Video klipnya pada 20 Mac lalu ketika PKP baru dua hari dikuatkuasakan hanyalah berdurasi sekitar 1.24. Dalam klip video pendek itu Jep Sepahtu menyiram pokok di laman rumahnya, sambil menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah, mendapat hampir 1 juta tontonan di instagramnya.

Suami kepada selebriti Sariyanti ini lagi dilihat ada saja modal menghiburkan pengikutnya di instagram. Jep yang terkenal dengan kelebihannya ber ‘pick up line’ dan ber ‘punch line’ berkongsi rutin hariannya di rumah sepanjang tempoh PKP dengan cara yang menghiburkan.

“Kena extand lagi dua minggu pun, kita tak rasa sangat… Sebab kita tahu banyak benda boleh buat. Hari ni lipat baju, hari tu masak welcome-welcome. Taklah boring. Nampak…tolong orang rumah, dia pun tak penat sangat,”kata Jep sambil menunjukkan teknik lipat baju yang dibelajarnya selepas berkahwin. Tambah Jep lagi nak lipat baju, logo biar di depan senang sikit nak pakai.

IKLAN
Jep Sepahtu Manfaat Cuti PKP Dengan Aktiviti Mr Mama
Masak ‘Welcome-welcome’, lipat baju, tidurkan anak antara rutin harian Jep sempena PKP bersama keluarga

Memandangkan Sari sedang sarat hamil anak kedua mereka, Jep dilihat tak kekok memasak di dapur. Dari sesi menidurkan Baasit dengan gaya tersendiri,  menggoreng jemput-jemput, yang dipanggilnya ‘Welcome-welcome’, demonstrasi melipat baju dengan logonya di depan dan kekeliruan antara ikan sardin dan ikan mackerel ketika memasak makan malam mereka sekeluarga membuatkan Sariyanti pun ketawa dengan penjelasan suaminya tentang dua ikan berbeza itu.

IKLAN

Sebenarnya apa yang Jep kata ni ada betulnya. Inilah masanya encik suami tolong bantu-bantu isteri buat kerja rumah. Kena extend PKP pun tak apa, sebab masa yang ada terisi dengan kerja rumah. Jangan kata Sariyanti, semua isteri-isteri di luar sana, confirm happylah bila encik suami ringan tulang. Time cutilah masa nak tambah pahala berbakti pada isteri ye tak. Sambil-sambil itu, isteri pun boleh rehat bila ada yang tolong ambil alih sekejap uruskan hal rumah dan anak-anak.

IKLAN

Sumber Jep Sepahtu https://www.instagram.com/jepsepahtu/ dan Sariyanti https://www.instagram.com/sariyanti/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI