Bila melihat api marak sudah pasti kita akan berasa panik. Bagi keselamatan diri dan yang tersayang, Penguasa Kanan Bomba II, Puan Mazila Abu Mutalib menasihati agar jangan cepat panik dan cuba tenangkan diri.

Jangan Cepat Panik Bila Lihat Api Marak!
Elizad bersama Sherry dan tetamu jemputan Puan Mazila.

“Biasanya bila lihat api, sudah tentu orang akan berasa panik. Saya mahu kongsikan beberapa tips agar anda dapat menangani perkara ini dengan baik.

“Pertama jangan panik dan cuba bertenang. Kedua terus hubungi Bomba dan paling penting ingat nombor telefon kecemasan.

“Ketiga gunalah Fire Extinguisher, kami dari pihak Bomba menyarankan setiap rumah perlu ada alat ini. Malah kami juga ada jalankan kempen satu rumah satu alat pemadam api. Tapi saya ingatkan disini bukan semua api boleh gunakan Fire Extinguisher. Alat ini hanya sesuai digunakan untuk padamkan api pada peringkat awal. Bila api besar (marak) jangan sesekali gunakan alat ini.

IKLAN

“Keempat bila terperangkap dalam bilik, jangan terus keluar dari pintu, caranya rasakan suhu di tangan dulu, bila berlaku kebakaran di dalam rumah, di pintu akan rasa haba. Kalau rasa selamat, buka pintu perlahan-lahan kemudian merangkak keluar secara perlahan-lahan, jangan terus bangun kerana udara panas berada di atas,” unkap Mazila ketika diwawancara sewaktu program Bual Bicara MW berlangsung.

Selain itu Mazila juga menambah jika berlaku kebakaran jangan sesekali patah balik masuk ke dalam rumah. Ini kerana kemungkinan besar akan ada syiling jatuh menghempap kita. Jadi selepas dapat keluar dari rumah lebih baik terus dapatkan bantuan jiran terdekat atau bomba.

IKLAN

60 Peratus Rumah Terbakar 

Selain itu, artis terkenal Shah Slam juga turut dijemput dan berkongsi cerita pengalaman tatkala rumahnya dijilat api, pada Ramadan lalu.

“Kami sekeluarga tiada dirumah pada waktu kebakaran berlaku. Jiran-jiran telefon beritahu tentang kejadian dan memberi video kepada saya. Dalam hati saya berkata, janganlah kena rumah sebelah-sebelah.

IKLAN

“Jiran hubungi bomba dan saya sangat berterima kasih kerana jiran-jiran banyak membantu. Sewaktu menyaksikan video yang dihantar kepada saya, saya dapat lihat api marak di tingkat atas bilik belakang.

“Saya rasa bersyukur kerana semasa kejadian kami tidak ada di rumah. Selain itu Bomba juga cekap jalankan tugas dan jiran-jiran banyak membantu.

“Pengajaran terbesar pada saya lepas guna plug silalah tutup. Jangan dibiarkan plug sentiasa on,” terang Shah Slam.

Jangan Cepat Panik Bila Lihat Api Marak!
Shah Slam rasa bersyukur kerana ramai pihak membantu memadamkan api ketika kejadian.
Jangan Cepat Panik Bila Lihat Api Marak!
Sewaktu hadir pagi tadi di studio Bual Bicara MW.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI