HijabistaHub, jenama fesyen terkemuka, dengan bangganya melancarkan pembukaan ibu
pejabat baharunya serta kempen istimewa Raya Paling Epik hasil kolaborasi bersama Tune
Talk.
Sebagai langkah memperkukuh jenama dan meningkatkan pengalaman pelanggan,
HijabistaHub kini beroperasi di ibu pejabat baharunya yang lebih besar dengan keluasan lebihsatu ekar yang berkonsep moden yang disatukan dengan butiknya di tingkah paling bawah.
Fesyen Berkualiti Tinggi
Pengasas HijabistaHub Wanie Elena berkata, pelancaran ibu pejabat ini melambangkan
pertumbuhan pesat syarikat serta komitmen dalam menawarkan produk fesyen yang berkualiti tinggi dan menepati permintaan pelanggan.
“Sebagai jenama fesyen yang sentiasa menghargai sokongan pelanggan, kami di HijabistaHub amat berbesar hati untuk pelancaran ibu pejabat baharu kami ini serta memperkenalkan kempen ‘Raya Paling Epik!’ – sebuah inisiatif yang benar-benar epik dan luar biasa.
“Kami mahu menjadikan pengalaman membeli-belah di HijabistaHub lebih bermakna, bukan sekadar mendapatkan pakaian bergaya dan berkualiti tetapi juga memberi peluang kepada pelanggan kami untuk membawa pulang hadiah impian, termasuk sebuah rumah dua tingkat, kereta, pakej umrah, dan motosikal.
Ads
“Ini adalah tanda penghargaan kami kepada semua yang telah menyokong HijabistaHub sejak hari pertama,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi HijabistaHub Ahmad Syafiq Hilmi berkata, HijabistaHub turut
memperkenalkan kempen Raya Paling Epik, ini adalah kolaborasi buat julung kalinya bersama Tune Talk, sebuah jenama telco yang terkemuka di Malaysia. Kolaborasi dari dua industri yang berbeza disatukan untuk satu kempen mega yang menjanjikan ganjaran hadiah yang sangat lumayan kepada para pelanggan.
Menurutnya, kempen ini menampilkan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah eksklusif.
Antaranya, sebuah rumah dua tingkat, dua buah kereta Perodua Axia, dua pakej umrah dan lima buah motosikal.
Ads
“Dengan setiap pembelian atau langganan istimewa Tune Talk, pelanggan berpeluang untuk
membawa pulang hadiah luar biasa ini, menjadikan sambutan Raya tahun ini lebih meriah dan bermakna.
“Lebih menarik, pelanggan juga berpeluang untuk bertemu secara langsung dengan duta
HijabistaHub dari Indonesia, Fuji dan Davina, yang kini menjadi sebahagian daripada
keluarga besar kami.
“Jika tahun lepas kami sudah melebarkan sayap ke negara jiran Thailand dan Singapura. Kami percaya kehadiran mereka akan membawa keterujaan baru dan mengeratkan lagi hubungan HijabistaHub dengan peminat fesyen di Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Ads
Dua Selebriti Indonesia Jadi Taruhan
Pada majlis sama, HijabistaHub turut memperkenalkan dua selebriti popular dari Indonesia,
Fuji dan Davina, sebagai duta rasmi. Kehadiran mereka di dalam keluarga HijabistaHub
mencerminkan daya tarikan jenama ini merentasi sempadan serta mengukuhkan jenama di
pasaran serantau.
Majlis ini turut menyaksikan pengumuman rasmi Dato ’ Sri Aliff Syukri sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) baharu HijabistaHub. Dikenali sebagai usahawan berjaya dalam
industri fesyen dan kecantikan, pelantikan beliau diharap dapat membawa jenama ini ke tahap yang lebih tinggi dan inovatif.
Sebagai pelengkap kepada kempen tahun ini, HijabistaHub turut memperkenalkan MUSE
HijabistaHub 2025, terdiri daripada barisan selebriti dan ikon industri hiburan yang akan mewakili jenama ini. Mereka terdiri daripada Zizan Razak, Emma Maembong, KRU, Maya Karin, Nasha Aziz dan The Sara Sisters.
Ketika dalam tahanan, suspek pembunuhan kejam rakan sekolah sendiri mendedahkan motif tragedi yang meragut nyawa Allahyarham Siti Nur Surya Ismail. Dakwa suspek, mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin.
Memandangkan ibunya hanya seorang tukang cuci. Dan bapanya pula bekerja kampung. Jauh nak dibandingkan dengan kehidupan keluarga Allahyarham yang senang.
Kononnya Allahyarham suka mengejek dengan mengatakan dirinya tidak cantik. Berbeza dengan mangsa dan disebabkan itulah suspek masih tak ada teman lelaki.
Kata mengata dan sindir menyindir itulah menjadi punca dirinya sering memendam rasa.
Dan akhirnya membuatkan suspek dipercayai nekad membunuh rakan sekolah sendiri di ruang tamu kediaman dekat Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Demikian yang dikongsikan Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud.
Semalam sekitar 7.30 pagi rakan Allahyarham ini tampil ke Balai Polis Telemong dengan ditemani ibunya. Bagi membantu siasatan. Namun, timbul keraguan dalam keterangannya. Di tangannya pula ada kesan gigitan dan kecederaan. Pihak polis kemudian menahannya sekitar jam 8.15 pagi.
Susulan itu, siasatan lanjut dilakukan di rumah suspek. Dan polis menjumpai barang-barang yang hilang dari rumah Allahyarham Siti Nur Surya. Seperti telefon bimbit, wang tunai dan alat solek.
Bunuh Bersendirian Atau Bersama Individu Lain?
Sehingga ke saat ini siasatan masih terus dijalankan. Palis masih mencari jawapan sama ada pelajar perempuan Tingkatan Enam ini melakukan pembunuhan berseorangan atau bersama orang lain.
Dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bahan bukti lain termasuk kesan tapak kaki dipercayai suspek bersendirian.
Malah, pihaknya memohon sekiranya ada pihak mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Mangsa Dan Suspek Bergelut, Kesan Tusukan Di Leher
Berkemungkinan pergelangan tangan mangsa dipotong sehingga putus ketika dia masih hidup. Kemudian, mangsa ditikam dileher dengan senjata yang sama sehingga mati.
Malah, terdapat kesan tusukan pada leher mangsa selain beberapa kecederaan lain.
Maklumnya lagi, mangsa dan suspek dipercayai bergelut berdasarkan helaian rambut yang ada dalam genggaman mangsa. Ujian asid deoxyribonucleic (DNA) sudah pun dijalankan dan pihaknya masih menunggu pengesahan.
Suspek juga direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kes saman terhadap Amelia Henderson. Terbaru kes saman terhadap pelakon dan hos Amelia Henderson yang difailkan penulis skrip drama berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’, Haironizan Mohd Idris, akan diteruskan dengan perbicaraan selepas penyelesaian secara baik gagal dicapai melalui proses mediasi.
Kes Saman Terhadap Amelia Henderson
Seperti mana dilaporkan BERNAMA, Peguam Nor Zabetha Muhamad Nor mewakili Haironizan, 37, selaku plaintif berkata kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat antaranya membabitkan syarat penyelesaian dalam proses mediasi yang dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mazilah Manap di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
“Oleh itu, saman itu diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula 6 dan 7 Feb 2025 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Faiz Dziyauddin. Pengurusan kes ditetapkan pada 4 Okt ini secara dalam talian.
“Setakat ini, pihak kami akan memanggil dua saksi, namun kemungkinan ada tambahan saksi dalam prosiding perbicaraan kes itu nanti,” kongsi Nor Zabetha.
Untuk pengetahuan, mediasi adalah alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh.
Tiada Persefahaman Kedua Pihak
Mankaal Peguam Mansheel Kaur yang mewakili Amelia pula menerangkan proses penyelesaian itu gagal kerana tiada persefahaman antara kedua-dua pihak.
“Pihak kami bersedia untuk perbicaraan dan siapa saksi yang akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman ini masih dalam perbincangan,” tambahnya.
Untuk rekod saman yang difailkan pada 20 September 2023, Haironizan yang juga penulis novel menggunakan nama pena Rehal Nuharis atau Hatta Nurharis, mendakwa Amelia menarik diri daripada membintangi drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ dengan A. Aida Production Sdn Bhd pada 25 Jan 2022 tanpa sebarang alasan munasabah.
Dakwanya, Amelia kemudian memuat naik satu siaran video secara langsung melalui akaun Instagram miliknya pada 25 Jun 2022 dengan memberi kenyataan yang menjatuhkan reputasi serta memprejudiskan nama baik plaintif berhubung drama itu.
