Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu! Jaclyn Victor telah dinobat sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dalam pertandingan akhir yang berlangsung malam tadi.
Bertempat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, penghibur berusia 45 tahun itu membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000, trofi, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan saucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka.
Pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor itu turut menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan produk Adabi bernilai RM500.
Jaclyn memukau para juri dengan persembahan mantap menerusi lagu When You Believe, Sandarkan Pada Kenangan (duet bersama Datuk Jamal Abdillah) dan Let’s Kill This Love bergandingan dengan Siti Nordiana, Liza Hanim serta Tomok) di pusingan battle. Ia sekaligus menawan hati para juri dan meletakkan dirinya di tangga pertama persembahan pada malam itu.
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 7, dan Molly Marguerite Rivera, 5, itu bergelut dengan masalah laryngitis pada minggu kelapan ASGV hingga mengakibatkan beliau menghadapi kesukaran untuk bertutur.
Mula bertapak dalam industri seni suara tanahair sejak 2003, penyanyi ini mula menempa nama dalam seni suara apabila menjadi juara Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004.
Jac mempunyai kemampuan vokal yang lunak sekaligus meletakkan dirinya sebagai salah seorang penghibur terbaik Malaysia .
Pelantun Di Bawah Pohon Asmara telah mengumpul 10 trofi Anugerah Industri Muzik, lima trofi Anugerah Juara Lagu, dua trofi Anugerah Bintang Popular dan dua trofi Anugerah Planet Muzik. Jaclyn juga telah memenangi satu trofi Anugerah Skrin, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Era.
Semua finalis tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima wang tunai bernilai RM10,000, trofi dan hadiah sampingan lain.
Untuk kategori Khas Anugerah Pilihan Boss Susu, ia dimenangi oleh penyanyi Naqiu.
Ads
Pengkritik dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri undangan, Ratu Rock, Ella.
Ads
Sementara menunggu keputusan diumumkan, penonton dihiburkan dengan persembahan Hael Husaini.
Ads
ASGV dikendalikan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Fizi Ali mohon Shakilla hadir ke mahkamah. Dek kerana terlalu rindukan anaknya, Ameena Sofia, penyampai radio, Fizi Ali tekad untuk membawa tuntutan hak penjagaan anak kepada mahkamah.
Malah Fizi yang tidak menemui jalan penyelesaian dengan bekas isteri, Shakilla Khoriri yang membabitkan urusan penjagaan anak mereka bertegas mahu membawa perkara ini ke mahkamah.
Fizi juga turut menyatakan dirinya telah memilih untuk menyerahkan kepada peguam berhubung tuntutan hak penjagaan anak mereka iaitu Ameena Sofia.
“Saya sudah bawa kes ini untuk diselesaikan secara undang-undang dan kami akan berbincang di mahkamah saja nanti.
“Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk menyelesaikan kes ini,” kongsi Fizi seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Dalam pada masa yang sama Fizi turut akui dirinya sukar untuk berhubung dengan bekas isteri dek kerana nombor telefonnya telah disekat oleh Shakilla.
“Ya memang dia block nombor telefon saya jadi saya berhubung dengannya melalui peguam tapi itulah tidak dapat sebarang maklum balas.
“Tujuan saya muat naik hantaran di media sosial ini juga kerana ingin mengingatkan dia untuk datang ke mahkamah untuk selesaikan masalah ini supaya tidak berlarutan.
“Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk menyelesaikan kes ini.
“Saya dah cuba cara undang-undang untuk peguam saya berhubung dengannya tetapi tiada respon,” kongsi Fizi lagi.
Pelakon popular era 1980-an, Datin Maria Arshad, 65, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta selepas mengalami masalah kekejangan badan.
Menantunya, iaitu penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah atau Shiera berkata, ibu mentuanya berada dalam keadaan separuh sedar.
“Pada mulanya, Mama sakit urat pada bahagian belakang badan, Selasa lalu. Suami, Ijoy Azhari bawa ke hospital. Namun, doktor beritahu tiada penyakit serius.
“Ibu mentua mengadu sakit belakang yang melarat ke tangan hingga jadi lemah dan sukar diangkat.
“Keesokannya, iaitu kelmarin, adik ipar bawa Mama ke hospital sekali lagi. Apabila diambil darah, semuanya okay.Tiada darah tinggi, kencing manis, jantung dan buah pinggang semua baik.
“Jadi, ketika itu, doktor beri ubat tahan sakit dan koyok untuk kurangkan kesakitan,” katanya.
Bagaimanapun, Shiera berkata, keadaan Maria atau nama sebenar, Kamariah Arshad makin teruk pada sebelah malamnya apabila muntah-muntah hingga kejang otot akibat menahan sakit.
“Selepas dijangkiti COVID-19, kira-kira dua tahun lalu, berat badan Mama turun. Tetapi beliau tiada penyakit selain mengalami masalah kurang garam dalam badan.
“Malam tadi, sebelum muntah dan kejang, Mama gelisah dan serba tidak kena. Sekejap duduk, berdiri serta berjalan ke depan dan belakang.
“Mama beritahu dia sangat sakit. Tidak tahu apa yang hendak dibuat, kami buat bacaan Yasin untuk Mama. Tidak lama selepas itu, beliau alami kekejangan dan saya terus minta anak hubungi ambulans,” katanya.
Shiera berkata, sehingga hari ini doktor masih belum menemui punca penyakit Maria yang pernah membintangi filem Langit Tidak Selalu Cerah itu.
“Sekarang Mama berada dalam keadaan separuh sedar, matanya terbuka tapi dia tidak berikan apa-apa tindak balas.
“Doktor hendak jalankan beberapa ujian lagi. Sementara Mama tidak agresif seperti sebelum dimasukkan ke ICU, kami minta doktor lakukan apa yang terbaik.
“Saya mohon kepada semua supaya tolonglah doakan Mama kembali pulih,” katanya.
Melalui perkongsian Shiera hari ini, dia memaklumkan perkembangan positif ibu mentuanya.
“Maria Arshad dah senyum ‘guys’. Yang penting doa semua orang. Alhamdulillah terima kasih yang tak terhingga,” Shiera
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Perginya Raja Gelek. Rakyat Malaysia berdukacita dengan perkhabaran pemergian penyanyi yang dikenali sebagai Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau.
Allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 4:46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak semalam.
Seperti mana dilaporkan, arwah sempat memberi petanda seolah-olah akan pergi selamanya.
Menurut laporan Utusan Malaysia Online, menantu arwah, Hassan Ahmad menceritakan sebelum arwah bapa mentuanya pergi arwah ada menunjukkan petanda seolah-olah akan pergi buat selamanya.
“Semalam anak cucu ada balik melawatnya.
“Dia masih okey dan boleh bercakap lagi.
“Cucu sulungnya menangis sebab arwah ada sebut ‘atuk nak pergi dah’.
“Bila mereka pulang sahaja, arwah tidak bercakap dan tidak sedarkan diri malam tadi,” ujarnya.
Kesihatan arwah tidak stabil bermula 12 Disember sebelum dimasukkan ke hospital. Keadaan arwah semakin teruk dari semasa ke semasa apabila kuman sudah merebak ke seluruh badan.