Bersua wajah dengan personaliti yang memenuhi ruangan Gaya Hidup VIP, Datin Fadzilah Mat Idin, 59, atau lebih selesa dengan panggilan Tok Mak, baru-baru ini, terserlah sifat keibuan. Malah penulis juga rasa turut bertuah kerana ibu kepada tiga orang anak yang menetap di Pahang ini sanggup turun ke ibu kota bagi merealisasikan kehendak penulis memuatkan kisahnya di dalam MW.
Suaminya yang juga Pegawai Khas kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah, Dato’ Hj Jamaluddin Hj Ahmad, 68, juga tidak keberatan merestui pertemuan bagi sesi temubual ini.
Wanita yang bergelar suri rumah, aktif berniaga secara online dan guru personal kelas masakan ini sebenarnya sangat dikenali di laman sosial Facebook. Sebut saja menu popular air tangannya, Puding Raja Tok Mak pasti membuatkan ramai yang terliur dengan keenakan pencuci mulut istimewa ini.
FOTO: NURUL NIZA
Puding Raja Tok Mak Istimewa
Malah Puding Raja Tok Mak juga pernah menjadi hidangan buat santapan YDA dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Memandangkan suami bekerja di Istana Pahang lebih 40 tahun jadi Tok Mak pun sudah tinggal di kawasan Pekan selama itu. Walaupun Tok Mak ni orang Pahang (asal Kuala Lipis) sewaktu baru-baru berkahwin dengan suami, di kampung Tok Mak tak ada Puding Raja.
“Puding raja ini sangat istimewa kerana merupakan salah satu sajian istimewa yang terdapat di Pekan. Pada awalnya Tok Mak tak pernah terfikir dari telur kuning boleh menjadi jala emas. Jika singgah di Pekan, wajib merasai makanan ini kerana tidak terdapat di tempat lain. Kiranya dulu pencuci mulut ini hanya dihidangkan di istana saja dan kini ramai yang sudah komersialkan. Namun Tok Mak bersyukur kerana mendapat resipi istimewa Puding Raja ini daripada Dato Hanizah Dato Sri Ghazali yang juga Pengurus Icah Catering. Beliau merupakan guru yang mengajar Tok Mak buat Puding Raja. Tok Mak sangat berterima kasih kepada beliau. Malah beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyediakan santapan di raja Pahang dalam majlis-majlis rasmi dan personal,” ungkap Tok Mak.
Paling menggembirakan hati Tok Mak, Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli berkunjung ke kediamannya.
“Suami Tok Mak sudah bekerja dengan istana Pahang lebih 40 tahun jadi hubungan kami agak rapat dengan keluarga diraja. Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli ke rumah kami. Sambil menikmati hidangan Puding Raja yang Tok Mak masak, Raja Permaisuri Agong juga memberikan tips. Tok Mak juga sangat kagumi Raja Permaisuri Agong dan menjadikan bukunya, Air Tangan Tengku Puan Pahang-Masakan Tradisional Pahang sebagai panduan dalam masakan,” terang Tok Mak yang beruntung kerana sering mendapat tips masakan dari tukang masak istana.
Anak kedua Tok Mak mewarisi legasi ibunya,
8 Tahun Kongsi Resipi Di Facebook
Dek kerana ilmu masakan yang ada, sejak lapan tahun lalu, Tok Mak sudah berkongsi resipi masakan di FB miliknya. Pada awal hobi melayari laman sosial hanya sekadar mengisi masa lapang dan berhubungan lebih rapat dengan anak ketiganya yang melanjutkan pelajaran di Australia namun Tok Mak tidak menyangka penulisannya menjadi ikutan ramai rakan Facebook.
Ads
“Tok Mak tak sangka ramai yang menghargai perkongsian resipi masakan Tok Mak di Facebook. Bila Tok Mak ada masa lapang, akan kongsi resipi, gaya hidup Tok Mak yang ala kampung dan berkongsi cara mendeko meja makan. Paling tak disangkakan rakan yang ramai memberi maklum balas terdiri dari golongan ibu muda. Malah Tok Mak juga melayan rakan-rakan di Facebook seperti keluarga sendiri. Dimana Tok Mak menyantuni mereka dan beramah mesra dengan semua orang,” ungkap Tok Mak yang turut menurunkan ilmu masakan kepada anak keduanya Nurhafiza. Selain Puding Raja Tok Mak juga menghasilkan sendiri Rempah Soto dan produk tersebut ternyata mendapat sambutan.
Kongsi Resipi Puding Raja Istimewa
Bahan-Bahan: 1.Pisang lemak manis masak ranum 2.Minyak yg banyak untuk mengoreng 3.Sedikit minyak sapi campur dalam minyak
Bahan-Bahan Jalamas:
Kuning Telur
Gula
Air
Daun Pandan
Bahan-Bahan Sos:
2 tin susu cair
4 biji kuning telur
Gula secukup nya
Air secukupnya
Esen vanilla secukup nya
Daun pandan
Cara Memasak:
Goreng pisang hingga masak. (susun dlm mangkuk hiasan)
Bahan-Bahan Jalamas
Didihkan air gula dan pandan hingga air gula menjadi pekat.
