MW berhubung melalui WhatsApp dengan salah seorang kakak arwah; Syafiqa Alaudin. Menurutnya lagi, beliau dan keluarga menzahirkan rasa syukur kerana semua urusan arwah adiknya diselesaikan dengan mudah dan cepat.
“Alhamdulillah segala urusan arwah dipermudahkan. Jenazah selesai melalui post mortem, dimandikan dan dikafankan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. Kemudian kami tiba di rumah untuk urusan solat jenazah pada pukul 2.15 petang tadi. Jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan urusan pengebumian selesai sekitar jam 3.20 petang.
Ads
Antara usaha-usaha pencarian arwah Ahmad Farid Ahmad Alaudin yang dilakukan oleh keluarganya
“Saya mewakili ahli keluarga, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang membantu kami menyebarkan berita kehilangan dan pencarian arwah. Terima kasih juga buat mereka yang mendoakan arwah adik saya dari awal hingga ke akhirnya walaupun dari jauh.
Ads
“Alhamdulillah kami sekeluarga amat bersyukur dan rasa lega akhirnya persoalan kehilangan arwah adik sudah terjawab. Pihak polis juga memaklumkan siasatan masih diteruskan untuk mencari motosikal arwah yang tidak dijumpai,”jelasnya.
Ads
Tambah Syafiqa lagi, pihak keluarga menerima kembali beg sandang, beg pinggang dan juga topi keledar milik arwah. Cuma telefon bimbit arwah hilang dan tidak dijumpai ditempat kejadian.
MW memohon jasa baik orang ramai di luar sana, sekrianya menemui motosikal Lagenda 11OZ berwarna hitam dengan nombor kenderaan NBY 5604 mohon maklumkan kepada balai polis terdekat anda. Buat keluarga ini, sekali lagi MW mengucapkan salam takziah dan memohon pengguna media sosial berhenti dari menyebarkan gambar arwah. Mohon hormati perasaan pihak keluarga. Al-Fatihah buat Ahmad Farid Ahmad Alaudin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Usik mengusik dan senda gurau didalam perkahwinan menambah lagi kemanisan serta kemesraan dalam hubungan suami isteri. Perkara ini tidak terkecuali dilakukan oleh pasangan selebriti Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Gelagat pelakon Zamarul Hisham mengusik isterinya, Diana Rafar yang memakai telekung untuk menunaikan solat berjaya mencuit hati pengikut akaun beliau dan peminatnya.
Zamarul berkongsi video pendek berdurasi 41 saat itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam mendapat tontonan hampir 213 ribu.
“Selalu dia kacau. Sekarang dia pula kena. Apa salahnya ambil wuduk banyak kali. Bagus biar diri kita sentiasa dengan air wuduk.
“Nak gurau dengan siapa lagi. Ini je la intan payung yang ada. Lain la kalau dia izinkan satu lagi. Ooppppsss,” tulisnya.
Video tersebut merakamkan Diana cuba mengelak daripada bersentuhan dan bersalaman dengan suaminya kerana tidak mahu air wudhunya batal. Diana telah menekup mukanya dengan kain telekung manakala Zamarul pula cuba menyentuh wajahnya.
Bagaimanapun, Diana terpaksa mengambil kembali air wudhu kerana Zamarul telah memegang tangannya.
Diana secara spontan terus berkata “Alaaaa dah batal,”.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang anak, Kashfi Haikal 8 tahun dan Kayla Resha, 6 bulan.Meskipun perkahwinan mereka pernah dilandai badai satu ketika dahulu, pasangan ini belajar daripada kesilapan dan memperbaiki hubungan mereka. Mingguan Wanita ucapkan semoga rumahtangga pasangan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga. Rajin-rajinlah usik pasangan kita selalu iya.
Kasih hingga hujung nyawa, suami isteri rentung dalam letupan treler di lebuhraya. Sata kematian tiba, tidak pernah tercepat sesaat atau terlewat seminit, semuanya sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi.
Kasih suami isteri yang sering bersama menghantar barangan bersama berakhir dengan tragis apabila keduanya ditemui rentung apabila treler dinaiki disyaki hilang kawalan dan terbabas ke lorong paling kanan lalu merempuh tembok tengah penghadang lebuh raya.
