Hidup dalam rumah tangga perlu ada bantu membantu. Jangan mengharapkan segala urus kerja rumah hanya di bahu isteri semata-mata. Para suami pula tidak perlu nak ambil tahu sebabnya sudah ada isteri yang uemaskruskan.
Jangan ambil mudah atau lepas tangan. Nak bina rumah tangga yang bahagia kena ada tolong menolong dan sama-sama membantu. Kononnya, apa yang ada kat rumah, semuanya isteri yang boleh uruskan.
Baik menyapu sampai, mengemas baju, membasuh, memasak dan segalanya di bahu isteri. Malah, tak mustahil, ada suami yang cerewet mengatakan semua tak kena. Sedangkan dia langsung tidak membantu.
Jangan ingat, bab-bab urus rumah sangat senang dan mudah. Cuba suami yang pikul tanggungjawab ini. Mampukah?
Sebenarnya, suami isteri ada peranannya tersendiri. Suami jangan fikir isteri yang duduk rumah hanya kerja mudah sahaja. Malah, isteri pula jangan ingat suami balik ke rumah selepas waktu kerja hanya tahu duduk depan tv. Masing-masing ada peranannya.
Perkongsian daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan ada jawapannya.
Isteri sememangnya penat. Setiap hari fikirannya tertumpu untuk keselesaan suami dan anak-anak. Setiap perincian, walau sekecil mana pun dia akan fikir. Selagi tak sempurna, dia tak akan puas hati.
Pasal makan, dia fasih makanan apa yang suami suka, apa yang anak-anak suka. Jika ada bercanggah kemahuan, dua-dua pun dia masak. Tak apa penat sikit, asalkan semua makan berselera. Di sebalik itu, kemahuan dia sendiri tak tertunai, kerana makanan yang dia suka, suami dan anak-anak tak suka.
Cuba buka almari dan lihat. Semua baju dia dah susun elok. Ikut jenis, kegunaan dan ikut pasangan pakaian yang sesuai. Baju suami digosok rapi. Panas atau hujan, jarang baju kerja tak tergantung elok bergosok dalam almari di pagi hari. Baju sekolah anak-anak bersih, walaupun setiap kali pulang sekolah comotnya bukan main. Kalau koyak, dia baiki.
Tandas— Bersih. Shampu untuk rambut. Sabun cecair untuk basuh tangan, untuk badan dan ketiak.
Pencuci mangkuk tandas. Sabun muka. Ubat gigi.
Dapur—bersih. Sabun cuci baju. Peluntur. Pewangi. Sabun cuci pinggan. Pencuci untuk lantai. Semua benda ni, siapa uruskan? Siapa periksa habis atau tidak? Siapa lagi kalau bukan isteri.
Ads
Alat-alat penjagaan diri dan kesihatan, isteri juga yang uruskan. Dia beli termometer, nasal aspirator, nasal irrigator, minyak panas, ubat demam, plaster luka, bandage, pengetip kuku, sikat, dental floss, pencuci luka dan ubat-ubatan. Dia simpan teratur. Anak-anak tak sihat, mesti dia perasan dahulu.
Sekali pun ada pembantu rumah, siapa yang ambil tahu semua perkara ni? Isteri juga. Balik kerja, dia periksa sendiri semua perkara ini. Paling tidak dia tanya pada pembantu rumah. Dia pesan pembantu rumah itu dan ini agar semuanya elok.
Banyak yang perlu difikir dan dikerjakan oleh si isteri. Jadi tak usahlah jadi suami yang terlalu cerewet. Hargai semua benda-benda kecil yang isteri fikir dan lakukan untuk suami dan anak-anak. Uruskan rumah bukan mudah. Kalau ada yang baik, maka puji. Begitu juga, kalau tak baik, diam-diam dahulu. Kalau nak tegur, pastikan anak-anak tak dengar. Apatah lagi orang lain.
Suami Pun Penat
Oh ya!
Suami pun penat. Pagi, bangun tidur, walaupun lebih lambat dari isteri, perkara pertama dalam fikiran dia adalah kemandirian keluarga.
Bil air dah bayar? Bil eletrik? Ansuran rumah, ansuran kereta, bil pembentungan, bil internet, bil telefon, cukai pintu, dan sebagainya ni, dah bayar? Gaji pembantu rumah? Kalau tak bayar semua utiliti ini, maka terganggulah urusan harian. Bayangkan tak ada eletrik, tak ada air, pembentungan tak dibersihkan. Serabut kepala.
Ads
Kereta, ada minyak tak? Air radiator dan wiper cukup ke? Minyak stereng, minyak enjin, minyak kotak gear, minyak brek semua masih ada? Alignment dan balancing roda dah dibuat? Tekanan angin tanya optimum tak? Insuran kereta dan cukai jalan dah bayar? Kereta isteri sekali dia selalu periksa. Suami fikir benda-benda ni untuk keselamatan keluarga.
Dia kerja hari-hari, fikir pasal perancangan kewangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Simpanan KWSP untuk simpanan masa tua. Simpanan kecemasan. Caruman PERKESO untuk perlindungan di tempat kerja. Insuran/takaful kesihatan dan nyawa isteri dan anak-anak. Duit simpanan untuk anak-anak belajar. Kena rancang baik-baik.
Bukan Tidak Kisah
Lelaki, nampak sahaja macam dia tak kisah pasal keluarga, balik kerja dia suka-suka baring depan televisyen, meminta air itu, makanan ini, minta nak keluar jumpa kawan. Sebenarnya suami kisah pasal kebajikan dan keselamatan keluarga. Cuma fitrah lelaki tidak suka tunjukkan keprihatinan.
Banyak perkara yang difikirkan dan diuruskan oleh suami. Jadi tak usahlah sambut suami pulang kerja dengan leteran. Lagi-lagi depan anak-anak. Tak elok aibkan suami depan anak-anak. Jika nak tegur, elakkan biarlah ketika tiada orang lain dan ketika suami dalam mood yang baik. Lelaki ni egonya tinggi, kalau di aibkan, memang dia akan melenting.
Dalam institusi keluarga, masing-masing ada peranan dan tak ada istilah ini kerja kau, ini kerja aku. Isteri kena buat kerja suami, dan suami kena buat kerja isteri. Barulah sama-sama memahami kepayahan perkara-perkara yang diuruskan oleh pasangan masing-masing. Ajar juga anak-anak ambil tahu tentang hal-hal pengurusan rumah dan pengurusan kewangan.
Akhir sekali, jangan pernah membanding pasangan kita dengan pasangan keluarga lain. Ia sesuatu yang sangat menyinggung pasangan. Setiap keluarga ada kekuatan dan kelemahan sendiri. Jika ada kelemahan, sama-sama baiki. Jika ada kekuatan, sama-sama suburkan.
MW: Moga ia memberi manfaat untuk suami isteri di luar sana. Mereka sudah jalankan tanggungjawab masing-masing.
“Suami janganlah kita kedekut & jahat dengan isteri kita, bila berjaya gapailah isteri di sisi” begitulah luahan dari Dr Say.
Dikurniakan seorang suami yang memahami dan tahu tanggungjawab serta isteri yang penyayang, sudah begitu besar rahmatnya. Itu pun antara satu bentuk rezeki daripada ALLAH SWT.
Hubungan yang dibina dalam perkahwinan sudah pasti perlu diwangikan dengan kejujuran, keikhlasan dan iman untuk mendapat sebuah hubungan yang bahagia.
“Suami Janganlah Kita Kedekut”
Seperti mana perkongsian dari doktor popular, Doktor Say Shazril menerusi akaun rasmi di Instagramnya, Dr Say menasihati para suami agar menghargai isteri.
Malah Dr Say juga berkongsi tip dalam membina kejayaan sudah pasti isteri yang akan sentiasa ada menguruskan rumahtangga, jadi bila sudah berjaya janganlah lupakan isteri tercinta ya wahai para suami!
“Best Investment In Life In Investing On Your Wife
“Apa saya perasan bila saya berkelahi dengan wife untuk apa jua sebab mesti slow ja job masuk. Bukan job ja sendu, hati & emosi pun kacau bilau tak tau pasaipa.
“Tapi bila buat wife happy, contoh bawak dia keluar jenjalan, buat dia lagi happy bila belanja dia makan, buat dia lagi lagi happy bila belanja dia Oro Italia @habibjewelsofficial ataupun handbag fuuuh macam ayaq terjun melimpah ruah job masuk. Maka sy google “betulkah isteri lubuk rezeki suami & mengapa?” (sy memang sejenis google naive sebegitu)
Pemberi Rezeki Mutlak Adalah Allah SWT
“Apa yg sy temukan, “pada asasnya pemberi rezeki yg mutlak adalah Allah SWT. Tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan rezeki seseorang juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga.
“Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk isteri adalah antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT”.
“Kira saya tersalah sikitlah sebab selama ni sy ingat job masuk macam ayaq terjun tu sebab belanja bini Oro Italia, lepas ni boleh turunkan kepada silver 925 jelah hehe.
Ingatlah Isteri Susah Senang Sentiasa Disisi
“Tapi yelah kepada para suami janganlah kita kedekut & jahat2 dengan isteri kita. Ingat satu ja, WHERE YOU ARE RIGHT NOW IS BECAUSE OF YOUR WIFE.
“Di kala ampa sedang membina empayar, wife lah yang dok hold the fort jaga anak-anak, jaga rumah, jaga makan minum pakaian kita.
“Jangan bila empayar dah gah berjaya dibuangnya isteri atau ditambahnya isteri instead kita gapailah isteri kita sekali di sisi.
