Foto ; Gambar hiasan Drama Risik Pada Hati

Jangan biarkan isteri kepenatan hingga air mata mengalir, nak diluahkan takut suami serabut dan menyusahkan. Begitulah sifat seorang isteri yang banyak memedam rasa.

Sebagai seorang suami fahamkanlah sikap isteri dan jagalah hati permaisuri mu dengan baik.

Jangan Biarkan Isteri Kepenatan Hingga Air Mata Mengalir, Nak Diluahkan Takut Suami Serabut & Menyusahkan

Jangan Biarkan Isteri Kepenatan Hingga Air Mata Mengalir

Kadangkala perkara biasa bila terlalu penat air mata akan secara automatic mengalir. Wanita yang bergelar suri rumah sememangnya sangatlah kuat, dia perlu menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Begitu juga wanita yang bekerjaya, pulang ke rumah pelbagai tugas menanti. Namun jika suami memahami, isteri tidak akan berasa penat. Malah jika hati isteri girang, kerja yang berat akan menjadi lebih ringan. Asalkan hatinya seronok apatah lagi bila suami tersayang membantu membuat kerja-kerja rumah.

Jangan Biarkan Isteri Kepenatan Hingga Air Mata Mengalir, Nak Diluahkan Takut Suami Serabut & Menyusahkan

Menerusi perkongsian, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah memberi tip dan nasihat yang cukup berguna buat suami agar dapat menjaga baik hati isteri.

“Sungguh para isteri jadi burnout, penat, breakdown ni disebabkan emosi dan mental.

Lagi-lagi pula kalau suami tak faham keadaan isteri.

IKLAN

Ia tak dizahirkan, perlu digali dan diperhati dengan penuh fokus dan berhati-hati.

Kerana isteri ini sangat pandai memendam. Nak diluahkan takut buat suami serabut dan menyusahkan.

Maka disimpannya kemas-kemas. Dia menangis dan mengalirkan air mata di balik sebuah senyuman buat suami.

Itulah hikmahnya Allah anugerahkan pada lelaki jumlah akal yang banyak, supaya lihat dari pelbagai sudut dan menyelesaikan misteri nusantara paling besar di dunia iaitu hati wanita. Heheh!

Hal Kecil Pun Akan Buatkan Isteri Cepat Marah

Tanda-tanda isteri sedang burnout ialah cepat marah atau meninggikan suara pada anak-anak. Walaupun hal yang berlaku adalah kesalahan kecil.

Anak sepahkan rumah.

Anak lupa nak siapkan kerja sekolah.

Anak diam je tak menyahut bila dipanggil.

Isteri terus hilang sabar.

Apabila dia dah mula tinggi suara tu, ketahuilah bukan anak yang bersalah tetapi mental dan emosinya yang tak dapat menampung kesabaran dalam melayan anak-anak.

Ditambah pula dengan moodnya yang hilang untuk bergurau. Kurang bercakap seperti biasa, mula jauhkan diri serta mengasingkan diri semasa di dapur atau bilik tidur, dan ada juga masa kita nampak dia menangis tanpa sebab.

IKLAN

Waktu itu, kita cepat-cepatlah kesat air matanya. Dan terus ambil alih peranan dan tanggungjawabnya. Biarkan dia berehat.

Kata, “awak rehatlah dulu. Pergi mandi, bersihkan diri dan baring ya. Biar abang masak dan jaga anak-anak.”

Masa itu, yakinlah walau penat macamana pun dia, tetap dia akan rasa lebih lega dan tenang seketika kerana dia ada suami yang bertanggungjawab, prihatin dan penyayang.

Para suami, jangan biarkan isteri kepenatan dan kalian perlu yakin satu perkara ini, bila isteri hilang penat, dia akan gembira, dan bila kamu lihat dia gembira, penat kamu juga turut hilang.

Kena selalu buat begini. Kena selalu hadir untuk isteri,” kongsi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Sebagai Isteri Kena Patuh, Reda & Sabar” Komen Warganet 

Menerusi ruangan komen ramai yang berterima kasih kepada Tok Abah kerana berkongsi nasihat yang sangat berguna.

IKLAN

Jangan Biarkan Isteri Kepenatan Hingga Air Mata Mengalir, Nak Diluahkan Takut Suami Serabut & Menyusahkan Jangan Biarkan Isteri Kepenatan Hingga Air Mata Mengalir, Nak Diluahkan Takut Suami Serabut & Menyusahkan Jangan Biarkan Isteri Kepenatan Hingga Air Mata Mengalir, Nak Diluahkan Takut Suami Serabut & Menyusahkan

Baca Disini : Jangan Cerita Keburukan Pasangan, Itu Adalah Kesilapan Terbesar Bekas Suami Isteri – Dr Zulkifli

BAHAGIA Suami Isteri Bukan Setiap Masa Gembira, Ada Hari Tak Bercakap Juga!

Mingguan Wanita: Suami jangan biarkan isteri keletihan.

Sumber / Sumber Foto : Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI