Jangan Terpedaya Dengan ‘Low Fat’ Bagai, Doktor Terang Pecah Lemak Cara Betul

Biasakan bila pergi pasaraya terjumpa produk tenusu yang tertera perkataan ‘low fat’. Sebab nak jaga badan punya pasal, mak ayah pun ambil lah yang jenis low fat ini.

Tak mau dah cuba jenis full krim, fikir akan ada banyak lemak nanti dan tak bagus untuk badan. Sebenarnya produk tenusu sama ada full cream atau low fat keduanya ada fungsinya.

Dan paling penting, produk tenusu ‘low fat’ ini tak dapat pun nak pecahkan lemah dalam badan itu. Hadamkan apa yang Dr. Yazeed Hair Johari ini terangkan.

FULL CREAM VS LOW FAT

Jangan Terpedaya Dengan ‘Low Fat’ Bagai, Doktor Terang Pecah Lemak Cara Betul

Tadi aku pi grocer. Alang-alang tu saja belek susu Low fat ni. Ini adalah perbandingan antara full cream milk dan low fat milk.

Kalau korang perhatikan. Kandungan gula dalam low fat milk ni sebenarnya tinggi. Kenapa tak bagus? So aku cuma nak ingatkan.

Ini adalah fisiologi badan manusia. Untuk pecah lemak, badan perlu menjalani proses “Lipolysis“ iaitu :

  • Lipo – Lemak
  • Lysis – Pemecahan

So selagi korang ambik gula tinggi. Maka, akan terhasil insulin yang tinggi. Sekiranya insulin tinggi, maka insulin akan “Block“ halang proses lipolisis.

Kalau korang minum low fat milk ni, sampai bila-bila pun takkan pecah lemak kerana kandungan yang lebih tinggi macam aku cakap tadi.

So better ambik full cream / fresh milk sebab kandungan gula lebih rendah. Abaikan jumlah kalori. Tapi kalau ambil full cream, ambil dalam kandungan yang sedikit.

IKLAN

Kalau sebelum ni biasa ambil segelas. Cukup hanya ambil 1/2 gelas. Still gula lebih rendah berbanding low fat milk.

Tu je kita nak share.

Ingat! Jangan Mudah Terpedaya Dengan Low Fat Bagai

Jangan terpedaya dengan low fat bagai ni. Tak kira lah susu ke, butter, yogurt atau apa apa produk low fat lain.

Jadi dekat sini, kalau nak pecah lemak, korang bukan berperang dengan lemak.
Tapi musuh utama korang ada lah GULA!
Kalau korang jumpa susu low fat, low sugar lebih bagus. Low sugar tu jika kadungan gula kurang dari 2g /100ml.

Tapi ada ke? Kalau ada itu pilihan lebih baik.
Low fat, low sugar. Ini baru betul. Tapi aku belum pernah jumpa lagilah.

Anyway.. Tak percaya? Tak apa.. Korang cuba dalam masa sebulan.

IKLAN
  • Tinggalkan segala air minuman bergula
  • Minum air kosong 2-2-.5 litre sehari
  • Turunkan jumlah nasi biasa korang makan kepada 1/4 ( suku )

Bagaimana dengan pemilihan sayuran?

Korang kena ingat ni. Sayur-sayuran pun ada karbohidrat tinggi. Karbohidrat ini pun adalah sumber gula juga. So korang kena tau, apa jenis sayuran yang lebih baik dan kurang gula. Simple je,

SAYURAN KARBOHIDRAT TINGGI ( Tinggi gula )
– Sayuran yang tumbuh di bawah tanah
Contoh – Lobak merah, kekacang, kentang dan lain-lain.

SAYURAN KARBOHIDRAT RENDAH
– Sayuran yang tumbuh atas / di luar tanah
Contoh – Sayuran hijau, kangkung, sawi, taugeh .

Jangan Terpedaya Dengan ‘Low Fat’ Bagai, Doktor Terang Pecah Lemak Cara Betul
Contoh air manis yang takkan membuatkan kita pecah lemak dan kurus.

Tak penting ke gula dalam badan?

Gula pun penting. Tapi kena ingat jugak, dalam badan kita banyak storage gula. Kalau kau seorang yang normal tanpa diabetis, gula korang akan diambil dan dipecah kan dari dalam badan. Sebab tu untuk orang normal tak ada term hypoglycemia (Darah kurang gula)

So korang boleh teruskan makan nasi tapi jumlah 1/4 sahaja. Cukup lah nasi tu jadi sumber gula korang. Yang lain tu nak makan peha ayam goreng pun takpe. Nak makan telur goreng pun takpe .

IKLAN

Cuma kalau kau ambil terlalu banyak makanan yang berminyak, pecah kan je lemak tu dengan berjalan biasa , 5000-10000 step sehari. 3x seminggu pun takpe.

Lemak Mudah Dipecahkan, Jika Tak Ambil Gula

Sebab lemak memang mudah dipecah kan jika korang tak ambil gula. Bila korang tak ambil gula, maka tak ada lah penghasilan insulin.

Bila dah tak ada kenaikan parasinsulin, maka proses lipolisis pecah lemak tadi tak terganggu. So boleh la korang pecah lemak setiap hari.

Macam tu lah konsepnye. Kalau korang hadam konsep ni, korang try lah sebulan.
Setakat sebulan pecah 2-3 kilo lemak. Dah ramai pesakit yang berjaya.

Tapi kalau nak lagi cantik, pergi gym angkat berat. Tak caya cuba try. Kompem body macam artis hollywood.

Tak faham lagi?
Jadi siapa yang belum faham tentang low fat, boleh sambung baca. Klik link ni : https://dryazeedhairi.com/

Sumber/Foto : Dr Yazeed Hair Johari

Jangan biarkan barisan hadapan negara semakin lumpuh, anda wajib mainkan peranan.

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI