Siapa yang tidak kenal dengan pelawak, pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad. Kehidupannya cukup sempurna bersama isteri dan kehadiran 3 puterinya.
Seperti yng kita sendiri tahu, isterinya Zira Ayub pernah bekerja sebagai pramugari sebelum mendirikan rumahtangga. Namun, selepas berkahwin, dia ambil keputusan untuk berhenti, walaupun baru tiga tahu dalam dunia pramugari.
Rupa-rupanya ada sebab isteri Nabil Ahmad ini berhenti kerja, walaupun pada waktu itu, gajinya telah mencecah RM7K.
Terbaru dalam video yang dimuat naik penyanyi Zarul Umbrella di apikasi TikTok, Zira pernah menjadi ‘flower pot’ atau lebih dikenali sebagai model untuk syarikat penerbangan tersebut.
“Saya pakai uniform, duduk sebelah VIP. Itulah ‘flower pot’, apa yang kita panggil kalau jadi kru kabin. Jadi, kalau dalam majalah ada orang yang sebelah bos besar, itulah nama ‘flower pot’,” katanya.
Menurut Zira lagi, untuk menjadi ‘flower pot’ bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia perlu mengambil peperiksaan kali kedua selepas gagal dalam tempoh latihan.
Ads
Pada masa yang sama, gaji pada waktu itu sebagai ‘flower pot’ sangat besar dan lumayan , lebih kurang RM7K (kira-kira 15 tahun yang lalu)
Bagaimanapun, Zira berkata kerjayanya sebagai peramugari hanya bertahan selama tiga tahun sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nabil Ahmad.
“Sebab Haji (Nabil) ada cakap, ‘kalau awak terbang (kerja), macam mana kita nak jumpa?’” kata Zira.
Kata Zira lagi, suaminya juga sanggup membayar ‘gaji’ sama dengan pendapatannya sebagai pramugari.
Ads
.
“Saya cakap dengan haji, ‘kalau saya berhenti, awak kena bayar gaji saya. Berapa saya dapat, itulah yang awak kena bayar setiap bulan’ dan dia pun bersetuju,” katanya.
Nabil mendirikan rumahtangga dengan Zira Ayub pada 30 Semptember 2011 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Naira Mikayla, 10 tahun, Layla Medyna, 7 tahun dan Mishall Imani, 4 tahun.
Mingguan Wanita : Best juga kan. Moga bertambah-tambah rezeki Nabil sekeluarga.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Baru-baru ini viral beberapa jenama sardin dalam tin ditarik semula penjualannya dari pasaran kerana mempunyai cacing.Memang geli dan naik loya bila memikirkan semula. Terus rasa ragu-ragu dengan tahap kebersihan dan cara pembuatannya sardin dalam tin ini.
Sebenarnya, mak-mak boleh buat sendiri je sardin di rumah. Pastinya lebih terjamin kebersihannya, bebas daripada bahan pengawet, malah lebih menjimatkan! Ialah jika dulu sardin dianggap ‘menu bajet’ dan sering jadi pilihan kerana harganya yang agak murah, namun sekarang tidak lagi. Ramai yang mengeluh kerana satu tin sardin kian mahal dan boleh tahan harganya.
Kalau dah begitu, apakata mak-mak cuba buat sendiri sardin di rumah ikut resipi ini;
Bahan-Bahan:
1 kg ikan sardin (buang kepala dan ekor)
2-3 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 inci halia (dihiris)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan Air
Sedikit garam dan perasa
Cara Membuat:
1.Tumis bawang besar, bawang putih,halia sebentar didalam periuk tekanan tinggi (presurre cooker).
2.Masukkan tomato diikuti bahan-bahan sos cili, sos tomato, cili kisar dan tomato puri, kacau sebati.
3.Masukkan air setengah cawan dan gaul rata.
4.Tambahkan garam dan perasa.
5.Masukkan ikan dan tutup periuk. Set high pressure selama 60-90 minit.Masak sardin hingga betul-betul lembut (sampai tulang ikan rapuh).
Siap!Boleh dihidang.
Info Ekstra:
1. Lepaskan ‘pressure’ perlahan-lahan dan buka penutup.
2. Sekiranya terlalu berkuah, boleh reneh sebentar (tanpa bertutup) untuk lebih memekatkan kuah.
3. Boleh dimakan terus atau dimasak semula mengikut kegemaran.
4. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
5. Jika guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
Kredit Resipi: Junaidah Bujang
Foto:Chef Sue M.Arukin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu mana air matanya tidak tumpah bila melihat anak kesayangan cedera. Insiden tersebut berlaku kepada anak sulung Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Lantas air mata Syatilla mengalir laju bila melihat Syeriv Samheizy, 4 tahun mengalami kecederaan hingga lukanya terpaksa dijahit.
Begitulah yang diluahkan oleh Syatilla menerusi hantaran sebuah video mengenai kejadian yang dialami anak kesayangan. Walaupun berlaku insiden tersebut namun sebagai seorang pelakon yang penuh komited Syatilla tetap ke set penggambaran bagi meneruskan tugasan dalam kerjayanya.
Anak Kena 7 Jahitan, Syatilla Mohon Doakan Syeriv Cepat Sembuh
Seperti yang diceritakan Syatilla akui sebagai ibu momen yang berlaku tidak akan dilupakan.
“TADI MENANGIS MENGAMUK, TIBA2 DIAM
“Ya allah moment di atas sampai bila takkan bubu lupa. Sedihnya ya allah tengok anak kita mcm tu.
“Terpaksa tidurkan dia untuk jahit bibir dia atau dia akan meronta-ronta kalau jahit dalam keadaan sedar.
“Ya Allah Macam Air Terjun Air Mata Bubu Ni”
“Ya allah macam air terjun air mata bubu ni. Ni baru sikit, tiba-tiba terdetik, macamana lah perasaan -mak-mak yang kena hadap anak kecil sakit kronik, kanser dan sebagainya.
“Allahuakhbar moga Allah kuatkan semangat ibu-ibu semua semua! Macam ni pun rasa tak sanggup tengok.
“Bayangkan hati tak senang fikir anak tiba-tiba kena lari sambung shooting. Terpaksa akur untuk menghormati masa orang lain yang terlibat sama. Depa pun ada famili tunggu kat rumah.
Allah Lancarkan Semuanya
“Susah hati jangan cakaplah, tapi alhamdulillah Allah lancarkan semua. Daripada sedih tiba-tiba kena bertukar buat lawak dalam campaign #rinduasmararaya. Kalau korang agak-agak mampu tak?
“Ni lahh yang dikatakan korban perasaan untuk kerja. Aku memang tabik orang-orang yang berjaya lalu apa yang Tilla baru lalu hari ini. Mungkin orang luar nampk biasa, tapi bagi aku sangat luar biasa.
“Doakan syeriv cepat sembuh cepat boleh minum susu balik. 7 jahitan habuan untuk @syeriv_samheizy anak bubu harini ya Allah,” kongsi Syatilla.
Allahu, nasib malang menimpa budak lelaki berusia 5 tahun ini bila menemui ajal dengan tragis ditangan ayah kandung sendiri! Semuanya gara-gara si ayah berhalusinasi gila, bahana mengambil syabu dan peminum tegar air ketum. Seorang ayah sanggup bertindak kejam apabila menetak anak kandungnya berusia lima tahun yang sedang tidur dalam kejadian di sebuah Flat di Puchong Permai, dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, suspek berusia 35 tahun dikatakan menetak tiga kali dibahagian kepala dan pergelangan tangan kanan anaknya itu sehingga maut dengan parang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata kejadian itu disedari seorang penduduk yang menyangkakan kanak-kanak itu jatuh dari tingkat 4 flat berkenaan sebelum melaporkannya kepada polis, kira-kira jam 5.45 petang.
“Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya di luar pintu rumah dan dia mengurung diri di dalam.
“Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya adalah mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya,” katanya dalam satu kenyataan.
“Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hanya Tinggal Berdua
“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa hanya tinggal berdua bersama bapanya di rumah dan pemeriksaan lanjut turut menemukan parang di dalam kediaman itu,” katanya, hari ini.
Tambah Azlin, hasil soal siasat ke atas suspek, lelaki terbabit mengaku membunuh mangsa selepas mendakwa mendengar suara menyuruhnya berbuat demikian.
Jelasnya, sebaik sahaja suspek menetak anaknya, kanak-kanak terbabit diletakkan di hadapan rumahnya manakala suspek mengurungkan diri dalam kediamannya.
“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai kes lampau berkaitan dadah dan siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Setakat ini kes dianggap selesai,” ujarnya.
Semoga berbahagia di syurga duhai anak. Diharap agar keluarga ini tabah dan diberi kekuatan dalam menghadapi ujian yang ditakdirkan ini. Semoga pelaku mendapat pengajaran yang setimpal.
Lavender bakery akui tiada sijil halal tapi guna bahan halal & patuh standart HACCP. Baru-baru ini, Lavender Bakery tampil memberikan penjelasan rasmi susulan dakwaan...