Sumber Foto : Koleksi Nur Aini Zolkepeli

Jangan perlekehkan suri rumah, benar tu dengan hanya bergelar suri rumah kini ada yang hidup senang. Lazimnya wanita yang bergelar suri rumah lebih sibuk menguruskan keluarga serta menyediakan keperluan harian suami dan anak-anak.

Namun, ada segelintir daripada mereka yang meraih pendapatan hingga jutaan ringgit melalui hasil titik peluh sebagai usahawan.

Jangan Perlekehkan Suri Rumah

Personaliti hebat yang juga jutawan wanita terkenal, Nur Aini Zolkepeli, 30 yang juga President Nurraysa Global Sdn Bhd ini membuktikan dirinya berjaya walaupun hanya bergelar suri rumah.

Penulis sendiri sebagai seorang wanita dan juga ibu berasa kagum dengan semangat Nur Aini mana tidaknya bukanlah satu perkara mudah untuk bekerja pada masa yang sama anak-anak sentiasa memerlukan perhatian dan ada di sisi.

Jangan Perlekehkan Suri Rumah, Nur Aini Capai Sejuta Sebulan “Tak Nak Lihat Orang Sekeliling Hidup Susah”

Mengintai pencapaian terbaik dalam hidupnya, ibu kepada enam orang anak ini menerangkan dirinya pernah mencapai pendapatan RM1 juta sebulan.

“Saya pernah capai sejuta ringgit sebulan pada usia 23 tahun sebagai suri rumah. Paling membanggakan dapat membimbing serta melahirkan 21 orang jutawan wanita,” begitulah luah wanita yang berjiwa besar ini.

Jangan Perlekehkan Suri Rumah, Nur Aini Capai Sejuta Sebulan “Tak Nak Lihat Orang Sekeliling Hidup Susah”

Tak Nak Tengok Orang Sekeliling Hidup Susah

Wanita berpurdah yang juga pengasas Produk Nurraysa Beauty ini juga apabila ditebak soalan apakah perkara yang menjadi motivasi buat dirinya, setiap kali rasa ‘down’ serta bagaimana untuk kembali kuat dan lebih bersemangat dalam hidup?

“Motivasi untuk lebih berjaya lagi dan berjayakan lebih ramai orang. Setiap kali ‘down’ ingat orang sekeliling yang memerlukan kita untuk bantu mereka berjaya bersama-sam. Dan saya tak nak melihat mereka hidup susah seperti saya dulu,” jawab Nur Aini.

Memegang falsafah hidup “more u give more u get” Nur Aini juga akui dirinya sangat-sangat ‘passion’ dalam membantu melahirkan lebih ramai usahawan sehingga seminar di merata negeri setiap minggu secara online dan offline.

Jangan Perlekehkan Suri Rumah, Nur Aini Capai Sejuta Sebulan “Tak Nak Lihat Orang Sekeliling Hidup Susah”

Wanita Terutama Suri Rumah Perlu Bangkit

Malah Nur Aini juga berpandangan golongan wanita perlu menjadi dan memberi inspirasi buat wanita lain. Ini kerana wanita perlu bangkit berjaya untuk bantu keluarga supaya tidak diperlekehkan orang lain terutama pada mereka yang bergelar surirumah.

Sememangnya figura ini terkenal dalam dalam membantu ramai suri rumah dan wanita di luar sana menjana pendapatan dengan produk miliknya. Dengan matlamat mewujudkan bisnes bersama, Nur Aini sentiasa memberikan bimbingan kepada stokis dan ejennya. Ada di kalangan mereka yang sudah mampu menjana keuntungan beratus-ratus ribu sebulan.

Jangan Perlekehkan Suri Rumah, Nur Aini Capai Sejuta Sebulan “Tak Nak Lihat Orang Sekeliling Hidup Susah”

Bijak Bahagikan Masa

Nur Aini juga tak jemu untuk terus belajar, sehingga kini Nurraysa Beauty telah mampu untuk memasuki pasaran antarabangsa.

Ditanya cabaran apabila bergelar usahawan, isteri dan ibu, Nur Aini akui semakin maju bisnes dia perlu majukan dirinya.

“Cabaran ialah semakin tinggi naik dalam bisnes, semakin banyak benda baru kena belajar.

“Malah saya juga perlu bijak bahagikan masa dengan adanya jadual diri agar masa bersama keluarga tidak terabai,” sambungnya.

