Isteri temui arwah suami sudah tidak bernyawa. Salah takziah diucapkan buat keluarga pelakon veteran Allahyarham Roslan Saleh yang meninggal dunia pagi tadi ketika sedang tidur.
Isteri arwah Zainun Majid memaklumkan suaminya itu meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika sedang tidur.
Isteri Temui Arwah Suami Sudah Tidak Bernyawa
Seperti mana dilaporkan media, Zainun hanya mengetahui arwah sudah tidak lagi bernyawa sewaktu mahu mengejutkan suami sejurus selesai menunaikan solat subuh.
“Arwah meninggal dunia ketika tidur, punca tu saya tak pasti mungkin ada kaitan dengan penyakit sebelum ini.
Zainun ialah orang pertama jumpa arwah ketika sudah tidak bernafas.
“Saya orang pertama tahu perkara itu selepas cuba kejutkannya selepas selesai solat subuh,” Zainun.
Tidak Tunjukkan Sebarang Tanda
Sebelum mengembuskan nafas terakhir arwah tidak menunjukkan sebarang tanda malah ketika ditemui arwah tidak lagi bernafas dan wajah arwah kelihatan cukup tenang,
Ads
“Dia tiada beri apa-apa petunjuk atau berkelakuan pelik, cuma malam tadi dia demam panggil saya nak air… itu sahaja!
“Ramai ahli keluarga yang berebut nak mandi dan buat solat jenazah untuk arwah.
“Bila saya lihat wajah arwah, nampak mukanya dalam keadaan tenang dan bersih,” sambungnya.
Arwah Roslan disahkan meninggal dunia oleh anak perempuannya iaitu Farahanis menerusi perkongsian di sosial media. Untuk pengetahuan arwah merupakan penghidap sakit kencing manis dan diabetes. Malah dek kerana penyakit berkenaan arwah tidak dapat melihat dan sukar menguruskan diri sendiri.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Ads
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri tikam suami hingga maut, perkahwinan 37 tahun berakhir tragis selepas bertengkar. Biar sudah melayari rumahtangga selama 37 tahun, berlaku tragedi mengejutkan di mana seorang isteri bertindak menikam suaminya berusia 60 tahun selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
Dalam tragedi mengejutkan ini, suami yang juga seorang kontraktor maut selepas ditikam berulang kali oleh isterinya sendiri di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini, semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.05 pagi itu disaksikan oleh orang awam yang segera melaporkannya kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, mengesahkan bahawa suspek, seorang wanita tempatan berusia 59 tahun, telah ditahan di lokasi kejadian. Pihak polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut dan telah merampas beberapa sampel lain bagi membantu siasatan.
“Suspek kini direman selama lima hari, bermula hari ini hingga 21 Februari, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat pada 12.30 tengahari. Hasil awal bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah akibat kecederaan serius berpunca daripada beberapa tikaman.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat, ASP Mohamed Hafeez Hamzah di talian 019-6556536 bagi membantu siasatan.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura berkongsi mengenai pemergian isteri tercinta Akiko Okumura sememangnya mengejutkan banyak pihak.
Mana tidaknya, ramai followers memberi komen bahawa pasangan ini baru sahaja membuat sesi siaran langsung bersama-sama di media sosial malam tadi.
Perasaan sedih pastinya menyelubungi keluarga ini apatah lagi Akiko baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Februari lalu. Manakala anak kesayangan mereka iaitu Sky pada 21 Februari serta Ridzokumura pada 11 Februari 2025.
Selain itu, Akiko dan Ridzo juga sempat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16 pada 14 Februari lalu.
“Al-Fatihah untuk arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya,” tulisnya ringkas di Instagram miliknya.
Punca kematian Akiko masih tidak diketahui manakala anak saudara Ridzokumura iaitu aktres Zarina Zainuddin tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat oleh pihak media.
Untuk rekod, Ridzokumura dan Akiko yang merupakan warga negara Jepun, mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Sky Taizo Okumura, yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-13 semalam.
Ibu arwah Zulfarhan mahu hukuman gantung kekal, 8 tahun kami sekeluarga menderita. “Cukuplah! Kami sudah lama menderita. Biarlah nyawa dibalas nyawa, itu kata ibu arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Dalam temubual sebentar tadi bersama MINGGUAN WANITA, Hawa Osman memaklumkan, doa agar keenam-enam tertuduh ke tali gantung ada dalam setiap sujudnya.
“Terlalu sukar untuk kami sekeluarga hadapi perkara ini.Paling saya nak tahu, siapa antara mereka yang seterika di kemaluan anak saya. Kalau disepak orang pun sakit, tekapan di kemaluan bagi saya adalah tindakan paling tak masuk akal,” katanya.
Walau ada memperkatakan bahawa tempoh lapan tahun itu sudah lama, namun kesedihan di hati mereka sekeluarga terhadap kes penderaan ke atas anak sulung itu terlalu menyakitkan.
Jelasnya, nampak mungkin seperti agak kejam bila mana dirinya mahu keenam-enam tertuduh ke tali gantung tapi itulah pengharapannya sebagai seorang ibu.
“Cuba bayangkan 90 tekapan seterika di seluruh badan termasuk kemaluan. Ini perbuatan kejam dan bagaimana harus saya memaafkan mereka. Jadi biarlah nyawa dibalas nyawa! Tambahnya lagi, ada dua dari keluarga tertuduh datang bertemunya dan meminta maaf atas apa yang terjadi.
“Mereka minta saya memaafkan dan melupakan semuanya. Walau ibu bapa mereka datang meminta maaf tapi ia takkan sama kalau anak mereka (tertuduh) mengungkapkan perkataan maaf itu. Saya kata pada mak ayah yang minta maaf ini, saya sentiasa memaafkan muslimin dan muslimah dalam doa solat saya tapi untuk memaafkan perbuatan kejam enam tertuduh ini, amat berat.
Dalam pada itu,Hawa tidak menafikan ada keluarga tertuduh yang datang menemuinya mengakui akan berbuat perkara sama malah lebih teruk dari itu jika anak mereka didera sebegitu rupa.
“Biarlah nyawa dibalas nyawa sebagai hukum agama mengajarkannya,” katanya yang dilihat agak sebak.
Mengakui perjuangan mereka tak akan pernah terhenti demi mendapatkan keadilan buat arwah Zulfarhan yang dipanggil Along, termasuk akan hadir ke mahkamah setiap kali kes anaknya didengari, Hawa berkata, suaminya sanggup tidak melakukan pembedahan saluran jantung tersumbat kerana tidak mahu ketinggalan dan mendengar sendiri apa yang disebutkan di Mahkamah.
“Suami sepatutnya perlu dibedah kerana ada saluran ke jantungnya tersumbat. Suami kata, dia tak mahu buat dulu pembedahan kerana takut terlantar berbulan-bulan, tak dapat bangun dan tak dapat mengikuti kes perbicaraan arwah kelak.
“Suami kata, biar selesaikan hal Along dulu. Lepas kesemua tuduhan ke atas enam tertuduh dikekalkan yakni gantung sampai mati, barulah dia mahu fikirkan kesihatannya,” katanya yang turut memaklumkan insya Allah mereka sekeluarga akan menunaikan haji tahun hadapan.
“Saya ingat lagi, arwah anak yang bersungguh daftarkan haji buat kami enam beranak. Katanya mahu bersama-sama seisi keluarga ke Tanah Suci. Ikut giliran dengan Tabung Haji pada tahun hadapan, 2026.
“Tapi impiannya itu tak tertunai kerana perbuatan jahat enam tertuduh ini. Impiannya dimusnah beberapa bulan sebelum usianya mencapai 21 tahun. Ada banyak yang anak mahu lakukan termasuk mahu belikan saya macam-macam bila dah bekerja. Kata arwah, dia akan senangkan saya dengan rezeki gaji diperolehnya.
“Arwah memang anak yang baik dan sentiasa mendahulukan ibu bapa dalam perbuatannya. Tapi semua impiannya itu tak tertunai kerana didera hingga mati. Kematian anak saya turut memberi kesan kepada adik-adiknya termasuk ada yang tak nak sambung belajar lagi kerana mahu bantu kami sekeluarga,”katanya yang berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang berdoa untuk pembelaan anaknya.
Sejak semalam kes arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain mula dibicarakan di Mahkamah Persekutuan di mana dalam hujahan rayuan kesemua peguam yang mewakili keenam-enam tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali memberikan hujahan bahawa anak guam mereka tidak sepatutnya ke tali gantung.
Memetik laporan Malaysia Gazatte, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili tertuduh, seorang individu dikenali sebagai Mejar Zarizal didakwa telah ‘membimbing’ dua saksi utama kes tersebut dengan memberikan keterangan tidak betul terhadap enam tertuduh itu.
Hujahnya, mahkamah perlu menilai balik semua keterangan dua saksi itu, Syafiq Abdullah dan Ahmad Senabil Mohamad bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan untuk semua perayu kes ini.
“Mahkamah perlu nilai balik semua keterangan kerana ketika sesi soal balas, salah seorang saksi ini mengaku telah dibimbing oleh Mejar Zarizal. Saksi ini juga mengaku bahawa individu itu telah berhubung dengan dia dan juga beberapa saksi lain berhubung kes ini.
“Kes ini sudah dicemari dengan campur tangan pihak lain. Apabila ini berlaku, pastinya tidak akan menguntungkan perayu-perayu ini. Mahkamah perlu ambilkira perkara ini bahawa saksi-saksi telah diberikan tunjuk ajar.
“Mahkamah Rayuan telah melakukan kesilapan serius dari aspek undang-undang apabila jatuhkan hukuman mati terhadap perayu-perayu ini, ini adalah satu kegagalan dalam sistem keadilan,” katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan tiga panel bersidang diketuai, Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohamed Hashim bersama Datuk Nordin Hasan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Kasih seorang ayah dalam mencukupkan keperluan anak-anak dan isteri, siapa sangka waktu keluar rumah demi beli buku sekolah anak tetapi dia dijemput pulang ke negeri abadi dengan tragedi menyayat pilu.