Plaintif mendakwa video itu memberi gambaran negatif mengenai penulisan skrip plaintif dalam drama itu, selain komen pihak ketiga terhadap kenyataan yang dibuat defendan itu mendatangkan kecaman, kebencian serta kemarahan terhadap plaintif.
Sehubungan itu, plaintif antaranya memohon satu injuksi tetap untuk menghalang defendan, sama ada melalui dirinya sendiri atau wakilnya menyebarkan atau menerbitkan kenyataan fitnah itu secara lisan, media cetak atau Internet selain menuntut ganti rugi am, khas dan teruk daripada defendan.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cikgu Nancy akui masa kecil banyak perkara yang tak pernah rasa semasa zaman kanak-kanaknya. Sebab itu sewaktu sambutan Hari Guru yang lalu, Cikgu Nancy mahu tebus kembali apa yang tak dapat dinikmati waktu dulu.
Semasa mencari gambar lama, Cikgu Nancy sebak bergenang air mata. Tak jumpa gambar yang dihajatkan. Iyalah.. dulu mana ada kamera.
Pergi sekolah pun Cikgu Nancy berkaki ayam saja. Padang permainannya pula hutan dan sungai.
Walaupun hidup serba sukar, kesusahan itu tidak menjadi halangan semangat belajarnya hingga Cikgu Nancy menjejak menara gading.
Cikgu Nancy Imbas Kenangan Lama Di Hari Guru
Sambutan Hari Guru di Sekolah: TEMA BACK TO SCHOOL.
Terima kasih Tuhan atas peluang ini, sekali lagi.
Semasa memilih dan mencari pakaian sekolah untuk digayakan hari ini, memori lama saya sering menerjah.
Bergenang air mata. Bermula dengan episode mencari gambar-gambar lama menggunakan pakaian seragam sekolah. Tiada gambar saya berpakaian sekolah rendah.
Kami di Ulu Belaga tahun 80-an tidak mengenal apa itu kamera. Hanya 1 sahaja yang saya jumpa, saya memakai seragam sekolah menengah semasa Tingkatan 5 tahun 1994.
Tebus Kembali Apa Yang Tak Pernah Rasa Semasa Zaman Kanak-kanak
Melalui kesempatan ini, saya ingin menebus kembali apa yang saya tidak pernah rasa semasa zaman kanak-kanak saya di SRK Long Dupah Belaga tahun 1984-1989.
1. Kami tak pernah pakai selipar ke sekolah. Apatah lagi kasut. Kami hanya berkaki ayam ke sekolah. Hari ini saya pakai kasut.
2. Tak pernah rambut panjang dan bertocang sebab susah diurus, tiada kedai gunting. Semua rambut pendek ala-ala rambut lelaki. Hari ini saya tebus.
3. Tidak pernah rasa ada botol air, sumber air kami adalah tangki air hujan di dewan makan.
4. Tiada beg sekolah, kami guna beg guni beras saja.
5. Zaman kanak-kanak tiada peluang memiliki bear, hari ni saya tebus kembali bawa ke sekolah sebagai pelajar darjah 1. Playground kami hanya hutan dan sungai sahaja.
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru sekolah rendah saya, Cikgu Anu Garing, Cikgu Goem Pijar, Cikgu Linya Ranyos, Cikgu Rose Jimbey, mendiang Cikgu Ambi Setam, Cikgu Garan Dagit, Cikgu Anthony Along.
Terima kasih juga kepada guru-guru saya di SMK Belaga, SMK Bandar Bintulu, SMK DPHAG Kuching. Dan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya di UKM, Bangi dan pensyarah KPLI saya di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Terengganu.
TERIMA KASIH CIKGU!!!
Tanpa kalian, siapalah kami. Semoga kalian terus sihat sejahtera dan berbahagia selalu.
Mingguan Wanita : Jika dilihat, beruntung sebenarnya anak-anak murid sekarang. Walaupun ada yang diuji susah, masih belum dapat menandingi kesusahan yang Cikgu Nancy pernah alami ketika zaman persekolahannya.
Namun, bukan perbandingan yang mahu ditekankan di sini. Sebaliknya, hargailah setiap momen yang dinikmati di sekeliling anda. Kerana, pengalaman itulah kelak yang akan mendewasakan.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...