Letak kuning telur dalam acuan roti jala dn ayak dlm air gula tadi.
Angkat dan toskan
Ads
Cara Memasak Sos: 1. Masukan susu cair dqn semua bahan sos dalam periuk dan masak atas api perlahan.
2. Sejukan. Kemudian hiaskan dengan buah ceri, prune atau gajus.
Suami tercinta.
Ads
Anggap Anak-Anak Sebagai Sahabat
Selepas mendirikan rumahtangga, Tok Mak bergelar suri rumah sepenuh masa. Jadual kerja suaminya amat padat, disebabkan oleh itu Tok Mak memberi segala perhatian dan mementingkan pendidikan anak-anak.
“Tok Mak lakukan yang terbaik untuk memberi didikan kepada anak-anak. Tok Mak melahirkan anak ketiga pada usia 25 tahun. Sebagai seorang ibu dalam baik ada garangnya. Tok Mak berusaha lebih iaitu 200 peratus untuk ketiga-tiga anak bijak dalam pelajaran. Tok Mak juga rajin hantar tuisyen, bila anak-anak masuk asrama Tok Mak tak pernah lalai menjenguk mereka.
“Tok Mak juga berkenalan dengan semua tenaga pengajar anak-anak. Tak pernah putus memberikan anak-anak didikan yang terbaik. Malah Tok Mak anggap anak-anak sebagai sahabat. Syukur alhamdulillah ketiga-tiga anak berjaya, yang sulung Nurlina bertugas di luar negara, yang kedua Nurhafiza sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengurus di sebuah bank di Kuala Lumpur manakala anak yang ketiga Ahmad Jaffri kini merupakan Atlet Paralimpik Negara bagi Sukan Memanah. Anak lelaki Tok Mak sebelum ini normal, namun selepas mengalami kemalangan jalan raya sembilan tahun lalu dia lumpuh dan pernah melanjutkan pelajaran di Australia dalam jurusan Sains Sukan.
“Pada Tok Mak dalam mendidik anak-anak biarlah secara sederhana, walau banyak duit tapi kita makan apa saja yang ada. Selain itu Tok Mak juga tak nak anak-anak besar diri. Tok Mak juga kenal dengan semua rakan-akan anak namun Tok Mak tetap menghormati privasi anak-anak. Tok Mak juga anggap anak sebagai sahabat kalau marah biar mereka dengan secara santai,” sambung Tok Mak yang turut berbangga bergelar seorang ibu.
Jangan Cepat Sombong
Tatkala menyentuh tentang pesanan arwah ibunya yang paling diingati, suara Tok Mak bergetar dan dia kelihatan begitu sebak tatkala melontarkan kata-kata.
“Paling saya tak boleh lupa, arwah ibu suruh sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Jangan cepat berasa sombong, tak rugi jika kita mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua orang. Tok Mak juga pupukkan perkara yang sama pada jiwa anak-anak. Tok Mak sendiri akui ramai kenalan di Facebook yang Tok Mak tak pernah jumpa. Dalam ramai kawan-kawan ada yang bukan calang-calang orang. Pada Tok Mak siapa pun kawan kita itu berbuat baiklah dengan mereka.
“Memandangkan Tok Mak berkahwin dengan lelaki yang lebih tua sembilan tahun dari Tok Mak. Ternyata banyak yang Tok Mak belajar dari Dato’ dan lebih mematangkan fikiran kita. Dato’ orangnya tidak suka makan di luar, jadi selepas berkahwin Tok Mak belajar memasak dan Dato’ juga banyak memberi pandangan dan idea untuk Tok Mak perluaskan ilmu memasak. Suami juga seorang yang sangat cool dan tidak banyak karenah. Antara menu yang menjadi kesukaan Dato’, Ikan Masak Taucu, Stew Ayam, Puding Raja dan Sago Gula Melaka,” luah Tok Mak.
Agak jarang bercuti ke luar negara namun Tok Mak dan suami akan pastikan akan curi masa untuk menghabiskan cuti bersama-sama.
“Memandangkan Dato’ sangat sibuk, jadi kami memang jarang bercuti apatah lagi ke luar negara. Sekali sekala kami akan ke Hong Kong menjenguk anak sulung kami yang bekerja di sana. Jarang sekali melancong, tetapi Tok Mak tak boleh lupakan pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga. Momen itu sangat berharga dalam hidup Tok Mak,” akhiri Tok Mak.
Bersama keluarga tercinta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rasa badan tak sihat? Macam nak demam? Mungkin keadaan cuaca sekarang ni yang buat ramai yang rasa seram rasa sejuk nak demam. Ha..apa kata panaskan badan dengan sup Siam ni. Dikatakan sup ini sangat sesuai dimakan oleh orang yang demam. Boleh buat berpeluh kerana ada lada sulah di dalamnya.
Rasa Sup Yang Unik
Sup Gai Mun Farang ini salah satu sup yang terdapat di negara Thai. Rasanya tak sama dengan sup ayam yang biasa kita masak.
Sup ini atau dalam bahasa Melayu Sup Ayam Dengan Kentang ini memang sedap serta penuh aroma yang membangkitkan selera. Lebih-lebih lagi pada musim hujan yang sejuk sekarang ni. Boleh makan macam tu saja atau dimakan dengan nasi putih panas-panas pun sedap.
Rasa Unik Sebab Ada Sos Ikan
Sebelum tu sedikit informasi, perkataan ‘Farang’ digunakan oleh orang di Thailand untuk menggelar individu berkulit putih. Di sini ianya merujuk kepada kentang yang banyak digunakan dalam masakan kaum ‘Farang’ itu sendiri.
Selain itu, bezanya juga, ayam akan diperap terlebih dahulu dengan sos ikan (Nam Phla) sebelum dimasukkan ke dalam sup. Selamat mencuba ye!
RESIPI SUP GAI MUN FARANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong (boleh juga guna bahagian drumet atau drumstick saja)
Perapkan ayam dengan Nam Phla (sos ikan) terlebih dahulu sebelum siapkan bahan lain agar perapan lebih mesra.
Panaskan air sampai mendidih. Setelah air mendidih, masukkan hirisan bawang Holland, tangkai daun ketumbar, daun bawang dan bawang putih.
Setelah sup mendidih, masukkan kicap cair. Tapi jika tak ada, kicap pekat pun boleh.
Masukkan ayam satu persatu ke dalam sup tadi. Bila sup berbuih, boleh buang buih itu menggunakan penapis kalau inginkan ‘clear soup’. Rasa kuahnya. Sos ikan sudah masin, jadi tambah garam jika perlu. Perasakan dengan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar ia mereneh.
Apabila sup sudah menggelegak, masukkan kentang (mun farang). Biar 10 minit smpai kentang masak. Masukkan pula hirisan tomato. Masak hingga tomato lembut dan masak.
Tambahkan Lada Sulah. Sebab itu sup ini untuk orang sakit atau demam sangat sesuai. Tambahkan daun ketumbar. Biar je ia mereneh. Siap!
Sos Pasta jika dibeli memang boleh tahan mahal harganya. Sebenarnya kalau kita nak berjimat dan lebih berbaloi hasilnya, elok buat sendiri je di rumah. Mudah je malah bahan-bahan pun senang cari. Bukan apa bila dah ada stok pasta sauce ni di rumah senang nak buat menu-menu yang lain, seperti pasta, lasagna, topping pizza dan macam-macam lagi.
Nak tahu macam mana cara buat Homemade Pasta Sauce ini boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Izani Shadila sebagai panduan;
Hari ni nak share resepi homemade pasta sauce. Berbaloi buat sendiri, bahan pun mudah dan murah.Boleh jadi sumber pendapatan juga tau. Jangan tak percaya.
Firstly nak say thanks banyak-banyak pada guru saya, Chef Adrian yang ajarkan resepi ni. Worth to cook sebab as you can see, hasilnya dapat penuh satu bekas aiskrim ni.
Mother of pasta sauce ni boleh buat masak;
Pelbagai jenis pasta,
Topping pizza,
Lasagna of course my favourite mamma mia,
Roti sausage,
Dipp untuk any artisan bread & pastries pun boleh.
Resepi seperti di bawah. Saya halalkan untuk share ya.
1. Bahagian bawah tomato dikelar 4. Untuk mudahkan tanggalkan kulit nanti.(Dalam video kelar atas, silap kelar pulak. sepatutnya bawah tau).
2. Rebus fresh tomato sampai lembut. Keluarkan dan toskan. Buang kulit. Simpan stock rebusan tu.
3. Dalam pan yang lain, panaskan olive oil. Tumis garlic dan onion sampai layu sikit. Tak perlu caramel sangat. Masukkan bay leaf.
4. Masukkan tomato, stock tomato dan tomato paste. Boleh hancur-hancurkan tomato tu tadi ya. Stock tomato tak semestinya semua ya. Masuk sikit demi sikit ikut nak pekat dia macam mana.
5. Masukkan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam, gula dan blackpepper course. Masak sampai color dah cantik, dah siap dah.
6. Boleh simpan dalam freezer/chiller. Anytime nak guna just defrost jer.
*Nak blend kasar-kasar sikit pun boleh.
Mingguan Wanita : Mudah je rupanya jika nak buat sendiri sos pasta ni. Jimat berbaloi dan bahan-bahan pun mudah nak cari. Memang lebih jimat bila buat sendiri, lebih yakin halal dan bersih serta boleh digunakan untuk macam-macam masakan dan menu nanti. Kena cuba sendiri.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...