Paling membahagiakan, suami menjadi tulang belakang utama dalam perniagaannya. Jika dulu suaminya hanya menjadi pemandu lori tetapi kini suaminya menjadi peneraju penting dalam Nurraysa Beauty.

Bermula Dengan Jualan Sabun Kolagen

Menyentuh tentang produk dari syarikatnya, Nur Aini menerangkan pada asalnya bermula dengan jualan sabun kolagen, kini jenama itu berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian.

Ia mengamalkan sistem ‘dropship’ yang membantu golongan suri rumah jana pendapatan hanya dari rumah secara percuma dan model bisnes menembusi pasaran bukan hanya di Malaysia tetapi Singapura, Indonesia dan Brunei.

Paling membanggakan setakat ini, sudah ada 32 ‘billboard’ jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan.

Jangan Perlekehkan Suri Rumah, Nur Aini Capai Sejuta Sebulan “Tak Nak Lihat Orang Sekeliling Hidup Susah” Jangan Perlekehkan Suri Rumah, Nur Aini Capai Sejuta Sebulan “Tak Nak Lihat Orang Sekeliling Hidup Susah”

Terkenal Dengan Tagline Kosmetik Mesra Wuduk

Malah produk Nurraysa yang terkenal dengan tagline Kosmetik Mesra Wuduk mempunyai asas kukuh terhadap perjuangan produknya sejak awal 2014 hingga kini.

Nur Aini juga menerangkan soal produk mesra wuduk ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh jadi solat didirikan tidak sempurna tanpa disedari.

“Berdasarkan kajian dan pemerhatian, dapatlah dirumuskan definisi produk kosmetik mesra wuduk adalah solekan yang menggunakan kosmetik mudah dicuci agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit.

“Walaupun begitu produk yang diiktiraf sebagai mesra wuduk tidaklah menjamin ketelapan air wuduk untuk sampai ke kulit. Ia memerlukan perbincangan yang khusus.

“Namun apa yang produk saya ketengahkan memang konsep menekan atau mempraktikkan ialah mudah di cuci dan ditanggalkan. Bukan tidak perlu di cuci sebelum mengambil wuduk. Tanggalkan semua lapisan penggunaan bedak asas, lipstik, ‘eyeliner’, ‘blusher’, ‘eyebrow’, ‘eyeshadow’ dan ‘mascara’. Cuci sebersihnya sehingga tanggal habis,” ungkapnya.

Menarik Disini : Kak Yatie Kongsi Resipi Yang Senang Faham, Mudah Orang Ikut.” Memang Tiada Rahsia

Cara Wanita Bersedekah Bukan Pada Harta Tapi Setiap PINTU KEBAIKAN Itulah SEDEKAH

Sekali Pun Tidak Ada Pendapatan Sendiri, Itu Bukan Bermakna Suri Rumah Goyang Kaki!

Rangkaian Produk Tiada Silikon

Sambungnya lagi, paling utama rangkaian produknya jelas tiada silikon.

“Silikon sendiri adalah bersifat ‘waterproof’ atau kalis air. Jadi ia ibarat lapisan plastik di atas kulit untuk solekan bertahan lebih lama di wajah dan susah di tanggalkan walaupun menggunakan sabun atau penanggal solekan.

“Pendek kata dengan adanya silikon kena dicuci banyak kali sebelum berwuduk. Wuduk boleh jadi tidak sempurna dan solat tidak sah jika tidak dicuci dengan betul-betul.

“Sebab itu produk saya tiada silikon. Ia jelas tidak bersifat kalis air dan menggunakan bahan semulajadi sekaligus dapat merawat kulit. Mahu atau tidak, memang kena cuci solekan baru berwuduk tanpa was was. Jadi, bila dah tahu perkara sebenar, kena memperbetulkan mana yang silap supaya tak terus buat silap,” katanya yang turut menambah rangkaian produk jenama itu, Glowing DD Moist Cake (DDMC) merupakan antara kosmetik mesra wuduk yang paling laris dan mempunyai banyak kelebihan.

MINGGUAN WANITA : SERONOK LIHAT RAMAI WANITA BERJAYA!

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Jangan Perlekehkan Suri Rumah, Nur Aini Capai Sejuta Sebulan “Tak Nak Lihat Orang Sekeliling Hidup Susah”

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI