Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan dalam masa yang sama bagi menjana kembali ekonomi negara yang agak terjejas, kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berita baik buat mak,ayah yang terkandas di kampung, mereka dapat pulang kembali bekerja di bandar. Namun sebelum bergerak pulang merentas sempadan negeri, sebaiknya ikuti pesanan PDRM ini sebaiknya agar mak,ayah tidak diminta untuk berpatah balik.

Muat Turun Aplikasi Terkini Gerak Malaysia

Orang ramai dinasihatkan agar memuat turun aplikasi terkini Gerak Malaysia versi 2.0 yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di telefon pintar menerusi Play Store dan App Store bagi pergerakan rentas sempadan negeri.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan bagaimanapun menegaskan, pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan aplikasi mudah alih itu hanya dibenarkan kepada dua kategori individu sahaja.

Baca ini:

Ketetapan 4 Hari Jadual Pergerakan Rentas Negeri Balik Rumah Sendiri

PKP Fasa Keempat Dilaksanakan, Mungkin Tak Dapat Balik Beraya Di Kampung

Kedua-dua kategori berkenaan ialah:

1. Individu yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing

2. Individu yang kembali ke tempat kerja sahaja.

Jika tiada kemudahan telefon pintar, ini anda perlu lakukan jika ingin pergerakan rentas sempadan negeri:

1. Muat turun Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laman media sosial rasmi PDRM.
Pautan FB: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan.

Bagi yang tiada kemudahan telefon pintar dan rangkaian internet, ini anda perlu lakukan jika ingin pergerakan rentas sempadan negeri

1. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang.

2. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Orang ramai yang telah mendapat kelulusan boleh membuat pergerakan masing-masing seperti ketetapan berikut:

a. Pergerakan untuk pulang dari Kuala Lumpur adalah pada 7 Mei 2020 (Khamis),

b. Pergerakan untuk pulang dari Perak, Johor dan Kelantan adalah pada 8 Mei 2020 (Jumaat),

c. Pergerakan untuk pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang adalah pada 9 Mei 2020 (Sabtu), dan

d. Pergerakan untuk pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah pada 10 Mei 2020 (Ahad).

Perlu diingatkan bahawa pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing ini dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sahaja.
Sumber: Astro Awani
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang pergerakan merentas sempadan. Paling penting jaga keselamatan dan kesihatan walau di mana berada. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI