Terlalu gigih ukur hidup dengan orang lain pun susah juga, sampai sanggup kejar dapatkan sesuatu sebab nak sama level dengan orang yang kononnya nampak bahagia dan sempurna.
Padahal, diri sendiri langsung tak bahagia! Lagi teruk sampai sanggup berlakon nak nampak golongan ‘ada-ada’ di media sosial sampai sanggup berhutang sini sana sebab nak orang luar fikir dirinya cukup bertuah.
Allahu… moga kita dijauhkan daripada sikap buruk ini, dan andai pernah terjebak dengan aura tak manis ini, berubahlah. Berpijaklah dengan dunia realiti. Nah, untuk renungkan bersama, jemput hada perkongsian Puan Intan Dzulkefli sejenak.
Jangan ukur hidup kita dengan dengan membandingkan dengan apa yang kita lihat berdasarkan sekeping gambar dan caption di media sosial.
Kita scroll ig instafamous, kita pun cakap,
“Ya Allah perfectnya hidup mereka,”
“Bestnya mereka. Muka flawless, badan slim, suami handsome, kaya, hidup seronok dapat makan best, jalan-jalan…”
Padahal semua orang tahu, kita pasti akan pilih gambar paling cantik/elok/on point untuk kita share di media sosial. Padahal di sebalik ‘kehidupan media sosial’ yang kita perfect itu adalah 1001 kisah/situasi/cabaran yang kita pun tahu, tapi kita pilih untuk tak paparkan kepada umum kan?
Sebab apalah faedahnya berbicara tentang keluh kesah, kepenatan, stress setiap hari, akhirnya siapa sahaja yang sudi nak lihat dan baca semua itu.
Fitrah manusia nak lihat yang best, seronok, menggembirakan sahaja. Tapi hal tak best, sedih, kecewa semua tu tetap berlaku dalam hidup. Cuma jarang orang tunjuk.
Jangan Teruja Dengan Kehidupan Orang Lain
Kebanyakan orang hari ini habiskan masa scroll kehidupan orang lain dan ‘memuja’ kehidupan orang-orang tersebut, lalu rasa hidup sendiri terlalu menyedihkan dan biasa-biasa. Hingga kadang ada yang sampai desperate ‘berlakon’ untuk mengadakan hidup ‘macam orang lain’ yang dia lihat di instagram! Allahuakbar.
Jangan terkejut. Saya banyak kali terbaca kisah-kisah mereka yang akhirnya murung apabila ‘hidup untuk media sosial’, terlalu inginkan hidup yang perfect seperti selebriti dan instafamous yang mereka follow. Allahuakbar. Kasihan..
Kita Memang Tak Akan Sempurna
Sedangkan kita ini sepatutnya sedar, hidup memang tak sempurna. Hidup memang begitulah, yang real apa yang kita hadapi, yang real apa kita jalani setiap hari. Ada masa kita happy, ada hal menarik terjadi, kita pun snap, share di media sosial untuk kenangan. Tetapi hari yang lain? Masih tetap jalani rutin seperti biasa.
Kita sedang struggle dengan pelbagai hal. Cuma orang terdekat yang ambil peduli tahu betapa penat, lelah, berapa banyak air mata tumpah. Sesekali rasa stress, penat, sakit.. kehidupan normal manusia.
This is our fitrah as a human being.
“Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya.” (Al-Kahfi, ayat 7-8)
Semua Pilihan Kita Untuk Memilih
Mungkin pada saya, jika hal yang kita lihat ini membuat hidup kita rasa mulai bertoksik, tak salah jauhkan diri seketika dari hal-hal berbentuk dalam kotak itu buat sementara waktu.
Apa itu hal dalam kotak? Tu… yang kita lihat dalam smartfon dan televisyen.
Ya, sesekali buat socmed-detox. Terutamanya bagi kita yang cenderung untuk berdepan stress setiap hari, yang jiwanya terlalu ‘fragile’. Contohnya bila lihat suami orang lain asyik buat surprise, hadiah isteri itu ini, bawa isteri bercuti membuatkan kita rasa suami kita useless, baik unfollow ‘punca’ semua itu.
Pilihlah circle kita. Check semula siapa yang kita follow, yang kita likes.
Banyak tentang buka aurat, suka-suka, seronok-seronok, semata hal keduniaan atau yang mengingatkan kita tentang kehidupan akhirat?
What is the purpose of our life?
Kalau kita follow orang yang sentiasa mengingatkan tentang hal akhirat, parenting, muhasabah, tentang kesederhanaan hidup, fikirkanlah ada masakah kita nak rasa asyik tak puas hati dengan hidup ini? Adakah hal tersebut akan buatkan kita bertambah sedih dengan apa yang Allah kurniakan kita hari ini?
Bukan nak kata tak boleh bersuka langsung, namun jangan sampai terlupa hakikat kenapa Allah letak kita atas dunia ini.
Tak Perlu Fikir Apa Orang Akan Kata
Kadangkala, it’s okay to stay out of ordinary. In a world where everyone is over exposed, it’s okay to choose to maintain your mystery. It’s kind a cool thing.
Yang penting, kita betul-betul live our life to the fullest. Bukan hidup semata-mata untuk memenuhi expectations siapa-siapa. Apatah lagi sengaja letakkan expectation merapu untuk diri sendiri achieve.
Silap kita, kita selalu fikir apa orang fikir tentang kita. Padahal hakikatnya orang lain tak ada masa nak fikir tentang kita pun!
So, just be true. Live your life. Impressed yourself.
It’s time for you to live your own life without worrying about the expectations of others yet to competing with anyone.
Your life is yours! Your life is your choice.
∞
Termenung kejap mengenangkan kesusahan suami nak bahagiakan hati seorang isteri. Bukan suami tak mencuba untuk mencari duit lebih tetapi mungkin rezeki terbaik masih belum sudi menyinggah.
Jadi macam biasa, aku memlilih untuk berdoa demi sebuah ketenangan.
“Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.”
Usai berdoa, aku terus melipatkan sejadah dan kain solat dan letak di tempat yang sepatutnya. Belum sempat membuka pintu, phone yang elok di atas katil tiba-tiba berbunyi.
Hmm… mesti dia col ni nak tanya anak-anak buat apa.
Detik hati ku tenang.
Seperti biasa suamiku akan bertanyakan tentang anak-anak, maklumlah berjauhan kejap. Tak pernah lagi beraya tanpa suami, tetapi kali ini aku redha memandangkan rezeki cukup-cukup makan.
Ada kereta nak dibaiki.
Ada hutang nak dilangsaikan.
Ada duit yang patut dibahagi-bagi.
Tak lebih dan tak kurang. Tak suka mendesak demi kehendak, aku patuh bila suami meluahkan emosinya sedikit sedih sebab tak dapat cuti.
Walau hakikatnya sedikit terkilan, aku telan bulat-bulat. Cuba letakkan hati yang rabak jauh-jauh untuk sembunyikan rasa di hati.
Rezeki Luar Biasa Muncul
Dalam emosi tenang selepas meluah pada Pemberi, tiba-tiba suami selitkan cerita bahagia tentang rezeki yang bakal muncul. Bukan sedikit tetapi berganda-ganda! Katanya, separuh rezekinya aku akan miliki.
Allah, baru je meluah tetiba Dia dah bagi. Alhamdulillah… aku terima dengan berlapang dada.
Sungguh… orang-orang yang bersyukur sangat sedikit, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:
وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
“ … Sedikit dari hamba-Ku yang bersyukur.” [Saba’ :13]
Setiap mukmin dan mukminah diperintahkan untuk bersyukur kerana dengan bersyukur, Allah akan menambahkan riezeki yang telah Dia berikan kepadanya. Allah berfirman:
ذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Dan (ingatlah) ketika Rabb-mu memaklumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti adzab-Ku sangat berat.’” [Ibrahim : 7]
Seorang isteri diperintahkan untuk bersyukur kepada suaminya yang telah memberikan nafkah lahir dan batin kepadanya. Kerana dengan syukurnya isteri kepada suaminya dan tidak banyak menuntut, maka rumah tangga akan bahagia. Isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya dan banyak menuntut merupakan pertanda isteri tidak baik dan tidak merasa cukup dengan rizki yang Allah kurniakan kepadanya.
Apa lagi yang aku nak pertikaikan, suami tak pernah buat perangai dan pukul-pukul. Itu sudah lebih daripada cukup!
Kalau diimbas cerita rumah tangga orang yang pernah dekat denganku, macam-macam ‘perencah’ ada. Tetapi aku dengar sebagai pengajaran dan jadikan nota buat aku tak terlalu sedap dibuai mimpi.
Pernah Menangis Bersama Tapi Dia Pendengar Yang Baik
Ada suatu ketika, aku menangis sepuas hati. Masak pun kelaut, memang tak ada mood. Rasa penat yang amat, tak mampu nak sembunyikan lagi. Dengan urusan kerja, hal rumah tangga, dan jaga makan minum anak-anak… kadang aku rasa berat!
Rutin mak-mak, baru kemas rumah anak dah buat sepah balik. Baru nak masuk tandas, anak dah menangis ketuk-ketuk pintu. Seminit letak kepala nak lelapkan mata, anak dah kejut tanya macam-macam. Malah aku jenis mak-mak yang cari duit tepi dengan bekerja dari rumah. Mana ada masa nak rehat.
Allah… itu yang aku terduduk menunggu suami pulang untuk pinjam bahunya. Dipujuknya aku sampai aku rasa tenang. Selesai berkongsi emosi, aku terus ke dapur meneruskan tanggung jawab aku macam hari-hari sebelumnya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Benarlah, meluah itu bagaikan satu terapi. Bukan tak boleh meluah pada keluarga yang lain tetapi percayalah isteri lebih selesa meluah segala yang menyesakkan dada pada suaminya sendiri. Kerana di sebalik luahannya itu tersembunyi rasa ingin dimanjai dan dikasihi.
Sekarang, ada tak yang sudi bahagiakan hati seorang isteri? Walau cuma dengan sebiji gula-gula, wanita itu pasti akan menghargai.
∞
Sekarang ini tak cukup kalau nak mengharapkan suami seorang yang bekerja mencari nafkah. Mengharapkan gaji suami untuk tanggung isteri dan keluarga, rasanya tak sempat cukup bulan dah habis.
Pening pula kepala suami memikirkan nak cari duit dan tanggung isteri keluarga. Nak tak nak isteri pun kena kerja sambilan untuk dapatkan duit tambahan dalam meneruskan kehidupan.
Itu tidak jadi masalah pun demi tingkatkan pendapatan keluarga. Apa yang menjadi masalah bila suami mula berkira-kira dan kedekut dengan isteri teurtamanya bila isteri ada duit sendiri.
Mulalah fikir, kalau isteri berhenti kerja dan suami seorang yang tanggung isteri dan keluarga, mahunya tak cukup duit setiap bulan. Lepas itu berkira-kira dan kedekut pula dengna isteri.
Sebenarnya, percayalah rezeki pasti akan melimpah ruah bila suami utamakan isteri dan anak-anak. Duit habiskan pun tak kisah, hati tenang sebab mampu puaskan hati keluarga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri TAK KERJA ‘Habiskan Duit Suami’, TAK BERDOSA PUN! Semua Untuk Anak, Dirinya!
Suami Isteri Gaji BESAR Tapi Kereta Biasa-Biasa, Ada Alasannya! Dia Kedekut Yang Cerdik
Tanggung Isteri Keluarga, Rezeki Makin Bertambah
Jangan kedekut dengan isteri, nanti Allah limpahkan lebih banyak rezeki pada suami.
Dah 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya…
Dulu, isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap, gaji bersihnya hampir RM3k setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri bekerja…dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga.
Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan…
Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya bloeh mintak kat dia. Lepas itu, hadirlah nafsu untuk tukar HP, sport rim, modified kereta dan sebagainya.
Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri.
Balik rumah dgn HP baru, sport rim baru, isteri berleter la kejap, lepas itu dia cool. Kalau bulan yang spend duit untuk beli macam-macam tu mesti bajet lari, maka mintak duit isteri. Walaupun isteri beri tapi siap dengan pakej berleter.
Isteri Terpaksa Berhenti Kerja
Bila pengasuh tiba-tiba tak boleh jaga anak ketiga yang masih baby tu, isteri ambil cuti untuk jaga sementara nak cari pengasuh baru. Kami duduk berbincang, bersembang hati ke hati.
Saya tak bersedia lagi untuk dia berhenti sebab komitmen bulanan tu masih sama, plan atas gaji 2 orang. Tapi bila difikirkan tentang anak-anak, maka isteri kata keputusan yang terbaik adalah berhenti kerja, duduk rumah, uruskan anak-anak sebab mereka dah mula nak sekolah.
Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran saya? Cukup kah gaji seorang saja ni.
Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat isteri menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan. Komitmen masih sama, hutang masih sama, dan ditambah pula dengan yuran sekolah untuk setiap anak.
Sepanjang 4 tahun dia menghabiskan duit suaminya, duit suaminya TAK PERNAH HABIS.
Ajaibkan aturan Allah, semuanya suami belikan, sediakan, semuanya suami bagi, tapi rezeki suami makin murah, makin mencurah-curah. Tiap=tiap tahun gaji asyik naik sahaja, bonus suami pun banyak.
Suami Mudahkan Urusan Isteri
Rupa-rupanya, tak miskin si suami yg tanggung isteri sepenuhnya. Tak susah si suami yang memudahkan urusan isteri dan tak berkira dengan isteri.
Sepanjang 4 tahun ni jugak, Allah berikan kesihatan yang cukup baik kepada saya. Jarang sakit untuk keluar mencari rezeki buat keluarga…
Setiap urusan tu rasa mudah dan setiap kali bekerja tu hati rasa tenang, walaupun gaji dihabiskan untuk keluarga. Tapi ianya tak menyebabkan diri rasa serabut dan DUIT TAK CUKUP.
Setiap bulan sentiasa saja cukup…Allah s.w.t tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yang menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yang diamanahkan kepadanya untuk DITUNAIKAN…
Mingguan Wanita : Betul sangat, jangan berkira dengan isteri dan ank, sebab semua rezeki Allah dah atur cantik-cantik.
Sumber : Firdaus Shakirin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
∞
Bukan senang nak gali punca tiap kali bayi menangis, ada mak-mak yang anggap bayi itu mungkin kembung atau boleh jadi tak cukup susu. Tetapi sebenarnya itu belum tentu tepat!
Haa… sebab itu sebelum beranak kecil, mak-mak kena cedok banyak ilmu. Nak-nak kalau kali pertama jadi ibu. Perkongsian ilmu daripada Puan Nor Azniza ini antara yang bagus, tiap kali bayi menangis, mak-mak boleh guna tip ini.
Siapa tahu anak akan berhenti daripada terus menangis.
Tip Hentikan Bayi Menangis
Orang pantang emosi tak stabil. Kalau baby nangis, tolong tenangkan. Ada caranya.
Saya biasa guna 5 s the happiest baby dan kaedah pukong (macam dalam gambar profile saya)
Bayi penuh misteri. Ada bayi mudah diurus. Ada sukar. Jangan bagi stress ibu dengan menghalang keinginan cara dia nak jaga baby.
Kalau ibu nak fully breasfeeding. Jangan la anda jadi punca kegagalan dengan downkan ibu. Kata tak cukup susu. Tapi bantu ibu memposisikan bayi dan melekap dengan betul ke payudara ibu.
Bayi mengamuk kadang-kadang sukar mendapatkan jawapan. Jadi tenangkan bayi seperti teknik yang saya mention di atas.
Ada bayi mengamuk setiap kali menghisap, hisap-hisap lepas. Kalau ikut pengalaman saya. Dia bukan lapar. tapi dia cari port nak tidur selesa. Dia akan bengang, jika ada susu keluar. Sedangkan dia just nak hisap. Bila ada susu keluar dia akan marah. So dia akan hisap-hisap lepas dan menangis. Dan orang sekeliling ingat baby tak puas.
Menangis Bukan Sebab Kembung
Perut bayi berbunyi macam ada angin. Itu maksudnya usus dia bergerak aktif dan ia normal. Bayi kembung akan menangis tak berhenti. Walau dipujuk atau dipegang, didodoi.
Kembung tu sakit, orang dewasa pun bergulung badan. Bayi lagi la. So jangan simply nak tuduh baby tu kembung. Pastu salahkan mak dia salah makan la dan macam-macam.
9 bulan dia dalam rahim ibu, gelap, suam, bau ibunya, sempit dan padat. Berayun. Sekali keluar, dunia ini luas, statik. Jadi bayi rasa tidak selamat dan ketakutan. Lebih-lebih lagi matanya tidak nampak. Hanya mampu merasa hangat tubuh ibu dan bau ibu yang menyenangkan. Itu pasal letak atas riba dia diam. Letak Sorang-sorang menangis.
Jadi, harap mak-mak boleh bertenang dan handle dengan sebaiknya kalau bayi menangis ya. Semoga berjaya jadi mak-mak berjaya mendidik anak dengan emosi yang manis-manis tanpa mengeluh!
∞