Setahun sekali, kalau boleh semua yang dihidangkan oleh tuan rumah mesti nak rasa. Nanti bila balik teringat-ingat pula. Inilah kebiasaannya tiap kali tiba musim perayaan, rugi kalau tak makan.
Walaupun raya setahun sekali dan mungkin juga ada sesetengah hidangan yang disediakan itu ada sepanjang masa. Tapi, dah nama hari raya, mestilah ia memberi keseronokan dan kelainan berbanding hari-hari lain.
Tanpa sedar, apa yang kita makan dari setahun sekali inilah telah membuatkan kita langgar pantang. Bukan saja diet ‘ke laut’ tapi juga tentang masalah kesihatan yang kita hadapi sebelum ini.
Keterujaan masyarakat muslim ‘membalas dendam’ meraikan perayaan Aidilfitri berpotensi mengubah corak pemakanan mereka secara drastik terutamanya ketika aktiviti ziarah lebaran atau menghadiri rumah terbuka.
Apabila berkumpul bersama, tentulah pelbagai cerita ingin dikongsi menjadikan kegembiraan melebihi daripada kebiasaan sehingga tidak sedar suapan terus ke mulut berturut-turut tiada henti.
Ads
Tanpa sedar, amalan inilah boleh mencetuskan penyakit sama ada sedar atau tidak berikutan menu yang terhidang ketika Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya tinggi kandungan gula, garam atau lemak berlebihan.
Pegawai Dietetik SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Laila Fadhilah Omar, turut berkongsi pandangan dan kesan-kesan buruk daripada amalan tidak sihat ini. Sila beri perhatian, ya!
‘Setahun sekali’ tidak seharusnya dijadikan alasan kerana setiap individu amat disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat sepanjang masa dan bukan bermusim terutamanya golongan berisiko bagi mengelakkan kesihatan mereka semakin merosot.
Alasan begini sangat bahaya kerana risikonya lebih tinggi terutamanya kepada penghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolestrol atau hati berlemak.
Keadaan tersebut akan bertambah buruk lebih-lebih lagi jika pengambilan ubat diabaikan kerana boleh mencetuskan situasi lebih buruk contohnya kemerosotan buah pinggang, kerosakan saraf, serangan jantung atau strok.
Orang Sihat Pun Berisiko
Bagi yang sihat pula, jangan terlalu gembira makan tanpa sukat kerana mereka juga berisiko mengalami pertambahan berat badan secara drastik menjurus kepada obesiti sekaligus mengundang pelbagai penyakit.
Ads
Katakan kita makan lebih daripada yang perlu selama sebulan, ia dah cukup untuk beri perubahan kepada berat badan dan bentuk fizikal menjurus kepada obesiti sekaligus mengundang pelbagai jenis penyakit.
Selain itu, ia berisiko mencetuskan masalah kesihatan seperti simptom pedih hulu hati atau dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), berpunca daripada pengambilan makanan berterusan terutamanya yang terlalu pedas, berasid dan berlemak.
Tidak salah kalau nak nikmati pelbagai menu raya cuma berpada-padalah. Ambil kuantiti sedikit lebih-lebih lagi jika banyak jemputan atau rumah terbuka yang perlu dihadiri. Minum air kosong dan bersenam secara rutin.
Kepada tuan rumah pula, usah desak tetamu untuk menikmati juadah yang anda sediakan kerana mereka elak mungkin bersebab. Jangan kerana ingin mengambil hati, mereka terpaksa melanggar ‘pantang’.
Tambahnya, peranan segenap lapisan masyarakat sangat penting dalam membentuk kesedaran betapa perlunya amalan diet sihat sepanjang masa terutamanya di musim perayaan.
Ads
Selain pemakanan dan senaman, jangan lupa lakukan rutin pemeriksaan kesihatan dua kali setahun selain menyokong usaha-usaha agensi kerajaan dan swasta yang menganjurkan aktiviti sihat atau kempen seperti berjalan 10,000 langkah sehari.
Gembira, kenyang dan sihat atau gembira, kenyang dan merana. Mana satu anda pilih?
Mingguan Wanita : Jangan kerana setahun sekali boleh buat kita menyesal tak sudah. Berpadalah.