Lebih menyayat hati, kenderaan berat itu meletup dan terbakar di lorong kanan lebuh raya sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas lebih 10 km semalam.
Memetik laporan Utusan, pemandu treler Mazlan Molot, 48, dan isteri Fauziah Uyop, 40-an yang rentung dalam kebakaran kenderaan berat itu semalam sering bersama menghantar barang.
Kedua-duanya meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira pukul 8.40 pagi di Kilometer 259.6 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Port Dickson di sini.
Keduanya terkorban selepas treler ini meletup selepas melanggar pembahagi jalanBeginilah kenderaan berat yang terbakar selepas hilang kawalan di lebuhraya arah selatan
Ibu Mazlan, Mariam Kassim, 69, berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya itu adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
“Ketika itu dia pulang ke rumah di Felda Palong 2, Jempol. Dia ada berikan duit kepada saya dan anak-anak saudaranya. Dia seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap.
“Saya tahu dia sering bawa isterinya ke mana-mana kerana isterinya tidak bekerja dan dapat menemani dia menghantar barangan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini semalam.
Mariam berkata, anak keduanya itu sudah12 tahun mendirikan rumah tangga, namun pasangan suami isteri itu tidak dikurniakan zuriat.
“Isterinya sebelum ini menjadi pengasuh kanak-kanak namun berhenti kerja dan sering mengikuti Mazlan menaiki treler untuk menghantar barangan,” katanya.
Sementara itu, abang mangsa, Yaakob Molot, 51, yang juga seorang pemandu lori memberitahu, syarikat tempat adiknya bekerja ada menghubungi memaklumkan kejadian tersebut.
“Saya dimaklumkan dia baru bekerja di syarikat tersebut yang menghantar barangan kitar semula. Kami sekeluarga reda dengan apa yang terjadi,” katanya.
Suami Isteri Rentung Dalam Letupan Treler Di Lebuhraya
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan biji plastik yang dipandu Mazlan dipandu dari Klang, Selangor menuju ke Senawang.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa disyaki hilang kawalan dan terbabas ke lorong paling kanan lalu merempuh tembok tengah penghadang lebuh raya.
“Akibat pelanggaran tersebut telah menyebabkan treler itu terbakar. Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh bomba di lokasi kemalangan itu,” katanya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. Sumber :- Utusan
Kehidupan bermadu cukup sensitif untuk diperkatakan terutamanya buat wanita yang bergelar isteri. Tiada siapa yang rela berkongsi kasih suami bersama wanita lain. Namun perlu ingat, ajal maut jodoh semuanya ketentuan tuhan. Siapalah kita untuk menafikan jodoh yang telah ditakdirkan.
Menyelami kisah manisnya bermadu, Norazlin Abdullah, 45 atau lebih selesa dipanggil Kolin Abdullah berkongsi pengalamannya yang telah 5 tahun menjalani kehidupan bermadu.Kolin merupakan isteri pertama kepada Pelawak dan Penyampai Radio Sinar FM, Rahim Sepahtu, 52.
2 Minggu Tak Keluar Bilik
Ujar ibu kepada empat orang cahaya mata ini, pada permulaannya bukan mudah untuk dirinya menerima kenyataan hakikat diri telah dimadukan dan berkongsi kasih. Hampir 2 minggu menjeruk rasa, berkurung didalam bilik dan sering menyalahkan diri sendiri apabila suami memberitahu telah berkahwin lain.
“Masa mula-mula saya dapat tahu yang suami kahwin lagi.. tipulah kalau saya kata saya tak kecewa, tak sedih boleh terima terus.. mana ada perempuan yang boleh terima terus kan..
“Masa fasa pemulihan itu adalah satu fasa yang sangat kritikal
“Terus terang saya cakap saya struggle, 2 minggu tak keluar bilik, nangis, asyik salahkan diri sendiri, keep on blaming tanya kenapa macam ni dan kenapa macam tu, kata Kolin.
Suami Main Peranan Bantu Pulih Emosi
Menurut wanita ini, suaminya sangat memainkan peranan memberi sokongan dan bersungguh-sungguh membantu dirinya untuk pulih emosi dengan cepat, sekaligus mengembalikan rasa cinta dalam rumahtangga.
“Bila tiba satu waktu, sampai satu tahap saya jadi letih. Saya fikir balik sampai bila aku nak jadi macam ni. Kalau ini pilihan saya untuk move on, terima untuk bermadu, saya kena terima dengan positif. Masa tu lah saya mula ‘merangkak’ mencari macam-macam benda untuk membuat saya positif.
“Masa tu anak-anak duduk dekat asrama, diorang tak saksikan keadaan saya. Yang ada masa tu disisi saya adalah suami saya, Abang Rahim dan ibu saya. So inilah dua insan yang ada masa saya struggle untuk saya terima kenyataan.
“Abang Rahim, alhamdulillah dia bersungguh-sungguh untuk selamatkan rumahtangga. Dia bantu saya recover balik, dia bawa saya pergi holidays, dia bawa saya pergi jalan-jalan, keluar berdua, sampai satu tahap saya rasa keadaannya macam kita pula yang baru kahwin semula. Cinta tu, kasih sayang datang balik.
“Proses untuk menerima kenyataan macam saya dalam dua minggu.”
“Cuma saya nak cakap disini, setiap orang yang melalui pengalaman macam saya ni, sebenarnya suami yang kena banyak mainkan peranan.Suami yang kena ada masa dia (isteri) down, dan tak boleh tinggalkan.Bila dah kahwin yang baru, tinggalkan yang lama. Tak boleh macam tu,”ujar Kolin lagi.
Menurut wanita cekal ini, dirinya bersyukur mempunyai madu yang memahami keadaan dirinya ketika dalam fasa sukar, serta ada inisiatif untuk merapatkan hubungan mereka.
“Fasa permulaan saya tak fikir lagi untuk berbaik ke, nak kenal ke, saya tak nak tahu pun (madu). Yang saya nak tahu macam mana saya nak move on, nak terima kenyataan. Sebab sebenarnya fasa paling susah adalah untuk terima kenyataan. Sebab kita keep on denying macam kita hidup dalam denial, rasa mesti adalah salah dimana-mana.
“Berjumpa,dan berbaik ketika Abang Rahim bawa kami di majlis Astro.
“Perasaan kali pertama berjumpa(madu) marah, cemburu, masih dalam fasa negatif..
“Masa mula-mula dia (madu) ada datang jumpa saya, ada whatapps tanya macam mana dengan keadaan saya, ada bertanya khabar, ada inisiatif dia untuk mengenali saya. Saya bersyukur ada madu yang boleh memahami keadaan saya pada masa tu, boleh beri ruang. Apa yang saya minta pada masa itu, adalah masa untuk kembali pulih,” jelas Kolin.
Apabila menjalani kehidupan bermadu, pelbagai perasaan berbaur di hati. Penerimaan ahli keluarga dan masyarakat sering diambil perhatian.Kolin memilih untuk memberitahu status mereka secara berperingkat, dimulakan dengan ahli keluarga terdekat kemudia barulah masyarakat luar.
“Pada mulanya saya rasa takut, saya rasa macam rendah diri pun ada tak confident. Mula-mula sekali saya fikir saya kena bagitahu pada keluarga dulu. Alhamdulillah orang-orang terdekat, mak, anak-anak dan adik beradik semua boleh terima.
“Untuk berhadapan dengan orang luar, saya pernah minta dengan Abang Rahim untuk ambil masa dulu. Beberapa bulan selepas itu, baru Abang Rahim masa tu raya, dia tanya saya untuk war-warkan dekat radio yang dia beraya dua rumah tahun ni.
“Pada masa dia tanya tu, saya memang dah bersedia dan saya pun kata, beritahulah.., ujar Kolin panjang lebar.
MW: Hidup bermadu tak semestinya sepahit hempedu. Jika mengikut acuan yang betul ia mampu menjadi manis bak madu. Apa yang penting kunci utamanya isteri belajar REDHA dan menerima hakikat bahawa suami adalah pinjaman, bukan hak milik mutlak. Malah suami juga perlu memainkan peranan sebagai nakhoda, bijak ‘mengemudi bahtera’ dan berlaku adil pada rumahtangga agar tiada isteri yang terasa.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...