Jika Ada Masalah Sinus, Perlukah Pembedahan Dilakukan? Ini Penjelasan Doktor ENT
Gambar sekadar hiasan

Jika seseorang itu mengalami masalah sinus, adakah mereka perlu melakukan pembedahan? Itu pastinya persoalan yang menjadi tanda-tanya di fikiran penghidap masalah sinus.

Masalah Sinus

Sinusitis ataupun keradangan sinus adalah penyakit yang melibatkan keradangan pada lapisan yang menyelaputi rongga sinus. Sinus pula adalah rongga yang terletak pada tengkorak bahagian muka.

Biasanya sinusitis selalu dipanggil sebagai penyakit sinus oleh masyarakat kita. Ia selalu dikaitkan dengan penyakit resdung walaupun majoritinya tiada kaitan dengan resdung (allergic rhinitis).

Di dalam masalah ini, ia melibatkan keradangan lapisan yang menyelaputi ruang sinus dalam tengkorak manusia.

Disebabkan keradangan pada bahagian tersebut, selalunya pesakit akan mengadu sakit dibahagian muka bergantung kepada lokasi sinus yang terlibat.

Perlukah Masalah Sinus Ini Dibedah?

Menurut perkongsian artikel Perlukah Masalah Sinus Saya Ini Dibedah yang ditulis menerusi laman Facebook, Doktor Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M.Sallih, masalah pada rongga sinus atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai sinusitis perlu melalui beberapa fasa rawatan.

Ini bermakna, tidak semua kes memerlukan pembedahan.

Selepas melakukan pemeriksaan bersama doktor, doktor akan mulakan rawatan dengan kaedah yang paling sesuai untuk pesakit. Setiap pesakit tidak sama. Tak semua pesakit juga akan terus dibedah.

IKLAN

Ubat-ubatan adalah antara rawatan awal yang diberi kepada pesakit.

Jika Ada Masalah Sinus, Perlukah Pembedahan Dilakukan? Ini Penjelasan Doktor ENT
Doktor Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M.Sallih,

Artikel berkaitan:
Pesakit Dengan Keadaan Paru-Paru Kronik Perlu Elak Covid-19, Amal Langkah Pencegahan!

Bila Pembedahan Perlu Dilakukan?

Hanya ada beberapa tanda dan keadaan sahaja di mana pembedahan perlu dilakukan kepada pesakit yang mengalami masalah sinusitis:

1-Berlaku komplikasi akibat masalah sinusitis kepada pesakit. Ini termasuk jangkitan kawasan sekitar, mucocele dan sebagainya.

IKLAN

2-Komplikasi di bahagian otak. Anda perlu sedar bahawa jangkitan rongga sinus boleh juga merebak ke bahagian otak. Ini perlu kepada rawatan segera. Perhatikan jika ahli keluarga anda ada mengalami pening teramat samgat, gangguan penglihatan bersama gejala resdung.

3-Fungal sinusitis. Jangkitan sinus juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat atau fungus. ‘Fungal ball infection’ yang berlaku biasanya memerlukan rawatan pembedahan.

4-‘Suspected malignancy’. Ada kalanya doktor yang memeriksa mendapati struktur polyp atau masalah yang dialami pesakit perlu kepada pembedahan. Semasa pembedahan, sampel biopsi juga akan dihantar ke makmal untuk mengesahkan penyakit yang dialami.

IKLAN

5-Apabila ‘nasal polyp’ terlalu besar sehingga menutupi hampir keseluruhan rongga sinus dan juga hidung, tidak menunjukkan tanda-tanda positif walaupun sudah diberi ubat, pesakit mungkin perlu juga kepada pembedahan.

Kesimpulannya, tuan-tuan dan puan-puan,

Sekiranya ada antara ahli keluarga anda mengalami gejala seperti:

-hidung tersumbat,
-kerap hidung berair,
-ada kalanya keluar darah,
-kerap berat pada muka dan kepala,

Sila lakukanlah pemeriksaan. Anda akan dibantu.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih / thediagnosa.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI