Jenazah dua beradik lemas Sungai Linggi selamat dikebumikan, bapa lihat dari dalam kereta, tiada waris datang. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan ketika jenazah dua beradik yang maut selepas kereta dinaiki mereka terhumban ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, minggu lalu disemadikan.

Jenazah Dua Beradik Lemas Sungai Linggi Selamat Dikebumikan, Bapa Lihat Dari Dalam Kereta, Tiada Waris Datang

Kedua-dua mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan kakaknya berusia lapan tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana kira-kira jam 5.30 petang.

Jenazah Dua Beradik Lemas Sungai Linggi Selamat Dikebumikan, Bapa Lihat Dari Dalam Kereta, Tiada Waris Datang
Kredit foto: Sinar Harian

Bapa kepada kanak-kanak itu yang kini dalam tahanan reman turut dibawa ke lokasi pengebumian oleh pihak polis. Bagaimanapun, dia hanya berada di dalam kereta dan kemudian dibawa pergi sejurus selesai upacara pengebumian. Difahamkan, sebelum itu lelaki berusia 46 tahun berkenaan sempat dibawa ke hospital untuk menatap wajah anak-anaknya buat kali terakhir.

@sinarharianonlineJenazah 2 beradik lemas selamat dikebumikan Suasana pilu menyelubungi pengebumian dua beradik yang meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, minggu lalu. Jenazah kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia enam dan lapan tahun itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana di Port Dickson sekitar jam 5.30 petang. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #60saat #Duaberadiklemas #PD

♬ original sound – Sinar Harian

Tiada ahli keluarga lain dilihat hadir ketika pengkebumian berlangsung. Sebaliknya, urusan dijalankan dengan kehadiran penduduk setempat, pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) serta pihak polis. Antara yang turut berada di lokasi ialah Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin, dan timbalannya, Deputi Superintenden Mohd Ruslan Mat Kib.

Jenazah Dua Beradik Lemas Sungai Linggi Selamat Dikebumikan, Bapa Lihat Dari Dalam Kereta, Tiada Waris Datang
Kredit foto: Harian Metro

Tragedi yang berlaku pada 4 September itu menyayat hati apabila kereta yang dinaiki mangsa bersama seorang wanita terjatuh ke dalam sungai. Ketika kejadian, kenderaan terbabit diparkir di tebing sungai dengan enjin dimatikan, sementara bapa mereka keluar sebentar untuk merokok.

Ads

Wanita berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan, namun kedua-dua beradik tersebut gagal dikeluarkan dalam keadaan hidup. Susulan insiden itu, bapa mangsa bersama teman wanitanya kini ditahan reman sehingga Khamis bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian TikTok Sinar Harian Harian Metro

Baca artikel lain juga: Lelaki Menangis Di Kubur Dua Beradik Lemas Pakcik Minta Maaf Tak Dapat Selamatkan

Ads

Tragedi Lemas Di Sungai Linggi, Mahkamah Tinggi Syariah Sahkan Dua Beradik Beragama Islam

Status Agama Dua Beradik Lemas Belum Dikenalpasti Suspek Dakwa Sudah Diislamkan Di Kelantan Tapi…

Tragedi Dua Beradik Lemas, Suasana Bilik Mayat Lengang, Tiada Waris Datang

Ads

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI