Puasa 6, puasa sunat yang ditunggu oleh setiap orang selepas menyambut hari raya aidilfitri. Ganjarannya amat besar, walaupun itu puasa sunat.
Nabi Muhammad SAW yang mana di dalam hadis ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun.
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
Riwayat Muslim (1164)
Ada sesetengah kita, hari raya kedua terus puasa 6. Seronoknya bila dapat menghabiskan puasa sunat ini. Namun, ada sesetengah kita dilema bila nak mulakan bila Maklum saja banyak pula jemputan rumah terbuka dan meraikan kawan-kawan.
Malah, ada yang tak puasa 6 kerana tetamu asyik datang beraya dan rasa tidak patut pula. Ini belum lagi kalau nak puasa sunat kena minta izin suami.
Walaupun ada alasan tersendiri, lebih baik kita dengan pendapat daripada Muharrik Daie ini tentang alasan yang selalu kita gunakan ini.
“Ustaz dah puasa 6? Tanya kak Jamilah kat ofis semalam selepas aku beri kuliah zohor.
“Baru sehari kak sebab saya demam pada dua hari raya sampai ahad. Isnin saya cuba puasa tapi lemah sangat. Tak lalu. Tengoklah sehari dua ni.” Jawab aku pada Kak Milah
“Itulah. Akak pun belum lagi. Asyik ada tetamu saja datang. Kalau tak layan tetamu tak boleh juga. Kata ustaz kat masjid tu, kita kena layan tetamu sebab tetamu ni ada haknya. Nanti berdosa pulak akak.”
Ads
“Boleh jer puasa kak.” Jawab ku rengkas.
“Dah tu macam mana dengan tetamu? Tak berdosa ke akak. Kan ada hadis nya ustaz?” Tanya kak milah lagi.
“Mana pulak dosanya akak. Betullah ada hadis tu. Hadis ni kak, kita orang awam tak boleh faham secara literal macam tu. Ada huraian nya. Malah hadis tetamu pun bukan tingkatannya soheh.
Guru saya kata, tetamu yang dimaksud kan itu adalah tetamu dari jauh. Tetamu yang jarang datang. Yang datang sesekali. Bukan tetamu yang dekat, macam kawan ofis kita, jiran kita dan sebagainya.
Kalau tetamu jauh tu haruslah kita melayannya. Kalau tak berbuka pun tak apa, tak haram.
Hanya harus saja. Panjang kak nak bicara pasal hadis ni. Jadi, akak puasa jer lah. Inshaa Allah. Tak apa apa.” Ujar ku lagi.
Nak Puasa Kena Minta Izin Suami?
“Ini akak nak tanya satu lagi soalan. Boleh kan ustaz?”
“Boleh jer kak?” Jawab aku.
Ads
“Macam mana pulak kalau suami akak tak izin puasa enam tu?”
“Kenapa pulak suami akak tak izin?” Aku bertanya kembali.
“Saja akak tanya. Sebab ada orang kata, kalau suami tak izin, haram berpuasa. Betul ke ustaz.”
“Ohhh betulah tu kak. Tapi saya rasa boleh jer pakat pakat dengan suami puasa bersama.”
“Kenapa pulak kena minta izin ustaz?” Tanya kak milah lagi.
Dalam hati aku, kak milah ni saja saja tanya atau pun memang tak tahu betul.
“Begini kak. Hak suami terhadap isteri tu wajib. Dan puasa enam tu sunat. Jadi andaikata, akak puasa enam tanpa izin suami, dan suami pula pada siang hari meminta nak ‘bersama’ dengan akak sebab tak boleh tahan nafsunya, jadi akak wajib tunaikan hak suami. Sebab itu puasa sunat kena minta izin suami. Sebab menunaikan hak suami itu wajib. Bila wajib bertemu yang sunat, wajib kita menunaikan yang wajib. Kalau tidak akak berdosa. Dosa besar tau kak.” Ujarku panjang lebar.
“Owhh. Akak ni sebenar nya tahu ustaz cuma nak confirm saja. Bila ustaz terang tu, baru akak yakin, hehe.”
Ads
Perkara Kena Ulang Selalu
Aku hanya geleng kepala saja melihat telatah kak milah.
Sebenarnya perkara agama ni memang kita kena ulang ulang selalu. Sebab kita ni mudah lupa.
Apalagi dalam amal amal yang setahun sekali. Mengaji agama itu ilmu. Bertanya juga ilmu.
Menjawab pertanyaan juga ilmu. Jadi bila ada ilmu, terasa nikmat kita beramal. Kerana apa?
Kerana beramal tanpa ilmu sia sia.
Mingguan Wanita : Betul apa yang dikatakan itu. Kalau nak, buat terus, nanti klau dah tinggal, nak sambung balik memang ‘bercinta’, banyak dugaan lain pula.
Pelakon berbadan sasa, Sharnaaz Ahmad selepas sah bercerai dengan bekas isteri, Noor Nabila pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam mereka telah mencapai kata sepakat dan bersetuju dengan tuntutan yang dimeterai dalam perjanjian penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi Syariah.
Sharnaaz akui dia bersyukur kerana kes ini akhirnya selesai selepas kedua-dua peguam berbincang dan bersepakat menyelesaikan kes.
“Saya dan Nabila, keutamaan kami adalah Jebat. Walaupun kami tidak boleh meneruskan hubungan sebagai suami isteri, tapi kami masih berkawan,” katanya.
Sharnaaz dan Nabila yang juga kakak kepada Neelofa berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang berusia dua tahun.
Sharnaaz Setuju Memberi Nafkah Anak RM1,200
Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus, tuntutan yang dimeterai melalui surat ditandatangani kedua-dua pihak membabitkan nafkah edah, hadanah atau hak penjagaan dan nusyuz yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamed Fauzi Mokhtar. Melalui prosiding itu, peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Noor Nabila, 36, selaku plaintif mengemukakan bahawa pihak defendan iaitu Sharnaaz, 35, bersetuju untuk memberi nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan.
“Pihak defendan bersetuju untuk memberi nafkah anak RM1,200 sebulan termasuk defendan dibenarkan berjumpa anak mereka selain penarikan balik permohonan nusyuz difailkan defendan.
“Plaintif juga bersetuju untuk mengetepikan tuntutan mutaah melainkan sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dipindah milik kepada plaintif. Penjagaan anak turut diberikan kepada plaintif dan tuntutan nusyuz telah dibatalkan,” katanya.
Sementara itu, Peguam Ummi Kartini Abd Latif yang mewakili Sharnaaz mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma dikemukakan dan dipersetujui.
Selepas terma-terma itu dibacakan, Hakim Syarie Mohamed Fauzi bertanyakan kepada Sharnaaz dan Noor Nabila adakah mereka bersetuju dengan perjanjian tersebut, kedua-duanya bersetuju dan menerimanya sukarela termasuk tiada paksaan daripada mana-mana pihak.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my Sumber Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad & Instagram Noor Nabila Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cita-cita untuk berkahwin awal membuatkan Elyana nekad untuk melamar suaminya dahulu. Malah tak kisah pandangan orang lain dengan istilah ‘perigi cari timba’. Sekaligus ia demi mencapai impian untuk bergelar seorang ibu.
Pelantun lagu popular Kalis Rindu, Erneelya Elyana Emrizal, 35 mendedahkan perkara tersebut menerusi hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.
“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal.”
“Sebab tu saya yang MELAMAR suami saya..masa tu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin.”ujarnya.
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin,47 pada tahun 2010. Usia perkahwinan yang memasuki 12 tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 12 dan seorang anak angkat, Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Ternyata jarak usia 12 tahun bukanlah penghalang dalam mengecap bahagia. Malah sehingga kini Elyana bahagia melayari bahtera bersama suami tercinta yang sentiasa berada di sampingnya.
Sementara itu, Elyana yang juga merupakan seorang pejuang kanser melahirkan rasa syukur apabila dirinya bebas sepenuhnya daripada kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.
Mingguan Wanita:Wah tak sangka Elyana yang melamar suami dahulu.Bagi wanita, jika sudah berjumpa jodoh dan pasangan yang serasi, memang tiada salahnya untuk ‘memulakan langkah’ melamar kekasih hati dahulu. Tiada istilah ‘perigi cari timba’ untuk tujuan yang baik. Lambat-lambat nanti melepas! opps.
Tak dapat bayang bila raya tanpa mak ayah. Setiap tahun dah tentu tak sabar untuk balik beraya dengan mak ayah, adik beradik dan sanak saudara di kampung. Jem pun redah saja asalkan dapat bertemu dengan orang yang kita sayangi.
Apakan daya, semua ini atas aturan Allah. Inilah yang liku kehidupan yang dilalui oleh 3 adik beradik masih muda yang kehilangan mak ayah. Kini mereka raya tanpa mak ayah dan hanya menumpang kasih bapa saudara.
Peristiwa kemalangan yang berlaku 4 tahun lalu yang meragut mak ayah. Sekaligus menjadikan mereka yatim piatu bila mak ayah meninggal di tempat kejadian.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...