Bila usia semakin meningkat mesti ‘terkehel’ sana, ‘terkehel’ sini. Sakit urat dan kebas badan mu dah mula terasa. Sebab itu, bila sakit jangan dibiarkan dan perlu buat sesuatu.
Sakit urat atau kebas anggota badan tidak hanya sembuh dengan mengurut tapi boleh juga amalkan minuman yang berkhasiat atau air rebusan yang memang sudah tahu mujarabnya.
Salah satu cara untuk hilangkan sakit urat dan kebas adalah dengan mengambil minuman dari serai, halia dan halba. Inilah yang dikongsikan oleh Ida Shahida tentang petua untuk hilangkan masalah ini.
Petua untuk kebas dan sakit urat saraf tangan atau mana mana anggota badan.
Rebus serai, halia dan halba. Minum 3 kali sehari. (boleh campur daun pandan).
MESTI DIAMALKAN SETIAP HARI UNTUK HASIL YANG MEMUASKAN.
Caranya:
6 batang serai – diketuk
2 helai daun pandan – dikoyak
½ tapak tangan halia besar
2 sudu besar halba
1 ½ a mineral besar atau 6 gelas air (biarkan didih sampai tinggal 3 gelas air rebusan).
1 sudu besar/kecil madu lebah asli
(Masukkan dalam gelas minuman dan pastikan air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku baru masukkan madu.
Semua bahan disatukan dan rebus dengan api yang perlahan sampai mendidih lama.
Sejukkan atau suamkan.
Apabila air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku, baru boleh campur madu lebah asli 1/2-1 sudu besar ke dalamnya.
Minum 3 gelas sehari.
Setiap air rebusan mestilah menjadi separuh dari paras air yang biasa. Baru jadi ubat dan berkhasiat.
Jadi mesti direbus lama.
Jika nak direbus lagi perlukah dibuang semua bahan atau sekadar menambah saja bahan?
tambah sedikit bahan yang baru setiap kali merebus dan bila dah 3 kali rebusan ganti baru kesemuanya sebab sudang hilang pati.kekalkan kualiti dan power.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu untuk anda yng mengalami masalah ini. Boleh cuba nanti.
Menerusi akaun instagram pendakwah bebas, yang juga juara Da’i Pendakwah Milenia TV3 2014, Da’i Farhan (Ustaz Nik Farhan) berkongsi berita. Pernikahannya dengan isteri kedua yang juga ibu anak 8 di Tanah Suci Makkah.
Ustaz Nik Farhan atau nama sebenarnya, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad, 29 juga memaklumkan. Perkahwinan kali keduanya itu mendapat restu daripada isteri pertamanya.
Kongsinya,
“Daku tak mencari dia, dia tak mencari daku.. Allah yang pertemukan kami di sisi Baitullah, di bawah payungan langit Kaabah.. di Tanah Suci jugak kami disatukan dengan ikatan pernikahan.. amanah buat ku untuk mendidik dan menjaga isteri kedua ku ini bersama 8 orang anaknya yang baik hati semuanya..”
“Terima kasih buat isteri pertama ku yang sentiasa tabah & kuat semangat dengan hakikat ini.. moga segalanya dalam redha & rahmat Ilahi.. aamiin.. mohon semua doakan yang terbaik untuk ustaz & amanah yang Allah berikan pd ustaz ini..fii amanillah.”
Moga Gambar WhatsApp Menjawab Segala Fitnah..
Selepas dua hari berkongsi berita perkahwinannya itu, Ustaz Nik Farhan memuat naik status whatsApp isterinya dengan ‘dia’. Bagi menjawab fitnah yang viral tentang dirinya; bernikah tanpa restu isteri pertama yang sedang sarat mengandung.
Tulisnya,
“Moga gambar wassup isteri saya dengan dia pada 1 Nov yang lalu menjawab segala fitnah yang dia viralkan.. teman-teman sekalian ingatlah, manusia yang hebat mulia adalah manusia yang nyawanya telah terhenti, tetapi pahala untuknya tak pernah terhenti..
