Macam-macam trend dan peraturan pekerja kena ikut sehinggakan waktu kahwin dan hamil pun diberikan jadual dan kena ikut giliran. Keadaan ini terjadi di Jepun apabila pekerja mendakwa telah diberikan jadual bila mereka boleh berkahwin atau hamil serta perlu mendahulukan pekerja senior.
Trend membimbangkan ini didedahkan seorang suami pekerja nurseri di wilayah Aichi yang mendakwa isterinya dibuli majikannya dengan menyuruhnya hamil mengikut giliran.
“8 bulan usia perkahwinan kami, pada bulan Januari kami mendapati, isteri mengandung. Namun isteri bersedih dan bimbang dengan berita kehamilan tersebut.”
“Ini kerana Pengarah di Pusat Jagaan Kanak-Kanak, tempat isteri bekerja telah memberi arahan kepada para pekerja dibenarkan berkahwin dan mengandung. Tapi sebenarnya terdapat ‘peraturan senyap’ bahawa ia hendaklah mendahulukan pekerja senior dan mengikut giliran.
“Kami terpaksa bertemu dengan Pengarah di Pusat Jagaan Kanak-Kanak terbabit untuk meminta maaf kerana ‘terhamil’ tanpa menunggu giliran.
“Pada awalnya, dia terima permohonan maaf kami, namun keesokan harinya dia mula memarahi isteri saya dan menuduhnya pentingkan diri sendiri kerana melanggar peraturan hingga menyebabkannya rasa bersalah,” kata lelaki tersebut menerusi surat dihantar kepada akhbar Mainichi Shimbun pada bulan lalu.
Sejak pendedahan itu, puluhan wanita lain bertindak tampil dan berkongsi cerita sama. Seorang wanita berusia 26 tahun mendakwa dia perlu menunggu sehingga berusia 35 tahun untuk mengandung walaupun sudah mengalami masalah kesuburan.
Ads
Ads
Sementara itu, wartawan yang pakar dalam kadar kelahiran rendah di Tokyo, Toko Shirakawa berkata, polisi itu biasanya dilaksanakan di mana majoriti kakitangan adalah wanita untuk memastikan rakan lain tidak berdepan bebanan kerja.
Ads
Negara Jepun memang diketahui memiliki rakyat yang sangat kuat bekerja, disiplin yang tinggi, sentiasa menepati waktu serta memiliki kadar kelahiran yang rendah.Bersyukurlah kita di Malaysia peluang mengandung dan berkahwin tak perlu ikut giliran dan jadual. Parah sungguh, jika semuanya kena ikut giliran dan jadual seperti negara Jepun ini.
Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Ibu boleh mengalami sakit-sakit badan, sakit urat dan pinggang, sakit di kawasan peranakan malah boleh mengalami tumpah darah akibat bentan.
Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Sebenarnya ada beberapa jenis bentan selepas bersalin. Kalau ibu tidak benar-benar menjaga diri ketika tempoh rawatan semasa berpantang, katanya ibu berisiko untuk mengalami bentan. Bentan bukan sahaja dialami semasa dalam pantang. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.
Namun sejauh mana masalah bentan ini boleh berlaku dan betul ke kalau pesakit yang melanggar pantang akan menerima nasib tersebut?
Aku rujuk Kamus Dewan, erti nya ” berbalik semula sakitnya bila mula hampir sembuh”.
Masyarakat kita dengan bentan, tak dapat dipisahkan. Lepas sunat, jangan minum air banyak nanti bentan. Lepas bersalin, jangan minum air banyak nanti bentan.
Dan hari ni, seorang gadis usia 22 tahun datang bersama ibunya, mengadu demam demam. Gadis ni jatuh motor 2 minggu lepas. Ibunya kata ” tu la bentan ni doktor.. bentan lepas jatuh motor terus demam pulak”
Aku minta kebenaran nak check luka-luka yang ada sebab jatuh motor tu. Luka tempat lain semua dah OK, kecuali luka di lutut kanan nya (lebih kurang mcm gambar tu) yg bengkak, kulit sekitar luka yang kemerahan, bila di rasa ia panas. Dan gadis ni kata lukanya masih keluar cecair.
Sah ini luka yg dijangkiti kuman ( infected wound).
Aku terangkan pada makcik & gadis tu, “bentan” yang disangka punca demam, punca kaki masih sakit walau dah 2 minggu accident ialah sebenarnya infected wound. Sebelum ni, makcik tu dah puas urut kaki anaknya utk ” kurangkan bentan”, tapi tiada perubahan.
Jadi, hati hati bila guna terminologi bentan ni. Eloknya takyah guna pun takpe.
BENTAN dalam cerita gadis ni ialah sebenarnya luka yang dijangkiti. So perlu rawatan antibiotik.
BENTAN dalam cerita budak lepas sunat / wanita lepas bersalin, ialah normal physiology reaksi kulit, tissue dan badan pada potongan/luka, maka BENGKAK sikit pada kawasan terbabit adalah normal, tiada kena mengena dengan lebih minum air atau tak berurut atau salah makan.
Lepas pembedahan umpamanya, memang kawasan yang dijahit akan bengkak sikit (selagi tiada tanda infection seperti bengkak yang besar warna merah, panas, sakit berdenyut, ada discharge or berbau busuk).
Moralnya, kalau lepas surgery / jatuh motor / etc, tak perlu nak kurang minum air, pantang telur dan kicap, gigih pergi berurut. Makan ubat yang doktor bagi, makan makanan berkhasiat, tak perlu ambil produk jus ke hape, tinggikan bahagian yang bengkak (jika berkenaan), mobilise yakni kerap bergerak untuk better circulation.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dek kerana nafsu, segala kemahuan hati dituruti. Suraya Muhamad (bukan nama sebenar) bukanlah lagi asing di kalangan sahabat-sahabatnya, dia seorang wanita yang berjaya dan juga baik hati. Namun tidak ramai tahu kisah silamnya.
Dia sebenarnya seorang lelaki yang pernah menjalani pembedahan untuk menukar jantina. Di sebalik kejayaan yang dikecapi, Suraya kini terasa menyesal atas keterlanjurannya, lantaran terlalu mengikut nafsu. Tetapi untuk berpatah balik itu bukan satu perkara yang mudah buat Suraya.
Lagi pula dirinya diambang kekayaan, kemewahan serta dikenali ramai. Jadi Suraya tidak mahu meninggalkan semua itu biar pun ibunya berkali-kali untuk dirinya berubah.
Baginya biarlah masa yang menentukan, lagi pun dia masih muda dan sihat. Suraya juga sering memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan untuk disedekahkan kepada fakir miskin dan anak yatim.
Siapalah kita untuk menidakkan takdir Ilahi, dalam sebuah majlis gilang-gemilang, Suraya diserang sakit jantung ketika sedang menyampaikan ucapan di pentas. Dia rebah sebelum menghembuskan nafas terakhir di situ juga. Tatkala mendapat perkhabaran itu, ibunya paling hiba kerana mengenangkan nasib dan balasan yang bakal diterima anaknya kerana dijemput Ilahi sebelum sempat bertaubat.
Petugas yang menguruskan jenazah kala itu juga berdebar apabila diberitahu Suraya atau nama sebenarnya Sulaiman telah menjalani pembedahan tukar jantina. Tetapi berpegang kepada amanah yang diberikan, petugas tersebut menjalankan amanah tersebut dengan berhati-hati sehinggalah semuanya selesai.
Sebenarnya, siapa yang patut melaksanakan menguruskan jenazah seorang lelaku muslim yang menukar jantina adalah jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.
Oleh itu, sedari awal pihak berkuasa agama menerangkan segala penerangan secara terperinci kepada keluarga Suraya. Selain petugas agama, waris jenasah dan ibunya memang turut serta dalam urusan memandikan dan mengkafankan jenazah.
Hati Ibu Paling Kecewa
Setelah semuanya bersedia, petugas mengangkat jenazah ke tempat mandi yang disediakan. Mulanya, kain diambil bagi menutupi seluruh badannya sebelum semua pakaian ditanggalkan untuk urusan memandikan jenazah.
Kulit putih mulus si mati tiba-tiba bertukar warna dan keseluruhan tubuh jenazah menghitam secara perlahan-lahan. Sang ibulah yang paling terkesan tatkala mayat berubah warna.
Sudah tentu sang ibu merasa kecewa apabila anak yang dikandung sembilan bulan sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut biar pun telah beberapa kali menasihati anaknya. Tetapi sang ibu tampak seakan-akan tahu dan dapat menerima balasan yang ditimpakan kepada anaknya.
Walaupun suasana sedih dn hiba, masing-masing diam dalam melakukan tugas masing-masing. Tetapi dari jauh kelihatan, air mata si ibu tidak henti-henti mengalir. Ternyata tidak terhenti di situ sahaja, ketika petugas ingin membuang atau mengeluarkan najis sekali lagi mereka diuji.
Ternyata bukan sekadar tubuhnya bertukar kehitaman secara perlahan-lahan apabila dimandikan, sekali lagi petugas yang diamanahkan untuk memandikan jenazah diuji. Ketika mereka ingin melakukan istinjak ke atas jenazah, najisnya keluar cukup banyak sehingga seorang petugas terpaksa berhenti seketika sebelum meminta sahabatnya mula menyambung tugasnya.
Kelihatan najisnya seperti tidak mahu berhenti. Yakin apabila segalanya dikeluarkan, pihak petugas menyucikan jenazah seperti biasa, tidak lama keluar pula air kekuningan keluar dari[pada tubuhnya, manakala dari kemaluannya pula keluar nanah.
Sekali lagi sang ibu menangis teresak-esak sebelum dalam diam dia mendoakan pada Allah agar meringankan azab anaknya. Berkali-kali dia memohon agar Allah mengampunkan dosa-dosa anaknya yang amat disayangi. Tetapi sang ibu terus kuat dan kelihatan perlahan-lahan dirinya menyentuh setiap inci tubuh anaknya hinga urusan memandikan jenazah selesai.
Setelah selesai memandikan dan mewudhukkkan jenazah, jenazah ditutp keseluruhan tubuhnya dengan kain kafan. Namun tiba-tiba kain yang menutupi jenazah Suraya ditiup angin entah dari mana, Allah Maha Besar, segala yang berada di situ dapat melihat keadaan jenazah yang mereput tiba-tiba serta buah dada palsunya turut mengecut.
Semoga Menjadi Iktibar
Disebabkan kejadian tersebut turut disaksikan oleh sahabat-sahabat Suraya yang memilih cara hidup bebas sepertinya, jadi petugas agama mencuri peluang yang ada untuk memberi peringatan kepada mereka.
Kesemuanya kelihatan takut dan ada yang menangis melihat segala yang berlaku kepada sahabat mereka, Suraya. Harapnya mereka kesemuanya mendapat hidayah daripada Allah SWT atas segala yang berlaku. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Selain menguji kesabaran dan ketakwaan pengurus jenazah tetapi dalam masa yang sama Allah ingin kisah dan balasan yang berlaku pada si mati menjadi iktibar kepada umatnya yang masih hidup. Di samping harus diingat, pertukara jantina dari elkai kepada wanita atau sebaliknya, melalui pembedahan adalah hara, dari segi syarak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Di syurga kita kan bertemu kembali.. Alfatihah.Sebaris ayat namun beri makna yang cukup mendalam. Itulah luahan Mohd Taufik Abdullah, 42 suami kepada Nurliyana Abdul Raziff,32 penghidap sakit Para Tiriod yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.
Kematian Nurliyana telah disahkan oleh bapanya Muhammad Radzi, 55, yang memaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Pada 13 April lalu, Liyana menjalani pembedahan bagi membuang kelenjar para tiriod di bahagian lehernyadi Hospital Kuala Lumpur (Nefrologi). Selepas pembedahan itu Liyana terpaksa di bedah sekali pada Selasa lalu bagi membuat saluran pernafasan selepas dilaporkan mengalami masalah pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida di dalam badannya tinggi.Pakar dari Putrajaya dan HKL berusaha melakukan yang terbaik buat Liyana, namun Allah SWT lebih menyayangi beliau.
Jenazah Liyana dibawa ke rumah neneknya disembahyangkan di Masjid Al Taqwa dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Banting pada jam 10 pagi tadi.
Bapa Nurliyana turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara, sahabat-sahabat yang datang menziarahi anaknya serta warga Facebook dan netizen yang sentiasa mendoakan anaknya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga Nurliyana, semoga redha diatas pemergian beliau dan semoga ruhnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah!