Jaga Tudung Awning Tak Susah Mana, Masa Beli Pilihlah Kain Berkualiti

Penggemar tudung awning, kebiasaannya akan berdepan masalah ‘awning’ tudung patah mahupun rosak selepas dicuci beberapa kali. Sebenarnya ada cara macam mana nak pastikan tudung awning yang ada dalam simpanan tahan lama dan macam baru sentiasa.

Lagi-lagi tudung awning eksklusif yang begitu anda sayang, bila rosak tentu susah hati dibuatnya. Penggemar tudung awning, anda kenalah cuba cara penjagaan yang dikongsikan ini. Sebab inilah cara berkesan untuk pastikan tudung tahan lama dalam simpanan anda.

 

Jaga Tudung Awning Tak Susah Mana, Masa Beli Pilihlah Kain Berkualiti

 

Pertama : Pilih Kain Berkualiti Semasa Membeli

Pilih tudung awning dengan fabrik atau kain berkualiti. Pastikan kain tudung dari jenis yang lembut dan selesa ketika dipakai. Awning tudung pula dari material yang tak mudah rosak malah tahan lasak sewaktu dalam penjagaan dan simpanan pun perlu diambil kira.

Tudung awning dari Jahans Hijab misalnya dihasilkan dari kain Chiffon tinggi kualiti. Awningnya pula diperbuat dari kain scuba dan neoprene yang berkualiti dan tahan lama. Ia membolehkan tudung terbentuk elok , terletak cantik mengikut bentuk wajah.

Paling penting, kainnya tidak jarang dan mudah diseterika. Jimat masa bukan!

Tip : Seterika awning tudung dari bahagian dalam dan gunakan suhu sederhana rendah semasa menyeterika. Cara ini memastikan awning tahan bertahun lamanya.

Kedua : Jangan Ramas Tudung Semasa Mencuci

Tudung sebaiknya dicuci dengan cucian tangan, bukan menggunakan mesin basuh. Semasa mencuci elakkan meramas tudung. Sebaiknya celup dan angkat tudung untuk beberapa kali semasa proses mencuci.

Cara ini juga menjaga batuan tudung untuk tudung jenis corak berbatu daripada tertanggal. Namun, tudung awning Jahans Hijab ini begitu sinonim dengan batuan tudung yang tahan tanggal. Kualitinya yang tahan lasak ini disebabkan Jahans sendiri mengupah pakar batuan tudung bagi memastikan kualitinya sentiasa yang terbaik.

Jadi, tak perlulah risau semasa mencuci. Proses ini takkan buatkan batuan tudung anda jatuh semasa mencuci.

 

Jaga Tudung Awning Tak Susah Mana, Masa Beli Pilihlah Kain Berkualiti

 

Ketiga: Rendam 15 Minit, Gunakan Sabun Pencuci Tudung

Sebelum mencuci, sebaiknya rendam tudung anda selama 15 minit dengan sabun pencuci tudung yang sesuai. Sabun pencuci tudung ini akan membuatkan kain tudung kekal lembut, dan mengekalkan warna asal tudung.

Semasa membilas, gunalah air bersih dan jemur tudung anda di kawasan yang redup di bawah sinaran matahari yang terik.

Keempat : Jemur Tudung Awning Dengan Cara Yang Betul

Semasa menjemur tudung awning di bawah sinaran matahari itu, pastikan anda gantung tudung dengan cara yang betul. Pastikan semasa mengampai, anda tidak menyepit awning tudung. Sepit pada bahagian tudungnya.

IKLAN

Semasa melipat, gulung tudung dan masukkan ke dalam awning. Jangan tindih awning dengan objek yang berat ya.

Selamat mencuba!

Anda yang mahu mendapatkan tudung awning dari Jahans Hijab ini boleh dapatkan di :

Website www.jahanshq.com
IG : @jahansofficial
FB : jahans
WhatsApp untuk pembelian : 011-2746 7306

Boleh juga ke premis perniagaan Jahans Hijab di :

√     No 79
       Jalan Tuanku Abdul Rahman
       50100 KL

√     Aeon Au2 Setiawangsa 50100 KL
        Berhadapan Restoran Ayam Penyet

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI