Jahit Leher Baju Lebih Kemas, Jimat Masa & Tak Payah Sembat!

Share

Bagi mak-mak yang pandai menjahit atau tukang jahit, bab yang paling renyah adalah untuk jahit bahagian leher baju. Memang makan masa, terutamanya nak sembat silang pangkah pada bahagian tersebut.

Sebenarnya, tak perlu susah payah lagi, boleh cuba jahit leher baju ikut perkongsian ilmu oleh tukang jahit, Kyla Stylish ini. Menurut wanita ini, teknik tersebut merupakan cara paling mudah dan cepat untuk jahit leher tanpa perlu guna kain gam sebagai lapik dalam. Lebih jimatkan masa, malah boleh siapkan 5-7 helai baju dalam masa masa sehari.

Berikut perkongsiannya;

CARA MUDAH JAHIT LEHER

“Kali ni kyla nak share cara paling mudah + cepat untuk jahit leher tanpa perlu guna kain gam sebagai lapik dalam. Dan tak perlu nak bersusah payah buat bias tape bagai.. Paling best dah tak payah susah-susah nak sembat ( silang pangkah ).Jimat masa!! Boleh pulun sehari 5 – 7 pasang pasti siap”.

“Tapi, dok pulun-pulun pon mesti kena jaga kualiti OK. Jangan abaikan kualiti sebab nak kejar kuantiti dah laaaa. Kesian customer dah bayar mahal-mahal, tapi hasilnya tak seberapa.”

“Sebelum ni kyla pernah share cara mudah jahit leher baju kurung yang ada belahan tengah.Alhamdullilah, feedback sangat baik.Ada yang siap PM kyla and share gambar hasil jahitan beliau setelah rujuk post yang kyla pernah share tu.”

“Kali ni hampir 30 gambar yang kyla share tau!! Supaya mudah di fahami. Penerangan ada pada setiap gambar.. So, rajin-rajin la klik setiap gambar dan baca penerangan tu ye.

“Ilmu Allah elok la di panjang panjangkan.Mudah-mudahan banyak beri manfaat kepada orang lain juga.”

Cara Membuat:

1.Ni hasil leher hadapan.

2.Hasil leher belakang.

3.Ambil lebihan kain perca. Bentangkan pada papan iron.

4.Lipat kain perca menjadi serong. Dan iron kain tersebut!

5.Tanda 3/4 inci pada garisan serong kain perca.

6.Gunting ikut garisan yang telah ditanda 3/4 inci.

7.Ni rupa kain perca yang dah siap digunting serong tadi.. Untuk kegunaan lapik / kemasan leher. Ala-alaaa macam bias tape jugak. Tapi tak payah susah-susah nak iron lagi dah part dalam.

8.Ni kyla dah siap jahit zip dengan cantum bahu.. so, jahit zip & cantum bahu dulu laaaa.

9.Ambil kain lapik serong tadi.. letak hujung-hujung basi zip. Dan jahit 1/2 inci ok. Macam dalam gambar tu.

10.Jahit keliling 1/2 inci tau!! Kain lapik tu kan dah potong serong. So, kain tu akan ikut je pusingan bulat leher tu sebab memeri.. mesti potong serong. Kalau lurus je tak kan jadi faham!!

11.Jahit sampai habis keliling leher tu.. sama je 1/2 inci.. kalau ada balance kain lapik tu potong buang bagi sama basi hujung zip tu.

12.Dah siap jahit keliling leher! Yeayyyy.. Eh, belom siap penuh lagi tu.. sabar sikit je lagi.

13.Ni ghupa yang dah jahit kain serong tadi.. buruk lagi tu. Kena jahit lagi tuk kemasan dalam.

14.Ambil gunting dan guntingkan / potong basi dalam tu tinggai 1/4 inci je tau!! Buang peghabis basi keliling leher tu.

15.Dah siap buang basi. Jahit tindih pada lapik kain tu. Macam dalam gambar.

16.Jahit tindih keliling bagi peghabis.. Nampak tak macam gambar tu.

17.Ni part nak kemaskan tang zip.. leceh sikit. Tp kalau dah paham mudah je.Mesti puas hati laaa.. hasil jahitan nampak kemas sangat. Bentang macam tu tau! Senang nak paham tuk gambar seterusnya nanti.

18.Tarik lapik tu terbalikkan kebawah.. macam dalam gambar tu. Dan jahit atas lapik tu.

19.Ni pon sama.. Tarik lapik tu Terbalikkan dan jahit.. Nampakkan? Baik cakap nampak! Hehe. Jenuh tau nak amik satu persatu gambar tuk korang mudah paham..

20.So?Tengok la gambar tu.. Terbalikkan lagi.. tarik hujung zip tu keluar.. Peghati gambar tu betul-betul..

21.Nampak tu.. lapik tu lipat macam tu.. yang lebih2 jolok masuk dalam.. Jangan ada yang keluar pulak!! Dan mula jahit dari hujung zip.. Jangan jahit zip pulak. Nanti x boleh tarik zip sampai habis. Hehe.

22.Jahit tindih ikut lapik tu keliling leher tu!

23.Jahit sampai habis tau.. Nampakkan macam dalam gambar tu!

24.Ha, siap dah ni.. Iron bagi nampak kemas + cantik lagi ye. Rajin-rajin la iron. Jangan nak jimat letrik sangat.

25.Alhamdullilah.. siap dah!! Ni hasilnya.. Macam mana hasilnya ni bagi pendapat korang? Dah tak payah nak susah-susah jahit sembat pulak kan? Mudah tak?Kalau mudah tolong la share post ni.. supaya dapat mudahkan kerja orang lain jugak! Sama-sama dapat pahala. In sha Allah..

26.Ni hasil pandangan leher belakang pulak.. Nampak tu zip boleh tarik peghabis sampai ataih.. Ok x?

27.Patung fitting pun nampak cantik je kan leher tu. Terletak je kan!! Baik puji cantik. ( perasan je lebih ) hehe.. Dah sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. ye dak?

MW: Semoga perkongsian ilmu jahitan ini bermanfaat. Kerja menjahit bahagian leher lebih mudah dan nampak kemas! Paling penting tak perlu sembat lagi dah.

Sumber:Kyla Stylish

IKLAN