“Tetapi manusia yang MALANG & HINA adalah manusia yang nyawanya telah terhenti, tetapi saham DOSA untuknya tak pernah terhenti.. itulah bahaya fitnah, penyebar dan penyokong nya.. maafkan daku ya Allah, insan yang hina lagi kerdil ini.. ampuni dosa hambaMu ini..”
MW : Semoga kemelut yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan baik dan jalan hikmah.
Menjelang Aidilfitri 2025, dua jenama fesyen terkenal, ANUARFAIZAL dan Royal Sembilan, tampil dengan koleksi istimewa yang menggabungkan tradisi dan gaya moden. Kedua-duanya menawarkan rekaan eksklusif yang pasti menarik perhatian peminat fesyen tempatan.
ANUARFAIZAL memperkenalkan koleksi Hari Raya lelaki berkonsep boho-chic, yang memberi nafas baru kepada Baju Melayu. Koleksi ini menampilkan motif paisley dengan pilihan warna berani seperti fuchsia, turquoise, emerald green dan deep maroon.
Menurut pengasas dan pengarah kreatifnya, Anuar Faizal, koleksi ini mencabar fesyen tradisional dengan membawa unsur bohemian ke dalam pakaian Hari Raya lelaki.
Anuar Faizal
“Motif paisley yang unik, siluet yang lebih relaks, dan warna-warna berani melambangkan gaya moden yang bebas tetapi tetap elegan,” katanya.
Selain bergaya, koleksi ini juga menitikberatkan keselesaan dan kemewahan. Ia diperbuat daripada fabrik import berkualiti tinggi dengan potongan regular fit hingga oversized, sesuai untuk pelbagai gaya. Rekaannya yang versatil membolehkan pemakai memadankan koleksi ini dengan aksesori atau seluar moden untuk tampilan lebih unik.
Koleksi ANUARFAIZAL Raya 2025 kini boleh didapati secara pre-order sahaja dan dijangka mendapat sambutan tinggi.
Sementara itu, Royal Sembilan, jenama diasaskan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Puteri Jawahir, Puteri Negeri Sembilan, tampil dengan koleksi yang meraikan warisan budaya melalui rekaan moden dan mewah.
Koleksi Prêt-à-Porter menawarkan kaftan sutera bermotif flora dan geometri yang elegan dalam saiz M hingga XL. Kaftan ini boleh dibasuh mesin, bersumber secara tempatan dan dibuat di Malaysia.
Koleksi Raya Couture
Bagi mereka yang mencari sesuatu yang lebih eksklusif, koleksi Raya Couture menampilkan kaftan edisi terhad daripada sutera Thai Jim Thompson. Rekaan one-size-fits-all ini hanya boleh dicuci kering, menambahkan elemen kemewahan kepada pemakainya.
Menariknya, koleksi Royal Sembilan ini turut mendapat sentuhan kreatif Anuar Faizal, menghasilkan gabungan moden dan klasik yang unik.
“Di mana rekaan ikonik bertemu fabrik luar biasa, itulah yang ingin kami tonjolkan dalam koleksi ini,” kata DYAM Tunku Puteri Jawahir.
Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian serta di Butik Royal Sembilan di Bangsar Village II, Kuala Lumpur. Ia juga akan diperkenalkan kepada pasaran Brunei dari 20 hingga 23 Mac 2025.
Inspirasi Alam Semulajadi
Selain fesyen, Royal Sembilan turut berkolaborasi dengan LOVITALIA dan Leaf’s Mark Cafe bagi melengkapkan pengalaman Ramadan dan Aidilfitri.
LOVITALIA memperkenalkan koleksi Aidilfitri khas yang diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi, menampilkan rekaan anggun dan selesa untuk wanita.
Leaf’s Mark Cafe pula menawarkan hidangan berkhasiat yang sesuai untuk berbuka puasa dan menikmati juadah Aidilfitri dengan lebih sihat.
Kolaborasi antara ANUARFAIZAL, Royal Sembilan, LOVITALIA dan Leaf’s Mark Cafe ini bukan sekadar meraikan fesyen Melayu dalam gaya moden, tetapi juga memberi pengalaman sambutan Aidilfitri yang lebih istimewa.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...