Sememangnya setiap mak ayah inginkan anak-anak belajar berpuasa sedari masih kecil. Sebelum Ramadan lagi, mak ayah setiap hari ingatkan anak-anak agar mereka berpuasa penuh.
Segelintir mak ayah sanggup janjikan ganjaran agar anak-anak teruskan berpuasa sepanjang Ramadan biarpun anak enggan dan kurang bersedia. Segalanya bergantung kepada didikan masing-masing.
Sebaiknya jangan paksa anak puasa, mak ayah seharusnya kena pandai tackle biar keinginan datang sendiri untuk anak berpuasa. Ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi ini dan fahami penerangannya:
Jangan Paksa Anak Puasa
Jangan paksa si kecil puasa. Iye. Jangan paksa. Sambai pucat lesi muka mereka, kita tahan mereka makan.
Sebaliknya, tarik keinginan anak sikit-sikit. Biar mereka sendiri terdetik minat hendak cuba berpuasa.
Paksa ini selalunya buat benda ringan jadi berat. Benda berat jadi bertambah berat.
Tapi kalau kita pandai tackle, keinginan anak akan datang sendiri. Waktu tu, kita sambutlah keinginan mereka dengan rasa gembira.
Mak Ayah Kena Pandai Tackle Biar Keinginan Datang Sendiri
Tips nak anak minat berpuasa. 1) Sebelum beberapa bulan nak puasa ni, kongsikan perasaan excited kita pada anak.
“Ya Allah dah nak puasa! Rezekikan kami ya Allah. Tak sabar sangat!”
2. Cerita pada anak, kebaikan Ramadan. Kalau bulan biasa, pahala macam biasa. Tapi bila Ramadan, pahala berganda.
Allah memang ready nak ampunkan dosa siapa yang berusaha. Pintu rahmat Allah buka seluasnya. Syaitan pun Allah rantai.
Ajak Anak Buat Persiapan Puasa
3. Ajak anak buat persiapan Ramadan. Kalau boleh, lebih meriah dari persiapan raya.
Ads
Ajak mereka pilih baju solat, deko ruang solat, pilih buku untuk dibaca sepanjang Ramadan dan rangka aktiviti berkaitan Ramadan.
4. Buka sirah nabi dan bacakan pada anak. Usaha lebih sikit untuk ikut sunnah nabi di bulan puasa ini.
5. Ajak anak tanam azam untuk jadikan bulan puasa ini, bulan puasa terbaikdalam hidup mereka.
Biarkan Anak Berpuasa Berfasa
6. Ajar anak berpuasa secara berfasa. Contohnya, mulakan dengan ajar tahan pandangan mata. Atau tahan percakapan yang tak elok. Kemudian mula latih tahan lapar secara berperingkat.
Ads
7. Sibukkan anak dengan aktiviti yang tak banyak menggunakan tenaga. Yang buat mereka ralit dan fokus.
Insyallah anak yang kenal keindahan Ramadan sejak kecil, tak akan mensia-siakan setiap Ramadan yang mereka lalui.
Dengan didikan dari kalian, mak ayah yang superb, saya doakan, anak-anak kalian menjadi anak soleh dan solehah yang bakal memimpin tangan kalian ke syurga.
Amin…
MW: Masing-masing punya cara tersendiri untuk mendidik anak, setengah mak ayah lebih suka anaknya mencukupkan solat lima waktu barulah diajar pula berpuasa. Paling penting jangan paksa anak-anak.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Belajarlah untuk bahagia dengan hidup sendiri. Tak perlu memandang bahagia dari kehidupan orang lain. Indah sekali pesanan yang dikongsikan ibu ini, Suzy Sharif.
Daripada asyik tidak kena saja melihat cara hidup orang lain. Lebih baiklah indahkan kehidupan sendiri dan nikmati rasa bahagia itu. Hadamkan pesanannya.
Semua Benda Nak Dibahas..
Apabila kita rasa hidup kita menarik, kita tidak akan peduli akan rentak kehidupan orang lain.
Tidak peduli maksud saya ialah kita tak akan jadi pemerhati dan pemberi komen yang tidak bergaji.
Semua benda kita nak bahas.
Semua hal kita tak berkenan dan suruh orang lain jadi macam kita.
Tengok orang pakai baju cantik, kita kata tak kena gaya.
Bila tengok orang pakai kereta mahal, kita kata buat apa nak membazir.
Tengok orang pergi bercuti, kita kata dia buang masa dan buang duit.
Eh biarlah, dia bukan pakai duit dan guna kudrat kita.
Kita ni selalu sibuk hal orang tak tentu pasal.
Kisahkan Hidup Sendiri, Tak Pernah Kisah Kehidupan Orang Lain
Teringat pulak saya sebuah kisah di zaman Dinasti Ming.
Di sebuah negara antah berantah.
Saya, saya ni dituduh suka ambil tahu kehidupan seorang hamba Allah ni.
Ya Allah, sedikit pun kisah hidup dia tak pernah singgah dalam otak saya apatah lagi mengganggu ketenteraman hidup saya yang bahagia.
Tapi tak apalah.
Mungkin dia melihat apa yang berlaku ketika itu menerusi kacamata dan persepsi dia yang keliru.
Tak apa, tak apa.
Nikmati Hidup Dengan Cara Yang Kita Pilih
Sahabat sekalian.
Nikmatilah hidup dengan cara yang kita pilih.
Bahagia cara kita.
Jangan kisahkan hidup orang lain.
After all, syurga dan neraka kita, diri sendiri yang akan tentukan.
Kita tak perlukan consent orang lain.
Hanya kepada Allah tempat kita kembali.
Salam sayyidul ayyam buat semua kesayangan.
Mingguan Wanita : Sungguh, bahagialah dengan cara kita sendiri. Bila tidak kisahkan hidup orang lain, kita lebih menghargai kehidupan sendiri dengan penuh kesyukuran.
Sering kali ‘permusuhan’ terjadi selepas perceraian. Masing-masing sibuk mencari salah bekas pasangan hingga anak-anak yang jadi mangsa, termasuk memisahkan kasih antara anak dan ibu/bapa kandung.
Ikuti perkongsian daripada Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, yang juga penulis tetap ruangan Resipi Hidup di dalam majalah Mingguan Wanita, berkenaan dengan isu ini.
Saya yakin, pasti ada antara pembaca yang maklum dengan lirik lagu nyanyian Casey, Jangan Ada Benci. Saya teringatkan lagu ini bila menerima luahan seorang klien wanita yang menanyakan; “Boleh tak jika saya tak izinkan anak-anak berjumpa dengan bapa mereka sebab saya rasa benci dan menyampah sangat kat dia”.
Jawapannya, sudah tentulah tak boleh. Perceraian hanya memutuskan hubungan antara suami dan isteri tetapi tidak memutuskan hubungan antara anak dengan ayah malah anak dengan ibu.
Tak Putus
Kalau betullah dah hilang rasa sayang, kenapa perlu wujudkan rasa benci kepada bekas pasangan? Mungkin bekas pasangan pernah bersalah atau pernah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab atau pernah mengkhianati cinta anda; cukuplah sekadar menghilangkan rasa sayang di hati tetapi tak perlulah dia dibenci.
Ye lah! Anda pernah menyayanginya. Anda pernah hidup bersamanya. Anda pernah berkongsi macam-macam perkara dengannya. Malah saya yakin; selain kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh bekas pasangan anda, pasti ada juga kebaikannya. Daripada 10, paling tidak pasti ada satu kebaikan yang boleh anda kenangkan dan kekal hargai hingga kini. Lantas, kenapa perlu ada benci?
Tersurat
Betul dia bersalah. Benar dia tersilap. Kerana dia anda terpaksa memegang status sebagai ibu tunggal atau bapa tunggal tapi ketahuilah; semua itu telah disuratkan oleh Allah. Bukan menyalahkan takdir tetapi sungguh setiap yang berlaku adalah dengan kehendak dan ketentuan-Nya.
Kesilapan bekas pasangan anda menjadi sebab kepada perceraian kalian tetapi percayalah; ia semata-mata sebab kepada satu hikmah yang telah Allah janjikan bakal anda dan bekas pasangan anda alami bila tiba masanya nanti. Perceraian bukan musibah, bukan juga malapetaka, bukan juga bala bencana.
Sebaliknya setiap yang ditakdirkan oleh Allah; termasuk perceraian, menyimpan rahsia dan hikmah yang tersendiri; yang hanya Dia ketahui dan kita sebagai makhluk-Nya hanya akan perasan bila hati-hati benar-benar reda dan percaya.
Benci Itu Emosi Negatif
Tidak ada faedahnya membenci. Tak percaya? Senaraikan apa yang anda dapat dengan membenci bekas pasangan anda. Anda ceria? Bahagia? Atau anda sakit hati? Anda derita? Marah? Geram? Saya yakin, segala yang negatif akan kekal bersama anda jika emosi benci dibiarkan terus bermaharajalela.
Malah, jika anda benarkan kebencian menguasai diri, natijahnya bukan hanya dirasai oleh anda sebaliknya akan melibatkan anak-anak anda juga. Sudahlah anak anda perlu terima ibu bapanya hidup berasingan; pasti jadi lebih sukar bila anak-anak terpaksa melihat ibu dan bapa mereka terus bersengketa dan bermasam muka. Fahami perasaan mereka. Mahukah mereka juga menjadi pembenci, sama seperti anda. Bukan hanya bencikan bekas pasangan anda tetapi juga membenci anda. Mahu kah begitu?
Ya! Benci hanya memberikan lebih masalah. Jadi, usah membenci. Biarkan saja sayang anda berlalu pergi tetapi jangan benarkan benci mengganti. Bagaimana nak halang benci bertamu? Paling penting; reda dengan takdir yang berlaku dan maafkan dengan ikhlas. Seperti yang selalu saya tegaskan; jangan ingkar memaafkan.
Jika Allah Yang Maha Besar boleh mengampunkan dosa-dosa kita, siapa kita yang enggan memaafkan sesama hamba. Mungkin ada yang cakap; bagaimana nak maafkan sebab masih tak dapat melupakan?
Maaf Dengan Ikhlas
Saya tak minta anda melupakan. Saya hanya mohon dan merayu; maafkan dengan hati ikhlas dan reda. Insya-Allah, lama kelamaan ingatan yang masih kekal bukan lagi menjadi bebanan perasaan sebaliknya akan kekal sebagai kenangan yang tidak lagi menyakitkan. Perkara dah berlaku, biarkan ia berlalu. Dia hanya penyebab kepada takdir yang memang telah disuratkan di dalam hidup anda dan dia. Terimalah takdir-Nya dengan reda dan percayalah, pasti ada hikmah yang bakal anda terima.
Hikmah yang membahagiakan dan menceriakan anda; dengan syarat anda benarkan hikmah itu hadir ke dalam hidup anda dengan cara memaafkan dan merelakan dengan reda. Janji Allah pasti. Satu diambilnya pergi untuk diganti dengan sesuatu yang lebih baik lagi, insya-Allah!
Paling penting juga, anda takkan miliki anak yang bersama dengan anda sekarang jika tiada bekas pasangan anda. Anak-anak anda berhak untuk bersama dengan ibu atau ayah mereka biar pun anda tidak bersama dengan pasangan anda lagi. Jangan ajar anak anda jadi anak derhaka. Tak rugi berbaik, pasti ada ganjarannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernikahan adalah komitmen seumur hidup, oleh itu berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Jika dikurniakan pasangan yang baik, bahagialah kehidupan rumahtangga seperti berada di syurga. Begitulah sebaliknya.
Bukan mudah memilih pasangan sebenarnya kerana kadang kala hubungan cinta yang terjalin bertahun lamanya sekali pun tidak mampu menjamin rumahtangga bahagia selamanya. Berserahlah pada Allah adalah sebaik-baiknya.
Assalamualaikum sahabat followers yang bonda sayangi..semoga hari ini membawa kegembiraan yang berpanjangan..
.
Poster bonda pada pagi ini..
Pernikahan itu merupakan komitmen seumur hidup..!
Dan percayalah bahawa sebuah pernikahan itu sebenarnya tidak seindah video dan gambar-gambar yang kita lihat… Pasti ada turun, naiknya..
.
Kita tidak tahu sebenarnya sudah berapa banyak bahagian videonya yang telah diedit dan kita juga tidak tahu berapa kali bahagian yang dibuang dan akhirnya dipotong. Tahu-tahu video dan gambarnya gah dan cantik dijadikan sebagai moment indah..
.
Kita tidak tahu proses jatuh bangun dan kemelut di sebaliknya..
.
Dan akhirnya… Bila gambar dan video siap diedit yang kita lihat cantik dan mewah itu adalah satu penipuan di sebalik ingin menutup celanya. Dan itulah yang membuatkn ada perasaan pada sesetengah orang yang hendak cepat-cepat bernikah.
Pernikahan Bukan Sekadar Majlis Gilang Gemilang
Ingat ya! Pernikahan bukan hanya dengan sebuah majlis yang meriah… Selepas daripada itulah bermulanya sebuah kehidupan yang sebenar…
.
Jangan hanya melihat pada majlis itu cantik, lancar, bajunya cantik, gambar dan videonya romantik tidak ada kemelutnya..
.
Pastikan kita kenal betul-betul siapa manusia yang akan teman kita sepanjang hayat… Carilah yang betul-betul… Sebab pasangan kitalah yang akan tahu baik, buruk kelakuan kita..
Dapat pasangan hidup yang baik… buat dunia kita seperti di syurga… Tetapi bila sudah tersalah memilih pasangan membuatkan kita seperti di neraka dunia..!
MW: Kebahagiaan rumahtangga bukan hanya diukur kepada betapa gahnya majlis, betapa besarnya rumah atau berapa banyak hartanya. Sebaliknya rumahtangga yang bahagia adalah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...