Betapa sibuknya mak-mak zaman sekarang, sebelum tidur pun kepala masih ligat berfikir apa yang patut nak dibuat dulu bila bangkit esok hari. Isteri enat tapi tetap kena buat!
Dan baru-baru ini media sosial kecoh dengan kes kehilangan seorang Ustazah yang dikatakan hilang di Balik Pulau selepas tidak hadir mengajar ke sekolah itu sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.
Kes ini menjadi tumpuan golongan isteri apabila suami mangsa ada memberitahu bahawa isterinya pernah menerima rawatan Psikiatri (Kemurungan) pada 2014 dan berulang alik dari Langgar, Kedah ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk mengajar. Satu jarak cukup jauh jika dicongak dan bayangkan seorang wanita yang sudah mempunyai anak kecil bersambung kerjanya menguruskan hal rumah tangga sampai ke malam.
Allah… inilah yang suami kena faham dan bantu apa yang patut dibuat. Satu lagi yang rumit, wanita biasanya tak suka nak mengeluh rasa penat banyak kali. Andai encik suami nampak air wajahnya yang penat setiap kali pulang dari mencari rezeki, bantulah uruskan anak dan tanyalah isi hatinya.
Atau lebih mudah, ajar isteri amalan yang Ustaz Farid Rashidi kongsikan ini. In shaa Allah, penat lelah isteri itu akan hilang dan moga dijauhkan dengan dunia depress.
Isteri Penat Jadi Suami Kena Faham
Terkadang bila penat sangat buat kerja sehari-hari, kaum ibu yang juga bergelar isteri ini akan mengeluh keletihan.
Yelah, zaman sekarang ramai kaum ibu bekerja di luar menambah pendapatan keluarga. Bila balik rumah mahu uruskan hal ehwal rumahtangga pula. Memasak, mengemas dan lain-lain lagi.
Kena pula anak-anak nakal sikit. Aduhai. Berganda-gandalah kelelahan. Sudah pasti akan merasa sedikit letih bukan?
Bukan kata ibu-ibu zaman sekarang, dahulu juga begitu. Pernah Saidatina Fatimah, anak kesayangan Rasulullah SAW mengadukan hal itu kepada Baginda SAW.
Lalu apa jawab Baginda Nabi? Solusinya sebagaimana hadis di bawah:
حَدَّثَنَا عَلِيٌّ
أَنَّ فَاطِمَةَ اشْتَكَتْ مَا تَلْقَى مِنْ الرَّحَى فِي يَدِهَا وَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْيٌ فَانْطَلَقَتْ فَلَمْ تَجِدْهُ وَلَقِيَتْ عَائِشَةَ فَأَخْبَرَتْهَا فَلَمَّا جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ بِمَجِيءِ فَاطِمَةَ إِلَيْهَا فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمِهِ عَلَى صَدْرِي ثُمَّ قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكُمَا خَيْرًا مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَنْ تُكَبِّرَا اللَّهَ أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ وَتُسَبِّحَاهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتَحْمَدَاهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهْوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ
Telah menceritakan kepada kami Saidina Ali bahawasanya Saidatina Fatimah r.a merasa sakit tangannya kerana menumbuk tepung dan ketika itu ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW.
Saidatina Fatimah r.a datang menemui Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Tetapi ia tidak berhasil menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah r.a.
Kemudian Saidatina Fatimah menitip pesan kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah r.a pun memberitahu beliau tentang kedatangan Saidatina Fatimah r.a.
Saidina Ali bin Abu Talib berkata, lalu Rasulullah SAW pergi ke rumah kami ketika kami tengah berbaring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi beliau mencegahnya seraya berkata:
“Tetaplah di tempat kalian!”
Kemudian Rasulullah SAW duduk di antara kami hingga saya merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada saya.
Kemudian Baginda SAW bersabda:
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (الله اكبر) 34 kali, tasbih (سبحان الله) 33 kali dan tahmid (الحمد لله) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”
[Hadis Riwayat Muslim, no.4906]
Mak-mak Boleh Kurangkan Penat Dengan Amalan Ini
Amalkanlah bacaan takbir 34 kali, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali. Kesemuanya 100 kali sebelum melelapkan mata.
Semoga dengan ilmu bermanfaat ini, dapat membantu para ibu-ibu dan juga kepada kita semua menenangkan fikiran dan menghilangkan keletihan, serta bebanan dalam hidup berumahtangga. Amin.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI