perlu diuruskan oleh Chef Wan dan pembantu mereka. Secara perlahan-lahan, selepas ini Cik Ani mungkin akan mula lupa ingatan kepada orang sekeliling.
Ibunya Noraini Abdullah atau lebih Cik Ani mencecah usia 91 tahun, mengalami Dimentia serta disahkan menghidap kanser payudara.
“Menjaga orang tua berusia 90 tahun dan mengalami dimentia sangatlah tidak mudah, selain keadaaan dimentia yang semakin merosot malah menghidap kanser pula,”
“Otak tidak dapat berfungsi secara normal.Walaupun untuk perkara mudah seperti ambil sudu untuk menyuap makanan.Itulah yang dialami oleh ibu saya sekarang,”
“Mak kini tak tahu untuk buat apa-apa. Walaupun nak ikat kain sendiri pun dia tak tau,” ujar Chef Wan.
Menurut Chef Wan lagi, ibunya kini memasuki fasa terkini ‘dimentia dan Alzheimer’ yang membuatkannya terpaksa bergantung kepada pembantu. Namun yang cukup dikesalkan oleh pemilik restoran De.Wan 1958 by Chef Wan ini, adik beradiknya memberi pelbagai alasan untuk menjaga ibu mereka dalam keadaan begini. Malah menurut chef wan, keadaan begini banyak berlaku pada keluarga yang lain juga.
“Saya ada memberitahu kakak dan abang mengenai perkembangan mak, supaya mereka boleh meluangkan masa berkualiti bersamanya. Namun macam-macam alasan diberikan,”
“Bila time emak punya birthday party berduyun duyun yang sampai. Bila time macam ini baik emak bapak atau anak-anak mereka tak kan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata,” ujar Chef Wan lagi.
Ramai yang tumpang simpati dan bersetuju dengan situasi yang dikongsikan oleh Chef Wan ini.
Mingguan Wanita: Selalunya bergitulah, sewaktu mak ayah masih sihat berebut nak menjaga, namun bila dah mula sakit macam-macam alasan diberikan. Apa pun semoga Chef Wan bertambah murah rezeki dan diberi kesabaran yang tinggi dalam menjaga mak tersayang.
Gigi masih dipenuhi darah, buaya besar baham kanak-kanak di Lahad Datu ditangkap. Insiden seorang kanak-kanak yang dibaham buaya di perairan Lahat Datu semalam dikhabarkan sudah ditangkap.
Dari post di fb Borneon Mania, buaya yang membaham kanak kanak Bajau Laut itu dan mencederakan ayahnya masih kelihatan darah melekat di giginya. Ini kerana dari video yang tular di rakam menyaksikan buaya ini mengigit badan kanak-kanak tersebut beberapa kali. Jelas kelihatan badannya sangat besar dan panjangnya melebihi kenderaan pacuan 4×4.
Selepas gambar buaya besar ini dipaparkan, dari satu video Tik Tok dikongsi oleh @umminaiim memaklumkan buaya besar ini sebenarnya sudah ada di perairan marin Lahad Datu sejak 2013 lagi dan dahulu badannya hanya sebesar batang pinang sahaja.
Tetapi tanpa disangka dengan badan yang besar, semalam buaya ini membaham kanak-kanak yang dipercayai terjun ke laut bersama bapa selepas terserempak dengan pihak berkuasa tempatan kerana didakwa memasuki kawasan berkenaan tanpa kebenaran. Biar apa pun kesalahan mereka tapi hal ini lebih kepada soal kemanusiaan.
Selepas menyaksikan buaya besar ini, rata-rata komen netizen mahu buaya-buaya yang banyak di perairan Sabah diburu dan ditangkap serta dibunuh. Ini kerana populasi buaya di negeri ini agak banyak.
Seekor buaya betina mampu bertelur 100 biji dalam masa 8 bulan dan jumlahnya pasti banyak pada masa akan datang. Tambahan pula kebanyakan rakyat mencari hasil di laut dan ini pastinya membahayakan nyawa mereka yang mencari rezeki di lautan.
Dalam pada itu, cubaa bapa ini yang cuba melawan dalam usaha menyelamatkan anaknya sudah dihantar ke hospital dan mendapatkan rawatan. Tangisanna sudah cukup membuatkan ramai berasa sedih.
Dalam pada itu, dimaklumkan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah yang menerima panggilan kecemasan mangsa dibaham buaya di alamat Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin,Lahad Datu masih menjalankan bantuan mencari kanak-kanak tersebut.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu sedang menjalankan operasi Search And Rescue (Surface) bersama agensi bantuan Polis Marin menggunakan bot di kawasan mangsa dilaporkan dibaham buaya.