“Saya kena admit ada kalanya saya egois dengan bini, ter-mistreat her tapi kena lah usahakan to make up for it. Janganlah masam muka lama2 atau benda yg bini paling anti sy buat “silent treatment” ahaha. Bila terlupa di mana kita berada, lihatlah siapa yg di sebelah kita. Dah nak pi cari silver 925 kat Metro Kajang sat.” kongsi Dr Say.
“Tak Ramai Suami Perasan” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang bersetuju dengan komen Dr Say.
Rumah tangga yang dibina bukanlah yang seindah yang disangka, ada kalanya manis bak gula. Kadangkala ribut tidak berpenghujung dan banyak betul ujian rumah tangga.
Langkah pertama dalam hubungan suami, isteri tentulah menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Jika lulus bahagian ini maka segalanya menjadi mudah dan ternyata rumah tangga akan bertambah bahagia.
Sebenarnya nak bahagia rumah tangga lihatlah kelebihan pasangan dan bukan mencari kekurangan dia satu-persatu hingga timbul pula rasa benci. Perkara ini akan lama-kelamaan akan menjejaskan hubungan suami, isteri.
Nak Bahagia Rumah Tangga Lihatlah Kelebihan Pasangan
Dalam rumah tangga ini, semua orang ada ujian masing-masing…
Tiada rumah tangga yang sempurna… Close to perfect mungkin ada tapi itu pun setelah mereka berjaya melepasi ujian yang Allah SWT bagi kepada mereka…
Kenapa rumah tangga tak sempurna? Sebab kita yang manusia ini pun tak sempurna… Mana ada orang yang dapat pasangan tidak ada langsung kekurangan, kelemahan dan keburukan…
Mesti akan ada juga terkurang dekat situ, terlemah dekat sini… Tak boleh lari oleh kerana kita ini manusia, bukan malaikat…
Kalau kita faham konsep itu, maka kita tidak akan menuntut kesempurnaan itu dari pasangan…
Bahkan kita sendiri yang cuba sedaya-upaya untuk menutup kekurangan, kelemahan dan keburukan pasangan dengan kelebihan yang ada pada diri kita…
Hendak hidup bahagia, nak hidup tenang, mahu hidup dalam keadaan yang bersyukur, maka kena tengok kelebihan pasangan…
Jangan Bandingkan Pasangan Dengan Orang Lain
Tengok apa yang dia ada berbanding apa yang dia tidak… Jangan sesekali compare dia dengan orang lain kerana dia adalah dia, orang lain adalah org lain…
Setiap pasangan, ada ujian masing-masing…
Baik buruk ujian tu, berat ringan ujian tu, hanya mereka dan Allah sahajalah yang mengetahuinya…Wallahualam…
MW: Jodoh adalah Ketentuan Allah SWT, oleh itu hargailah sebaiknya. Jika berlaku sesuatu dan timbul rasa tidak puas hati, cubalah berbincang dengan baik demi kepentingan bersama.
Perempuan cukup takut lelaki curang, sampai ada yang sanggup jaga badan sebab nak ”ikat suami”.
Tak cukup dengan itu, ada pula yang jenis tambah nasi dengan niat nak jual produk dia. Katanya kalau tak jaga badan nanti suami lari! Hey, bak kata saudara Firdaus Shakirin, kalau lelaki nak curang, dia curang juga. Bukan sebab isteri dah tak cantik atau tak berduit tau.
Tahu Tak Bila Masa Suami Nak Curang?
Bila lelaki akan cari lain atau curang? Adakah bila badan isteri dia dah berubah? Atau dah tak berharta? Atau dah makin tua? Atau dah makin tak cantik?
Susah nak jawab soalan ni…
Sebab lelaki akan cari lain TANPA SEBAB… baik isterinya kurus atau gemuk, berharta atau tak berharta, muda atau tua, cantik atau dah tak cantik lagi.
Dia akan “cipta” alasan untuk membenarkan atau menghalalkan tujuannya. Jadi tak perlulah risau akan bentuk badan, umur, kemewahan, rupa paras diri sendiri sebab jaga macam mana pun, tetap tak menjamin bahawa dia tak kan cari lain.
Kalau Hati Dah Niat Nak Curang
Ada isteri berpangkat, tetap ditinggalkan. Ada isteri kurus, tetap ditinggalkan. Ada isteri cantik, pun ditinggalkan. Ada isteri yang muda lagi, juga ditinggalkan.
Lelaki seperti ini, dia sentiasa mencari yang lebih lagi, lebih dari apa yang dia dah miliki. Dia rasa tak cukup, dia rasa tak puas. Ada ‘something’ dalam diri dia yang missing iaitu kefahaman agama. Pencarian dia sampai bila- bila takkan berhenti selagi dia tak menghargai, tak memahami, tak melengkapi apa yang dia dah miliki.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.