Dijangka hanya ada 14 bulan untuk hidup. Kisah cukup menyedihkan buat ibu kepada dua orang anak perempuan apabila dia menghidapi kanser buat kali ketiga.
Berbaki 14 bulan untuk hidup, dia mahu habiskan hari-hari indah bersama suami dan anak-anaknya. Bukan itu saja, dia menulis jurnal @ diari, kelak bila anak perempuannya sudah dewasa akan membaca dan mengingati hari-hari indah ini.
Dikhabarkan, kanser Alex Jamieson telah datang kembali pada tahun lalu. Jadi, dia dan suami berazam untuk melakukan sesuatu yang termampu untuk mereka habiskan masa bersama anak perempuannya.
Doktor menjangkakan Alex Jamieson mempunya 14 bulan untuk hidup kerana menghidap kanser usus. Dia dan suaminya, Paul, 41 tahun bertekad untuk melakukan sesuatu usaha agar Alex dapat melihat anak perempuan mereka, Annabel, 7 tahun dan Imogen, 5 tahun, membesar.
Alex berjanji untuk menulis satu jurnal tentang kisah kelahiran anak perempuan mereka serta hari-hari penting seperti hari perkahwinan supaya mereka dapat membayangkan dan mengingatkan tentang ibu mereka.
“Saya mahu meluangkan masa sebanyak yang saya boleh bersama Paul agar suatu hari nanti, anak perempuan akan mengingati saya,” kata Alex.
Hidap Kanser Tahun 2018
Segalanya bermula pada tahun 2018 apabila Alex mengalami kesakitan di bahagian perutnya. Dia mengalami keletihan melampau dan kerap berlaku pendarahan.
Sebelum ini dia tidak mengambil endah tentang masalah dihadapi kerana sibuk dengan kerjayanya dan tugas sebagai ibu. Doktor hanya mengandaikan dia mengalami penyakit Crohn memandangkan keluarganya tiada sejarah kanser.
Pada tahun 2021, penyakitnya memuncak dan dia terpaksa dikejarkan ke ICU. Daripada rawatan yang diterima menunjukkan dia mengalami halangan di usus dan memerlukan pembedahan segera untuk membuang sebahagian daripada ususnya
Dua minggu kemudian, dia menerima berita buruk bahawa doktor telah menemui kanser kolorektal semasa pembedahan.
Walaupun diagnosisnya, Alex cukup yakin. Pembedahan berjaya dan dia perli
menjalani kemoterapi untuk enam bulan berikutnya akan memastikan tiada kesan yang tertinggal.
Bagaimanapun, lima bulan menjalani kemoterapi, imbasan menunjukkan bahawa kanser telah kembali dan merebak ke organ dan tisu berdekatan, dan telah dipersetujui bahawa pembedahan lanjutan adalah jalan dan pilihan terbaik.
Dia kembali ke hospital pada Mac 2022 untuk pembedahan cytoreductive dan menjalani histerektomi dan lapan minggu kemudian, dia telah sembuh sepenuhnya.
Malah, dia perlu mendapatkan rawatan lanjut setiap enam bulan.
Suaminya, Paul mengalami masalah pekak dan hanya memahami melalui pergerakan bibir bila bercakap.
Lalui Hari Indah
Sebelum mengetahui bahawa kanser itu telah hilang, mereka sekeluarga melawat bandar pantai Lytham St Annes, Lancashire pada bulan April, walaupun Alex hanya mampu berkerusi roda.
Mereka turut lalui percutian dua minggu ke Mexico pada bulan Ogos untuk mengabadikan hari indah, makan malam romantis berempat di pantai dan Paul menghadiahkan Alex sebentuk cincin.
Tamparan terhebat apabila Alex menjalani imbasan Ct Scan pada September lalu.
Keputusan menunjukkan bahawa kanser telah kembali dan kali ini ia tidak dapat diubati.
Dia diberitahu mempunyai 14-16 bulan untuk hidup – yang dianggarkan sejak kanser itu kembali pada Februari sebelum pembedahan.
Mereka tidakmemberitahu anak perempuan.
“Menjadi ibu pada dua anak perempuan adalah masa paling menggembirakan dalam hidup saya, ia adalah perkara yang paling ajaib dan kami cuba mengekalkan kehidupan seperti biasa yang mungkin,” katanya.
“Saya tidak bersedia untuk menerima bahawa ia adalah 14 bulan. Saya berazam mahu jalani kehidupan lebih lama daripada itu,” katanya.
Mereka mahu mengekalkan keadaan seperti biasa dan menghargai keseronokan sederhana seperti pergi ke taman bersama-sama.
Pada masa yang sama, mereka terus mencipta kenangan abadi apabila Alex berehat dari kemoterapi.
“Saya cuba menghargai segala-galanya, menikmati kehidupan sebanyak yang kami boleh,” katanya.